skip to main |
skip to sidebar
Awak...
Mendung,
tetapi bila berkolek dengan awak
mengapakah kesini?
permukaan sungai yang berlumut
menjenuhkan tangan awak untuk berkayuh
awak marilah pulang ...
Nanti hujan kita basah, awak tidak kesalkah?
Awak
disana pula jangan!
banyak Biawak
yang bila-bila nanti boleh membaham
tengkuk dan kaki awak
mari pulang
kita takut awak!....
Mendung
kian tebal...gelap dan pekat.
Awak.....
kolek awak kecil......
kita takut awak
nanti kita tercicir
karam disudut yang bergelora.
Awak, kita nak pulang awak...
Mari...Mari pulang....
Awak....
Mendung
semakin garang.....
ada angin awak
nanti kita terbang
kita takut awak
kita hanya sebutir pasir yang lemah
siapa tahu kita akan dibalun ribut
berpusing dan terpisah nanti.
Awak.........
Mari membina rangkaian butang
Yang menutup maruah
usah jauh dan jauh lagi
di sini diruang yang punya harapan
di sini diruang yang bersih
dan direstui. Mari....
Awak....
Kita kembali pada noktah
telah ada pada diri
senyum dan rela
jalan yang termanis sudah pun terbina
di mata dan dihati kita, lupakah?
Awak..... Kita berteduh di sini......untuk selamanya.
Wednesday, September 5, 2012
Kita takut Karam
Awak...
Mendung,
tetapi bila berkolek dengan awak
mengapakah kesini?
permukaan sungai yang berlumut
menjenuhkan tangan awak untuk berkayuh
awak marilah pulang ...
Nanti hujan kita basah, awak tidak kesalkah?
Awak
disana pula jangan!
banyak Biawak
yang bila-bila nanti boleh membaham
tengkuk dan kaki awak
mari pulang
kita takut awak!....
Mendung
kian tebal...gelap dan pekat.
Awak.....
kolek awak kecil......
kita takut awak
nanti kita tercicir
karam disudut yang bergelora.
Awak, kita nak pulang awak...
Mari...Mari pulang....
Awak....
Mendung
semakin garang.....
ada angin awak
nanti kita terbang
kita takut awak
kita hanya sebutir pasir yang lemah
siapa tahu kita akan dibalun ribut
berpusing dan terpisah nanti.
Awak.........
Mari membina rangkaian butang
Yang menutup maruah
usah jauh dan jauh lagi
di sini diruang yang punya harapan
di sini diruang yang bersih
dan direstui. Mari....
Awak....
Kita kembali pada noktah
telah ada pada diri
senyum dan rela
jalan yang termanis sudah pun terbina
di mata dan dihati kita, lupakah?
Awak..... Kita berteduh di sini......untuk selamanya.