Dib,
Selamat Pagi...
Di luar sana buntu
sistem semakin rumit dengan sentuh-sentuh.....
lama berada disebalik dinding batu
kau tidak pun pernah tahu
ada mata memandang sedang mencari peluang
bila kita ternganga pitam
senyumnya luas ke telinga.
canggih meninggalkan kita
seusia kita tidak lagi mampu
terlalu jauh dan cepat
pantas dan tangkas
tekno itu menguis pencapaian kita.
Dib...
tahukah engkau
sederas mana lari kita
dianggap Siput yang semput
semakin mengejar dan kita terputus nafas.....
kita cuma dapat berdoa
untuk dipagari lengkungan keselamatan
kerana usia kita semakin tua.
Dib.....
kita tidak punya gigi yang kuat
untuk meratah kemanisan
tiada daging dan tulang yang rapuh
kerana tuhan tidak menciptakan yang terbaru
hari ini manusia mencipta melalui akalnya
yang terjerat kita
setiap pagi melihat cepatnya terbit matahari
kemudiannya hilang satu hari
esuk bakal muncul lagi
sedang tidur kita
sudah penat bermimpi indah
rupanya di luar sana tidaklah indah.....
Dib.... bangun dan sedarlah!
Kita semakin tua.