Blog ini saya buka untuk membuai anda..
Menjelajah bersama-sama saya
dari hidup sebagai anak kecil sehingga tergelar sebagai orang lama.
Pengalaman, ingatan, kesedihan dan kegembiraan kita akan kongsi
bersama...
Didalamnya ada kisah benar,pengalaman, dan reka cipta dari naluri dan kadang kala tidak pun berkaitan dengan sesiapa. Maafkan saya jika intisarinya menyedihkan, menyimpan kenangan, tersentuh oleh gaya bahasa dan persembahan. Harapan saya agar blog ini dapat mendidik jiwa pembacanya melihat kebelakang dan memandang kehadapan sama rata kerana kehidupan ini perlukan imbangan antara perkara buruk dan baik, pahit dan manis.
Dari hari kehari bertambah pengunjong Blog BUAI LAJU-LAYU ...SAMPAI PUCUK ATAP...Terima kasih atas kunjongan anda semua.
skip to main |
skip to sidebar
Tuesday, December 4, 2012
Disembar 2012
Tinta itu tidak lagi terpadam
Pandangan yang berbalam
kian sejuk oleh keluh kesah dan rindu
bagai putus sekeping nafas.
Aku singgah di penjuru hati mu sayang
begitu aku tahu tidur mu terganggu
salam hijrah selimut dan bantal
ringkasnya Disembar yang datang dan hilang
membiarkan seribu kenangan berulang.
Dari tinta yang terdakap
aku meletakan lima jari ku di kiri dada
menetapkan harapan yang terjulang
diri ku milik Tuhan
ketentuan yang datang dan pergi
sudah pun tertulis oleh tinta
yang entah berwarna apa.
Tinta itu sudah pun jelas
tidak dari ku tetapi pada mu jua Tuhan
diam-diam bertukar warna mengatur jejak
semakin hari semakin rindu berpintal
ianya menjadi kuat dan matang.
Disembar 2012
menjelaskan hutang piutang
janji dan pengorbanan
dari petikan resah
ia dingin dan semakin menghilang.
Pandangan yang berbalam
kian sejuk oleh keluh kesah dan rindu
bagai putus sekeping nafas.
Aku singgah di penjuru hati mu sayang
begitu aku tahu tidur mu terganggu
salam hijrah selimut dan bantal
ringkasnya Disembar yang datang dan hilang
membiarkan seribu kenangan berulang.
Dari tinta yang terdakap
aku meletakan lima jari ku di kiri dada
menetapkan harapan yang terjulang
diri ku milik Tuhan
ketentuan yang datang dan pergi
sudah pun tertulis oleh tinta
yang entah berwarna apa.
Tinta itu sudah pun jelas
tidak dari ku tetapi pada mu jua Tuhan
diam-diam bertukar warna mengatur jejak
semakin hari semakin rindu berpintal
ianya menjadi kuat dan matang.
Disembar 2012
menjelaskan hutang piutang
janji dan pengorbanan
dari petikan resah
ia dingin dan semakin menghilang.