Dah lama tak demam. Kali ni demam kejab ok..kejab tak okey. Si bujang mula sorok Panadol.
" Tak boleh mak...asyik ambik Panadol...ni 100 plus ". ( segelas air jernih ) dibawa kemeja komputer saya.Saya saja-saja mengadap komputer, terasa kosong perasan, sambil melihat-lihat ruang FB apa status yang ditulis oleh anak buah, saudara mara dan sahabat FB. Berbanding dengan sahabat FB yang rancak menulis status selain saya adalah saudara mara saya. Jarang-jarang sahabat-sahabat masuk campur dalam gurauan kami. Sesekali saya terfikir perlukah saya mengimpan sahabat-sahabat FB ni jika saya sendiri sebenarnya tak pandai berkawan dengan mereka. Mereka hanya diam-diam melihat saya serta keluarga bergurau ,saya pula kekok untuk menyapa seakan tidak ada modal perbincangan untuk dibicarakan.
FB...ada yang mencapai ribuan rakan. Saya hanya menyimpan 247 teman dalam halaman saya. Teman FB boleh di kira dengan jari, bekas teman sekerja juga pun boleh dibilang dengan jari. Hairannya ada sahaja benda yang nak diceritakan setiap hari. Anak kesayangan saya yang menghantar "100 plus " sebentar tadi pernah berkata...
" Inilah mak saya yang selalu ada saja menulis dihalaman status FB nya ". Sambil dia mengoncangkan bahu saya. Rutin bagi saya melihat sekejab FB selepas subuh, Sebentar menghayati siaran TV ruangan Bismillah dan Tanyalah ustaz....kemudian melakukan kerja rumah sambil teruskan on kan komputer, selepas terasa lepak saya singgah sekejab menjengah FB....biasanya saya teruskan kerja sehingga siap masak juadah tengahari. Jam 12 saya pastikan berada di TV saluran 7 untuk merehatkan minda dengan drama Korea....Selepas itulah waktu-waktu senggang saya bermula dan kembali ke komputer selalu melihat FB.
Satu waktu dulu sewaktu suami belum bersara dia fikir saya sentiasa mengadap komputer, puas saya terangkan dia macam tak percaya. Sebenarnya saya tidak boleh lama berada terpaku dikerusi, saya mudah mengantuk. Itulah sebabnya saya kena aktib.Hari ini suami saya sudah pun paham sesungguhnya saya seorang wanita yang punya kerja yang berjadual. Bila kena sindir dulu-dulu rasa nak menangis juga tapi kena bersabar maklumlah bila kita bersendiri siapa yang boleh percaya kan?.
Memunggut pengalaman dari FB saya rasa ada banyak perkara kena kita batasi. Selain dari menjaga solaturahim kita kena menjaga peribadi sendiri.Batas pergaulan perlu ada demi menjaga hati teman-teman kita. Ingat jangan jatuhkan maruah kawan. Saya akan unfriend jika saya dapati ianya tak sealiran dengan citarasa saya sekalipun mereka anak buah saya. Saya minta maaf banyak-banyak andai anda dapati saya unfriend anda ....ada sebab-sebab yang tersurat disitu mengapa tiba-tiba saya bertindak sebegitu, sekalipun anda anak buah kesayangan saya. Saya adalah ibu kepada anda kena menapis setiap yang masuk ke FB saya kerana sayangkan anak-anak saya yang lain......
Seperti orang lain saya juga kadang-kala ada buat salah dan bergurau melebih batas terutama diantara saya dengan saudara mara saya....mungkin sebab kami dah terlalu biasa. Saya harap kawan-kawan FB saya tidak ambil hati atau memberi perseksi yang tak baik untuk kami. Kami sebenarnya dah terlanjur mesra begitulah jadinya...
Saya minta maaf jikalau saya buat silap, sebenarnya saya selalu berada dipertengahan, jarang-jarang menyentuh bidang Politik, saya mengikuti tetapi saya tidak suka mencampur aduk politik ke FB saya. Ruang FB saya adalah ruang bersantai sambil bertukar-tukar fikiran. Itulah yang lebih tepatnya.
skip to main |
skip to sidebar