Tuesday, May 26, 2015

Selasih ku sayang......Siti Fatimah.

Baru sahaja saya pulang dari rumah adik ipar saya Hjh.Radziah.......emhhh, terkenangkan akan anakanda Siti Fatimah yang dah bertolak balik keKL sebentar tadi.    Kesiannya ...sampai lewat tak sempat jumpa, jenazah dah pun selamat di uruskan di tanah Perkuburan Kg. Sengkang Bt. 20. " Min " kami dah tiada.
Buat Siti Fatimah ibarat hilang segalanya selepas menyulam kasih selama 4 tahun bersama anakanda Muhammad Hazmin.  Berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Muhammad Hazmin seperti igauan buruk kami sekeluarga.  Antara percaya dan tidak akhirnya kami terima berita sedih ini.  6hb. Jun nanti kami berhajat untuk merealisasikan impian dua remaja yang sedang berkasih ini ke alam pertunangan rupanya  tidak kesampaian.

Al Fatihah. 
Semoga Allah ampunkan dosa Allahyarham  dan ditempatkan di Syurga nanti seorang Al Hafiz dari keluarga kami. Amin.Walaupun dia hilang, cahayanya bergemerlapan hidup di hati setiap kami.  Gugur di bumi Kulim @ Pendang  tengah malam 25hb May yang lalu........Allahyarham masih menuntut di Universiti INSANIAH, Kuala Ketil,  Kedah (Pelajar tahun akhir) .
Dalam urusan hariannya Allahyarham hanya mampu memiliki sebuah motorsikal.  Malam itu beliau baru selesai menjalani latihan Qasidah dan dalam perjalanan pulang kerumah kediaman, motorsikal yang di naiki dilanggar dari belakang bersama-sama sahabat karibnya oleh pemandu kenderaan Viva.  Sahabatnya yang cedera parah masih COMA entah apa khabarnya.....semoga Allah, anugerahkan  terbaik untuknya. Amin.

Merentap perasaan kami, tapi kami tau dia hanya dipinjamkan untuk  menghibur perasaan kami selama 25 tahun.... Seorang anak yang baik dan soleh, Alhamdullilah. Kami dipinjamkan sementara dan sampai ketikanya Allah ambil balik haknya setakat itu.  Kami Redha.

Takziah buat adinda saya Hj. Ibrahim dan Hjh. Radziah serta anak-anak.  Allah mengatur sesuatu dengan hikmah...usahlah bersedih..

Anakanda Siti Fatimah........Banyakkan bersabar atas ujian getir ini...

Ku tanam Selasih
ku tanamkan dihujung halaman
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
mengenangkan kasih aduh sayang
lambang percintaan

Hai kencana dewi
kasih yang ku rindu
ku kenang selalu
sayang....
moga tak layu cinta yang sejati
kekal dan abadi

No comments:

Post a Comment