Sunday, October 4, 2015

Ke Jendela Felcra Sungai Ara 2.

Dekat sejam gak menunggu.  Ramai Jemaah masjid ni....
Emm terbayang pula wajah budak down syndrome yang nampak nakal menjaga lalu lintas...heheh, berangan budak tu.  Buat saya tersenyum sendiri.  Dia sempat menoleh ke arah saya...heheh, barangkali bahana saya pakai tudung kuning yang cerah tu. Perasan pulak tu kan....saya diam-diam dalam kenderaan dibawah pohon redup di situ.  Anak.....anak...emmmm, kalau dah istemewa deria mengesan tu memang lain dari yang lain.

Akhirnya budak tu berlalu.....

Sekejab saya membuka bungkusan kerepek Keladi yang saja saya bawa untuk kunyah-kunyah didalam perjalanan.  Upppps...alahai menjamahnya saja terasa gatal lah lidah saya. Alahai .....
Tak lama kemudian suami saya pun sampai .....Tengahari waktu tu, lantas dia bertanya...nak makan di mana?.  Disebabkan saya pun perlu sembahyang Zuhur waktu, saya  buat keputusan makan sahaja di Kawasan Bandar Tenggara tu saja.  Sebentar kami singgah disurau ....sebenarnya saya dah beberapa kali juga menjejak surau itu. Tumpang bersembahyang.  Dekat-dekat situ ada rumah anak saudara bernama Hairom....tapi kami tak sempat singgah kali ini kerana perjalanan masih jauh.  Saya  bercadang untuk tidur dirumah kakak dan abang angkat di Kota Tinggi.


Mencari restoren.   Dah lewat...hanya tinggal Soto sahaja....Ok lah dari perut kosong untuk mengalas perut kerana perjalanan kami masih jauh.  Di meja itu saya dan suami berbincang tentang perjalanan kami.  Ada rindu yang sedang saya tanggung bertahun-tahun.  Dari anak satu hingga ke saat ini tidak pernah lagi menjenguk rumah bersejarah itu.  Cukuplah kalau dapat melihat bumbungnya.  Tidak ada harapan yang saya sandarkan untuk menjejak kerabat dua pupu ibu saya yang tinggal di situ dulu.  Kami putus hubungan.

Bila menyebut kisah duka itu, fikiran saya melayang tentang sejarah famili kami.  Kecil lagi masa itu saya... nenek saya Zainab membawa saya ke Kota Tinggi menaiki bus dari Johor Bahru.  Waktu itu jalan sempit dan berliku-liku.  Dalam hujan yang mencurah-curah bas kami naiki merangkak perlahan, Air dari bukit di kiri kanan bus seperti air terjun merecik ditangkap bas.  Tidak ada air con...kami bertukar nafas sesama kami dalam bas kerana tidak ada satu tingkap pun boleh dibuka.  Melemaskan, adalah hamba Allah yang membuka tingkap kecil sahaja tetapi air yang merecik kedalam membuat kami semua tidak selesa.  Akhirnya saya sampai ke bandar Kota tinggi.....Ketika itu Pak Cik Noh Kecik tinggal di Quaters hospital Kota Tinggi kerana Mak cik ramlah menjadi Bidan di situ.

Selepas itu saya kerumah baru Pak Cik.  Agak mewah juga masa tu.....besar dan berstyle.  masuk kerumah itu terasa bagai orang kaya....Heheh.  Patah khayalan saya bila suami memecah kesunyian.
"  Kita jumpa Mat Shapie dulu ya ".
" Ok mana-mana aje ". Jawab saya.
Tak lama kami sampai ke Bangunan mara Kota Tinggi.  Suami saya menalipon cucu saudara saya dari sebelah abah.  Jejak kasih.....kami memang tak kenal mengenal.  Berborak-borak di sebuah restoren.  Dia cucu pada Kak Jaemah sepupu saya.  Ibunya bernama Munirah....saya tidak pernah jumpa (sudah meninggal).  Kak Jaemah itu amat tua masa saya jumpa dulu...lebih tua dari abah saya.   Almarumah kak Jaemah tu anak kepada Kakak abah no 2...yang bernama Samijah.

Alhamdullilah...
ni je gambar yang dapat saya ambil.... gambar yang lain minta tolong orang lain.... sayang gambar goyang.

                                      



Mad Shafiee yang berseluar hitam bersama suami saya di Bangunan MARA kota Tinggi.








Terima kasih Mad Shapiee kerana menunggu kami dan sudi berjumpa kami.  Mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi.  Jam dah dekat pukul 6.00 petang...saya kemudian meneruskan pencarian ....ke  rumah keluarga Pak Cik saya.  Kami main redah je...dan saya hanya berharapkan suami untuk pengecaman rumah.... sebab semasa ada hayat ibu, dia pernah  membawa ibu saya kerumah tersebut beberapa kali....dan saya seperti selalu tinggal atas panggilan kerja.