Monday, April 29, 2019

Tuah anak bertuah

Satu hari Che Pah sertai Kajian bahagian DENTAL. Kajian itu merupakan kajian rahang dan dagu orang JAWA. Bersama mereka Che Pah menuju sebuah kampong.Nama kampong itu Paya Lebar. Kampong asal sdr NASUHA pemilik ladang Harba yang terkenal. Dah lupa tarikh yang kejadian itu...sekitar tahun 2007 kalau tak silap...

Rupanya rahang dan dagu Jawa ada kelainan...hehehe.
Che Pah teringat pasal pagi pemilik ladang NASUHA keluar TV3..tunpang bangga je...sebab dia adik beradik pernah menjadi murid Almarhum Abah.

Kebetulan tika Che Pah bertugas itu terrrrrr temuduga kakak dia.Banyak dia cerita pasal abah. Che Pah rasa tak tertelan liur dan sesak nafas bila dia memuji-muji abah. Dia kata masa dia budak-budak,dan kena hujan...abah hantar dia sampai rumah. Terntaya jauh kependalaman keluarga itu...Che Pah dapat bayangkan betapa sukarnya zaman remaja Taukeh besar itu dulu.

" Ayah awak cik gu paling baik. Dia selalu belanja murid makan".
" Akak selalu doakan dia ".
" Hari ini akak jumpa awak anak dia,Alhamdulilah. Awak jadi misi! "


Ya Allah.....bila kakak itu bangun dan berjalan,rupa dia
"TELIPES".Cacat!
Insaf Che Pah...besarnya semangat dia!
dah tak kerja tak lagi jalan-jalan ke sana...ada ke lagi kakak tu...semoga dia sihat. Aamin.

Di sebabkan Che Pah anak abah...balik dapat buah tangan rempah ratus MAK SITI kadar yang mewah. Hehe...Che Pah bagi-bagi kawan sebab dia orang luar, tak pernah rasa rempah bunjut yang segar.

Selamat Hari Guru adik dan anak-cucu Che Pah sayang!
Jadi guru yang penyayang ok!

Mendidik dengan ikhlas.Emm seperti abah Che Pah okey!






Friday, April 19, 2019

Adibah 2

Janji Allah tu pasti.

Soal kematian tu pasti tepat seperti kehendak Allah.
Che Pah bershukur apa yang Allah berikan untuk Cicik...
Meletakkan harapan untuk dia sembuh tetapi Che Pah sudah merasakan bakal kehilangan dia.

Hari pertama admit...sejurus terletak di katil pesakit Dr telah membertahu..

"ada kesan sakit jantung yang lama puan dari ECG sebentar tadi... "

Sebagai bekas seorang JURURAWAT....macam-macam terfikir.
Mana satu?..

Cicik tak pernah mengadu sakit dada sebelum ni...
Demam berterusan...selama 12 hari tanda penyakitnya serius.
Rupanya kena jangkitan pada jantungnya. Tak ramai pesakit sembuh selepas dr merawatnya dengan dynosa Jangkitan jantung.

Berdoa pada Allahi,dan redha segalanya.
Ambillah dia dengan lembut dan kasih sayang.
usah biarkan lama dia menanggung sakit,biarlah cantik dan terjejas tubuh badannya dan berikan manis dan wangi seperti penghuni Syurga.

Alhamdullah segalanya adalah pemberian,Che Pah bersyukur.
Dia cantik dan wangi sepanjang malam bersama kami sementara menantikan hari esuknya,hari jenazah bakal dimakamkan


                                                            ***********

Tinggal lah kucing Cicik merindu











Gambar berikut buku catetan cicik semasa sihat...
siapa sangka cicik harus pergi dulu dari kami.
Cantik tulisan jawi Cicik.
Cicik juga pandai melukis....seni lukisnya terserlah pada lukisan potret.

Tenanglah Cicik di sana..Semoga Allah ampunkan segala dosanya.

Al Fatehah.....



Aamin

Thursday, April 18, 2019

Adibah 1

Masih basah sekitar mu
Moyang Hj Hassan bersama meneman mu
musim sejuk dan nyaman
bertahan seperti mana mimpi mu.

Bunga durian,rambutan datang dari semua arah
kau tak lagi merasakan enaknya
berehatlah dari berbuat dosa
manis!
beruntunglah kamu adik ku....

Hari ini aku terlalu rindu akan suara mu!

Friday, April 5, 2019

kau pulang dulu adik!




















Adibah...
Kau jumpa abah dan mak dulu
kau jumpa Muhammad Adam
                   Muhammad Ismail
                   Muhammad Yusuf
                   Muhammad Ibrahim dulu...

Adibah...
Pasti kau tak kenal mereka
mereka anak-anak Syurga
Sekejab mereka menjadi anak ku
Ketika diam dalam rahim sementara waktu
dan kemudian menjadi anak pilihan Allah.

Lama ku fikirkan tentang mereka
Baru sekarang ku menemukan jawapan....
rezeki mu...
bersama roh-roh yang tersayang...
kau mendahulu aku
Kau anak Syurga adik!
seperti mereka
anak yang baik.