Friday, April 19, 2019

Adibah 2

Janji Allah tu pasti.

Soal kematian tu pasti tepat seperti kehendak Allah.
Che Pah bershukur apa yang Allah berikan untuk Cicik...
Meletakkan harapan untuk dia sembuh tetapi Che Pah sudah merasakan bakal kehilangan dia.

Hari pertama admit...sejurus terletak di katil pesakit Dr telah membertahu..

"ada kesan sakit jantung yang lama puan dari ECG sebentar tadi... "

Sebagai bekas seorang JURURAWAT....macam-macam terfikir.
Mana satu?..

Cicik tak pernah mengadu sakit dada sebelum ni...
Demam berterusan...selama 12 hari tanda penyakitnya serius.
Rupanya kena jangkitan pada jantungnya. Tak ramai pesakit sembuh selepas dr merawatnya dengan dynosa Jangkitan jantung.

Berdoa pada Allahi,dan redha segalanya.
Ambillah dia dengan lembut dan kasih sayang.
usah biarkan lama dia menanggung sakit,biarlah cantik dan terjejas tubuh badannya dan berikan manis dan wangi seperti penghuni Syurga.

Alhamdullah segalanya adalah pemberian,Che Pah bersyukur.
Dia cantik dan wangi sepanjang malam bersama kami sementara menantikan hari esuknya,hari jenazah bakal dimakamkan


                                                            ***********

Tinggal lah kucing Cicik merindu











Gambar berikut buku catetan cicik semasa sihat...
siapa sangka cicik harus pergi dulu dari kami.
Cantik tulisan jawi Cicik.
Cicik juga pandai melukis....seni lukisnya terserlah pada lukisan potret.

Tenanglah Cicik di sana..Semoga Allah ampunkan segala dosanya.

Al Fatehah.....



Aamin

No comments:

Post a Comment