Sabar nya dia
kerana tubuh badan yang tak sempurna
orang lain masih kuat
sedang dia berdiri pun bergoyang
Orang lain ada anak
dia ada hanya dua ekor anak kucing.
tersangat tak sihat
Dia tak kuasa nak mengadu
bimbang menyusahkan orang...
Tak ada.. tak ada orang yang sanggup hidup semiskin dia.
" Kalau Badariah datang... kata pada dia Adib tak masak ya!"
"Jangan hantar makanan lagi!!!
Itu pesan akhirnya pada Kak Long
tika itu tiada tanda dia nak pergi.
Kak Long boleh buatkan bubur kacang tak?
Kak long cepat-cepat buat untuk Adib
Kak Long minta Faiz hantar panas-panas
Sekejab lagi talipon pun berdering
"Kak Long sedapnya!"
"Terima Kasih yeh!"
Rupanya menjadi bubur kacang yang terakhir baginya.