Blog ini saya buka untuk membuai anda..
Menjelajah bersama-sama saya
dari hidup sebagai anak kecil sehingga tergelar sebagai orang lama.
Pengalaman, ingatan, kesedihan dan kegembiraan kita akan kongsi
bersama...
Didalamnya ada kisah benar,pengalaman, dan reka cipta dari naluri dan kadang kala tidak pun berkaitan dengan sesiapa. Maafkan saya jika intisarinya menyedihkan, menyimpan kenangan, tersentuh oleh gaya bahasa dan persembahan. Harapan saya agar blog ini dapat mendidik jiwa pembacanya melihat kebelakang dan memandang kehadapan sama rata kerana kehidupan ini perlukan imbangan antara perkara buruk dan baik, pahit dan manis.
Dari hari kehari bertambah pengunjong Blog BUAI LAJU-LAYU ...SAMPAI PUCUK ATAP...Terima kasih atas kunjongan anda semua.
skip to main |
skip to sidebar
Awak...
Mendung,
tetapi bila berkolek dengan awak
mengapakah kesini?
permukaan sungai yang berlumut
menjenuhkan tangan awak untuk berkayuh
awak marilah pulang ...
Nanti hujan kita basah, awak tidak kesalkah?
Awak
disana pula jangan!
banyak Biawak
yang bila-bila nanti boleh membaham
tengkuk dan kaki awak
mari pulang
kita takut awak!....
Mendung
kian tebal...gelap dan pekat.
Awak.....
kolek awak kecil......
kita takut awak
nanti kita tercicir
karam disudut yang bergelora.
Awak, kita nak pulang awak...
Mari...Mari pulang....
Awak....
Mendung
semakin garang.....
ada angin awak
nanti kita terbang
kita takut awak
kita hanya sebutir pasir yang lemah
siapa tahu kita akan dibalun ribut
berpusing dan terpisah nanti.
Awak.........
Mari membina rangkaian butang
Yang menutup maruah
usah jauh dan jauh lagi
di sini diruang yang punya harapan
di sini diruang yang bersih
dan direstui. Mari....
Awak....
Kita kembali pada noktah
telah ada pada diri
senyum dan rela
jalan yang termanis sudah pun terbina
di mata dan dihati kita, lupakah?
Awak..... Kita berteduh di sini......untuk selamanya.
Habis dah bulan May..
16 tahun dah umur si kecik saya. Terasa kejab sangat. Waktu dilahirkan dulu kecik sangat hanya 2.5 Kg. Disebabkan kecik sangat satu hari terbiru sekujur tubuh mongelnya gara-gara sejuk oleh kipas angin. Di sebabkan kecik sangat kami sediakan dia katil sendiri...Saya tak berani nak letakkan bantal banyak-banyak takut tersilap anak lemas oleh bantal yang berada di sekelilingnya...Rupa-rupanya bangun pagi saya melihat anak saya biru dan pucat. Allahhuakbar terkejutlah saya dan menangis. Puas di kotek-kotek kaki dan tangannya barulah si kecik menangis perlahan-lahan..
Mengandungkan dia saya rasa seakan separuh nyawa saya hilang. Sudahlah konterek tak kira masa membuat saya sentiasa gelisah...MC..di wadkan...MC...aduhai sileh berganti...membuat teman-teman saya tertekan kerana menanggung kerja-kerja saya dalam tempuh yang lama. "On Ventolin "...sepanjang masa mengandung menyebabkan aku rasakan jantung saya bagai nak putus...berdebar2. Tak larat angkat kepala dan tubuh saya selalu lemah.
Alhamdullilah...akhirnya lahir juga si kecik....besar dan besar menjadi adik kesayangan abang-abangnya.
Selamat Hari Lahir Shahirah...
Doa mak semoga menjadi anak yang soleha pandai ...dan berjaya dalam hidup. Mudahan di anugerahkan rekzi yang melempah ruah dan boleh menjadikan rezki sebagai amal ibadah di sepanjang hayat. InsyaAllah...
Tiga pagi aku terbang
dan tercari-cari.
Susahnya untuk hanya tiga batang sepagi
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan ku runtun dibawa pulang.
Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
kalau ku sulam mungkin jadi peredup
barangkali menjadi tempat intai mengintai.
Bunga lalang sibuk memanggil
Panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul ku ikut terbang.
Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu dari pinggir sungai
kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.
Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.
.
Cerita suatu waktu dulu....
Selepas bertugas malam saya telah dihadiahkan 10 biji telur...sebuku roti..dan gula.
Anak gadis ketika itu saya tak tahu bagaimana saya nak menghabiskan telur ayam yang di bekalkan. Satu hari saya terfikir.......untuk asinkan telur ayam saya....
Akhirnya.....
saya merendamkan telur saya dengan garam....
Wow...lepas seminggu...Telur asin saya menjadi!.
Nah...untuk anak-anak saya....
Untuk elak Masin yang keterlaluan buatlah telur asin anda sendiri.
Caranya begini;
Rendamkan telur ayam atau itek hanya dengan sesenduk garam ...airnya anda boleh gunakan air tapisan atau air masak biasa yang sejuk. Rendamlah selama seminggu tidak memgapa jika anda ingin lama menyimpannya....Tutup bekas eluk-eluk .
Okey...satu lagi petua untuk akhtiar hidup!. Selamat mencuba!.
"Hak"......
Tiada awan hanya bintang-bintang
Amat terang dan harumnya malam
Dia berjalan dengan kaki tuanya
satu...dua...jauh dan jauh...
terasa semakin lemah.
Bumi yang di pijak berpasir
Seakan bumi ditanah airnya
arah manakah ini
kampung ini tak serupa kampungnya.
Terlinang airmatanya
terlayang-layang ingatannya
sejuk pandangan matanya.....
Tuhan yang maha mengetahui
mengapa dirinya sampai kesini.
Assalammualaikum Haj...
Teksi...Masjidul Nabawi!.
Luluh hatinya dengan ayat itu
betapa hatinya terlalu rindukan
di setiap siang dan malam.
"Hak."...
Malam untuk pulang kepangkuan
Seorang nabi yang teragung
Muhammad Rasulullah Alaii Is Salam
malam untuk menyambung amalannya
berdiskusi dengan ilmu
yang menjadi dirinya.
Demi Allah maha mengetahui
diri mu rapat dan kini disisinya
rendah berdiri sahdu
suara mu merindu
seperti doa-doa
dulu kini dan selamanya
dari lubuk hati seorang tua
Hj. Ali Bin Hussien kini diterima.
Segala puji bagi Allah.
Amin.
♥ SAHABATKU ♥
Tuesday, December 4, 2012
Disembar 2012
Tinta itu tidak lagi terpadam
Pandangan yang berbalam
kian sejuk oleh keluh kesah dan rindu
bagai putus sekeping nafas.
Aku singgah di penjuru hati mu sayang
begitu aku tahu tidur mu terganggu
salam hijrah selimut dan bantal
ringkasnya Disembar yang datang dan hilang
membiarkan seribu kenangan berulang.
Dari tinta yang terdakap
aku meletakan lima jari ku di kiri dada
menetapkan harapan yang terjulang
diri ku milik Tuhan
ketentuan yang datang dan pergi
sudah pun tertulis oleh tinta
yang entah berwarna apa.
Tinta itu sudah pun jelas
tidak dari ku tetapi pada mu jua Tuhan
diam-diam bertukar warna mengatur jejak
semakin hari semakin rindu berpintal
ianya menjadi kuat dan matang.
Disembar 2012
menjelaskan hutang piutang
janji dan pengorbanan
dari petikan resah
ia dingin dan semakin menghilang.

Wednesday, October 3, 2012
Kita Semakin Tua
Dib,
Selamat Pagi...
Di luar sana buntu
sistem semakin rumit dengan sentuh-sentuh.....
lama berada disebalik dinding batu
kau tidak pun pernah tahu
ada mata memandang sedang mencari peluang
bila kita ternganga pitam
senyumnya luas ke telinga.
canggih meninggalkan kita
seusia kita tidak lagi mampu
terlalu jauh dan cepat
pantas dan tangkas
tekno itu menguis pencapaian kita.
Dib...
tahukah engkau
sederas mana lari kita
dianggap Siput yang semput
semakin mengejar dan kita terputus nafas.....
kita cuma dapat berdoa
untuk dipagari lengkungan keselamatan
kerana usia kita semakin tua.
Dib.....
kita tidak punya gigi yang kuat
untuk meratah kemanisan
tiada daging dan tulang yang rapuh
kerana tuhan tidak menciptakan yang terbaru
hari ini manusia mencipta melalui akalnya
yang terjerat kita
setiap pagi melihat cepatnya terbit matahari
kemudiannya hilang satu hari
esuk bakal muncul lagi
sedang tidur kita
sudah penat bermimpi indah
rupanya di luar sana tidaklah indah.....
Dib.... bangun dan sedarlah!
Kita semakin tua.

Wednesday, September 5, 2012
Kita takut Karam
Awak...
Mendung,
tetapi bila berkolek dengan awak
mengapakah kesini?
permukaan sungai yang berlumut
menjenuhkan tangan awak untuk berkayuh
awak marilah pulang ...
Nanti hujan kita basah, awak tidak kesalkah?
Awak
disana pula jangan!
banyak Biawak
yang bila-bila nanti boleh membaham
tengkuk dan kaki awak
mari pulang
kita takut awak!....
Mendung
kian tebal...gelap dan pekat.
Awak.....
kolek awak kecil......
kita takut awak
nanti kita tercicir
karam disudut yang bergelora.
Awak, kita nak pulang awak...
Mari...Mari pulang....
Awak....
Mendung
semakin garang.....
ada angin awak
nanti kita terbang
kita takut awak
kita hanya sebutir pasir yang lemah
siapa tahu kita akan dibalun ribut
berpusing dan terpisah nanti.
Awak.........
Mari membina rangkaian butang
Yang menutup maruah
usah jauh dan jauh lagi
di sini diruang yang punya harapan
di sini diruang yang bersih
dan direstui. Mari....
Awak....
Kita kembali pada noktah
telah ada pada diri
senyum dan rela
jalan yang termanis sudah pun terbina
di mata dan dihati kita, lupakah?
Awak..... Kita berteduh di sini......untuk selamanya.
Sunday, May 20, 2012
Selamat Hari Lahir Baby......
Habis dah bulan May..
16 tahun dah umur si kecik saya. Terasa kejab sangat. Waktu dilahirkan dulu kecik sangat hanya 2.5 Kg. Disebabkan kecik sangat satu hari terbiru sekujur tubuh mongelnya gara-gara sejuk oleh kipas angin. Di sebabkan kecik sangat kami sediakan dia katil sendiri...Saya tak berani nak letakkan bantal banyak-banyak takut tersilap anak lemas oleh bantal yang berada di sekelilingnya...Rupa-rupanya bangun pagi saya melihat anak saya biru dan pucat. Allahhuakbar terkejutlah saya dan menangis. Puas di kotek-kotek kaki dan tangannya barulah si kecik menangis perlahan-lahan..
Mengandungkan dia saya rasa seakan separuh nyawa saya hilang. Sudahlah konterek tak kira masa membuat saya sentiasa gelisah...MC..di wadkan...MC...aduhai sileh berganti...membuat teman-teman saya tertekan kerana menanggung kerja-kerja saya dalam tempuh yang lama. "On Ventolin "...sepanjang masa mengandung menyebabkan aku rasakan jantung saya bagai nak putus...berdebar2. Tak larat angkat kepala dan tubuh saya selalu lemah.
Alhamdullilah...akhirnya lahir juga si kecik....besar dan besar menjadi adik kesayangan abang-abangnya.
Selamat Hari Lahir Shahirah...
Doa mak semoga menjadi anak yang soleha pandai ...dan berjaya dalam hidup. Mudahan di anugerahkan rekzi yang melempah ruah dan boleh menjadikan rezki sebagai amal ibadah di sepanjang hayat. InsyaAllah...
Thursday, May 10, 2012
Hidup di Kelongsong
Tiga pagi aku terbang
dan tercari-cari.
Susahnya untuk hanya tiga batang sepagi
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan ku runtun dibawa pulang.
Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
kalau ku sulam mungkin jadi peredup
barangkali menjadi tempat intai mengintai.
Bunga lalang sibuk memanggil
Panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul ku ikut terbang.
Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu dari pinggir sungai
kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.
Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.
.
Wednesday, April 4, 2012
Satu Hari Dalam hidup saya......
Satu hari dalam hidup saya...
Saya dikejutkan oleh seorang pembantu rumah. Orang tempatan berbangsa Melayu keturunan Jawa (Sal ). Hari itu saya dan suami benar-benar tidak sempat kepasar untuk menambah bekalan makanan. Musim hujan yang berterusan membuat kami begitu sibuk menguruskan mangsa banjir. Kawasan sekitar sudah pun penuh air. Untungnya kami tinggal di atas Bukit, tidaklah menjadi masaalah.
Saya terkejut apabila kami sampai dirumah untuk makan tengahari lauk pauk hari itu sungguh istemewa. Menunya.....
1. Serunding Tempe.
2. Masak lemak umbut lengkuas.
3. Sambal tumis Ikan bilis
4. Sardin masak kicap.
Allahuakbar....Saya tidak pernah menyediakan menu serupa itu...saya juga tidak pernah diajarkan dan mengajar dia....tapi inilah yang dikatakan bila hidup terdesak anak gadis yang tinggal nun jauh di pendalaman akan menyediakan makanan dari apa yang dia ada dirumahnya. Lalu dari saat itu saya belajar menjadikan diri saya orang kecil yang hidup tidak mewah dan bersedia dengan apa sahaja demi untuk hidup. Mengakui saya tidak pernah lalu hidup yang sukar menjadikan semua itu baru bagi saya.
Untuk itu hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anak-anak saya satu lagi cara akhtiar hidup dalam keadaan terdesak tetapi masih ada lagi pilehan dalam hidup.
Ini adalah anak pokok Lengkuas...
atau Lengkuas yang muda.
Di belah kulit dan buangkan pelepah demi pelepah.
Ambil umbutnya.
Inilah rupa selepas kulit luar dibuang.
Tinggal Umbut Lengkuas sahaja.
Potong kecil-kecil.
Sedap di masak sayur lemak.
Boleh juga di buat Ulaman.
Khasiat Lengkuas......
1. Boleh menambah selera makan.
2. Mencairkan kahak jika batuk.
3. boleh membersihkan darah.
4. Mengurangkan bengkak
5. Membantu memberi tenaga.
6. Daun boleh di satukan dengan Serai wangi untuk mandian herba bagi ibu-ibu lepas bersalin dan memulihkan kesegaran badan dengan cepat.

Friday, March 23, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Telur Asin Saya....
Cerita suatu waktu dulu....
Selepas bertugas malam saya telah dihadiahkan 10 biji telur...sebuku roti..dan gula.
Anak gadis ketika itu saya tak tahu bagaimana saya nak menghabiskan telur ayam yang di bekalkan. Satu hari saya terfikir.......untuk asinkan telur ayam saya....
Akhirnya.....
saya merendamkan telur saya dengan garam....
Wow...lepas seminggu...Telur asin saya menjadi!.
Nah...untuk anak-anak saya....
Untuk elak Masin yang keterlaluan buatlah telur asin anda sendiri.
Caranya begini;
Rendamkan telur ayam atau itek hanya dengan sesenduk garam ...airnya anda boleh gunakan air tapisan atau air masak biasa yang sejuk. Rendamlah selama seminggu tidak memgapa jika anda ingin lama menyimpannya....Tutup bekas eluk-eluk .
Okey...satu lagi petua untuk akhtiar hidup!. Selamat mencuba!.
Monday, March 5, 2012
" Hak "
"Hak"......
Tiada awan hanya bintang-bintang
Amat terang dan harumnya malam
Dia berjalan dengan kaki tuanya
satu...dua...jauh dan jauh...
terasa semakin lemah.
Bumi yang di pijak berpasir
Seakan bumi ditanah airnya
arah manakah ini
kampung ini tak serupa kampungnya.
Terlinang airmatanya
terlayang-layang ingatannya
sejuk pandangan matanya.....
Tuhan yang maha mengetahui
mengapa dirinya sampai kesini.
Assalammualaikum Haj...
Teksi...Masjidul Nabawi!.
Luluh hatinya dengan ayat itu
betapa hatinya terlalu rindukan
di setiap siang dan malam.
"Hak."...
Malam untuk pulang kepangkuan
Seorang nabi yang teragung
Muhammad Rasulullah Alaii Is Salam
malam untuk menyambung amalannya
berdiskusi dengan ilmu
yang menjadi dirinya.
Demi Allah maha mengetahui
diri mu rapat dan kini disisinya
rendah berdiri sahdu
suara mu merindu
seperti doa-doa
dulu kini dan selamanya
dari lubuk hati seorang tua
Hj. Ali Bin Hussien kini diterima.
Segala puji bagi Allah.
Amin.
Wednesday, February 1, 2012
Cinta Seorang Sahabat Lama...........
Saya amat tertarik dengan sajak dari sahabat baik saya
Saudari Zainab Ngah......
Sama seperti beliau suara hati saya dalam persahabatan........Moga sedikit doa dikirim dapat menambah eratkan persahabatan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
♥ SAHABATKU ♥
Sahabat tidak akan terpisah oleh jarak
Sahabat tidak akan hilang ditelan waktu
Sahabat tidak akan berubah terkikis masa
Sahabat tidak akan putus termakan amarah
Sahabat tidak akan runtuh diterjang masalah
Ia kukuh dan saling menguatkan…
Persahabatan ibarat janji dalam hati, ia tidak dapat dilihat, juga tidak dapat dibaca..
Tapi ia dapat dirasakan....di setiap relung waktu yang berputar.
Persahabatan tidak hanya tahu sekadar nama,.
Tapi ia mampu merasa.. Di kala suka mahupun duka..
Untukmu, Sahabatku..
Mungkin namaku telah hilang dari kalbumu, tergantikan oleh yang lain.
Mungkin segala kenangan kita di memorimu tersisihkan dengan beragam kesibukanmu kini..
Tapi aku ingin kamu, selalu tahu..
Aku masih menyimpan namamu, baik, rapi, lekat, sempurna, dalam hatiku
dalam doa-doaku, dalam diari penuh namamu…
Rabbi, pintaku..
Tolong kembalikanlah sahabatku,
Pertemukan kami, dalam kecintaan pada-Mu di dunia,
dan pertemukanlah kami, dalam syurga-Mu kelak
Monday, January 23, 2012
Nyanyian Malam
Malam
terasing gerak bibir ku kini
mendakap lembut suara hati mu
menyelinap menurut degup jantung
mengalir mengikut saraf
hangat masih mendamaikan.
Malam
Apakah yang menutup pandangan ku
pabila rebah di kaki
tunduk dan mendalami
ribut dihati mu
lalu tersipu-sipu
menyimpan senyum yang sahdu.
Malam
Ingin ku dakap rindu mu
tidak kan ku biarkan melayang
nun dikejauhan
bersama igauan
dan nota sedih mu.
terasing gerak bibir ku kini
mendakap lembut suara hati mu
menyelinap menurut degup jantung
mengalir mengikut saraf
hangat masih mendamaikan.
Malam
Apakah yang menutup pandangan ku
pabila rebah di kaki
tunduk dan mendalami
ribut dihati mu
lalu tersipu-sipu
menyimpan senyum yang sahdu.
Malam
Ingin ku dakap rindu mu
tidak kan ku biarkan melayang
nun dikejauhan
bersama igauan
dan nota sedih mu.