Satu hari dalam hidup saya...
Saya dikejutkan oleh seorang pembantu rumah. Orang tempatan berbangsa Melayu keturunan Jawa (Sal ). Hari itu saya dan suami benar-benar tidak sempat kepasar untuk menambah bekalan makanan. Musim hujan yang berterusan membuat kami begitu sibuk menguruskan mangsa banjir. Kawasan sekitar sudah pun penuh air. Untungnya kami tinggal di atas Bukit, tidaklah menjadi masaalah.
Saya terkejut apabila kami sampai dirumah untuk makan tengahari lauk pauk hari itu sungguh istemewa. Menunya.....
1. Serunding Tempe.
2. Masak lemak umbut lengkuas.
3. Sambal tumis Ikan bilis
4. Sardin masak kicap.
Allahuakbar....Saya tidak pernah menyediakan menu serupa itu...saya juga tidak pernah diajarkan dan mengajar dia....tapi inilah yang dikatakan bila hidup terdesak anak gadis yang tinggal nun jauh di pendalaman akan menyediakan makanan dari apa yang dia ada dirumahnya. Lalu dari saat itu saya belajar menjadikan diri saya orang kecil yang hidup tidak mewah dan bersedia dengan apa sahaja demi untuk hidup. Mengakui saya tidak pernah lalu hidup yang sukar menjadikan semua itu baru bagi saya.
Untuk itu hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anak-anak saya satu lagi cara akhtiar hidup dalam keadaan terdesak tetapi masih ada lagi pilehan dalam hidup.
Ini adalah anak pokok Lengkuas...
atau Lengkuas yang muda.
Di belah kulit dan buangkan pelepah demi pelepah.
Ambil umbutnya.
Inilah rupa selepas kulit luar dibuang.
Tinggal Umbut Lengkuas sahaja.
Potong kecil-kecil.
Sedap di masak sayur lemak.
Boleh juga di buat Ulaman.
Khasiat Lengkuas......
1. Boleh menambah selera makan.
2. Mencairkan kahak jika batuk.
3. boleh membersihkan darah.
4. Mengurangkan bengkak
5. Membantu memberi tenaga.
6. Daun boleh di satukan dengan Serai wangi untuk mandian herba bagi ibu-ibu lepas bersalin dan memulihkan kesegaran badan dengan cepat.
No comments:
Post a Comment