Friday, May 24, 2013

Dari Dalam Kamar Asing..



Sebak dihati bersambung-sambung.  Akuilah saya hari ini ketenangan saya hilang.  Begitulah perasaan  saya kali ini bagai  ombak yang  beralun lesu.  Ingatan saya kembali kepada masa-masa lalu sewaktu menjadi jururawat di wad ortopedik.  Barangkali hari ini menantap potret wajah  Mak Esah (ibu saudara ) yang pucat dan lesu yang di kirimkan Jamila melalui FB membuat  hati kecil saya amat tersentuh.

Pesakit yang di wadkan di ortho biasanya nampak sihat yang terjejas hanyalah anggota-anggota yang tertentu.  Bukan tidak ada yang mengalami kecederaan teruk dan coma tetapi perbandingannya sangat sedikit. Rasa keinsafan  menjalar dihati saya.   Alhamdullilah, saya Allah berikan ilmu kejururawatan dan mengenang kembali tugasan masa di wad ortho, saya kira ahli keluarga perlu menitipkan perasaan kasih sayang yang teramat irat untuk mereka.  Mereka boleh bercakap,boleh makan seperti orang lain, pancha indera yang tidak tercedera masih berfungsi seperti biasa hanya mungkin sebelah kaki, sebelah tangan, Tulang belakang menyebabkan mereka terlantar berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dikatil dan tidak dapat mengurus diri sempurna seperti waktu sihatnya.

Jiwa kerdil mereka sangat sensitif apalagi jika terpaksa kehilangan anggota dan menjadi insan kurang upaya dihari-hari berikutnya.  Melihat airmata yang mengalir hening dari kelopak mata mereka sudah cukup meragut hati dan perasaan saya.  Masa depan yang pudar, keciwa dan takut semuanya ada bersama mereka.Itulah sebabnya jika pesakit lelaki biasanya nampak ganas dan suka marah-marah.  Mereka melepaskan perasaan dengan menjerit-jerit dan mengusik-usik jururawat untuk menghilangkan rasa bosan dan lemas dengan persekitaran wad yang sibuk dan berbau ubat.  Saya tak mampu untuk menghukum mereka kerana empati yang berlebihan barangkali menyebabkan setiap kali balek dari wad ortho saya akan lepak tak berdaya.  Huhh...teringatkan Urinal dan Bedpan yang menjadi keperluan mereka.

Bila berada di wad perempuan ortho pula saya rasa kelainan yang amat sangat.  Sabarnya pesakit perempuan.  Tidak kira apa pun bangsa keadaan mereka serupa...diam-diam, baik-baik dan hanya ada airmata menahan sakit.  Dari wajah dan kerut yang nyata nampak mereka amat sakit tetapi tabah.  tubuh badan yang terhad pergerakkan selalu mengundang kekejangan, hanya waktu-waktu begini kedengaran suara mengerang mereka yang sayup dan tersimpan sebahagiannya di dada. 

Tak ramai yang sedar hati mereka boleh tersinggung apabila datang melawat.  Datang melawat pesakit seperti pesta makan.  Datang melawat mereka dengan kata gurauan yang menyakitkan....orang yang sihat selalu beranggapan itulah hiburan bagi mereka tetapi sebenarnya kata-kata itu pedih dan bisa untuk mereka. Ahli keluarga kadang-kadang mengurus dan membantu mereka semasa mandi di atas katil seperti tidak ikhlas, mungkin juga kerana tidak selesa dengan tempat dan bukan dirumah mereka.  Saya mohonlah kepada ahli keluarga dan anak-anak saya menjaga adap-adap semasa melawat pesakit.  Jangan mudah bergurau-gurau dengan gurauan yang menyakitkan.  Ketahuilah ada beberapa perkara yang di fikirkan oleh pesakit antaranya:

1.  Bila sakitnya akan sembuh?
2.  Komplikasi rawatan yang diterimanya?  Sesuaikah? atau sebaleknya?
3.  Apakah saat kematian sudah hampir?
4.  Jika panjang umur bagaimana untuk mengurus diri?
5.  Adakah panjang umor orang-orang yang disayang adakah  utuh akan cinta dan kasih sayangnya?
6.  Jika sudah sihat nanti mungkinkah hilang perkerjaan dan  terpaksa mencuba kerja yang lain?
7.  Kos dan bayaran rawatan?
8.  Berbagai-bagai lagi persoalan diri.

SUDAH TENTU MEREKA TIDAK SUKA MENYUSAHKAN SESIAPA SEKALIPUN AHLI KELUARGA SENDIRI.

Itulah tadir namanya.  Tak siapa meminta tetapi Allah menentukan nasibnya, oleh sebab itu mudah-mudahan sedikit dari coretan saya ini akan membantu anda mengenali pesakit dirumah sakit.  Jagalah adab-adab termasuk lah memileh pakaian.....Tidak membuka-buka dan menunjuk-nunjuk bahagian-bahagian  tertentu kerana akan menambah celaru dan pemusatan fikiran pesakit kerana mereka tidak bebas seperti anda.Tolonglah mereka kerana mereka sedang mengawal diri mereka dari kebebasan mental dan fizikal di kamar asing bukan " rumah ku syurga ku ".





Tuesday, May 21, 2013

Cerita Gagak Hitam dari Pengkalan Nelayan Bentayan.






Ini Kisah beberapa hari yang lepas.
Dok mengintai kot-kot Pok Raja Hamdan ada tak kat pengkalan  nelayan Bentayan berhampiran perhentian bas ekspress ni....
Pagi sangat agaknya.....Pok belum keluar rumah.
Sementara  menanti cik abang membelikan tiket bas untuk
abang long tinggallah saya bersendiri di dalam kenderaan.







Akhirnya sempat juga saya 
Mencuri-curi gambar  gelagat Sang Gagak hitam.
membuat sarang......


















Gagak ini  ada kisahnya yang tercatet didalam Quran.  Hitam, hodoh tapi dikatakan burung yang cerdik, penyayang dan pandai menjaga keselamatan....

Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya[*]. Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, Mengapa Aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu Aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Karena itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal........Al Maidah  (ayat 31 ).

Tak pernah saya  dengar suara Gagak  kebelakangan ini.  Sewaktu kecil-kecil dulu kerap kali saya mengikut bunyi gagak.....Sepantas kilat ibu saya menegur  " Ha....jangan ikut nanti dia koyakkan telinga ".  pantang sungguh mengejek burung Gagak saya pun tak pasti kenapa...
Kalau telinga  terbelah oleh kudis sedikit lantas ibu pun berkata  "  Tu la ejek lagi burung Gagak berbunyi ."

Di katakan  burung Gagak ini otaknya lebih besar dari burung lain dan sepisis burung yang cergas dan cerdik.  Itulah sebabnya ada dalam cerita-cerita komik bagaimana  gagak telah memasukkan batu kedalam balang untuk mendapatkan air....ada kajian  yang dibuat terhadap se ekur Gagak dengan meletakkan balang yang bermulut kecil dan  berisi daging , kemudian  di letakkan sebatang kawat dan di lepaskan se ekur Gagak yang lapar....dari kajian itu didapati gagak telah membengkukkan kawat dan mengait daging keluar untuk di makan.

Gagak jantan juga dikatakan adalah jantan yang setia pada satu pasangan sahaja.  Pasangan ini boleh bersama sehingga 21 tahun dan mendapat zuriat  hanya setahun sekali.  Gagak jantan hanya akan mencari pasangan baru apabila pasangannya mati atau mandul ( tidak boleh bertelur ).

 Emmmm....GAGAK PUN SETIA PADA PASANGAN  nya kan!. Tak kan manusia tak boleh ikut!.

Pasangan gagak amat sayangkan anak-anak.  Menyediakan sarang yang cantik dan sentiasa mengawal anak-anaknya.  Jangan dicuri anak-anaknya...anda akan dikejar kesana kemari...Ada yang nak cuba ke?

Sebenarnya  pengajaran nya disini ...
Yang hodoh hitam berkilat masih ada nilai-nilai kehidupan nya sendiri.  Tak ramai yang  tertarik bila melihat Gagak terbang....jika dipandang Punai juga yang lebih menarik berdada hijau, montok dan cantik.... tetapi   Si gagak juga yang mempunyai cerita menarik didalam Al Quran.
.

Kalau didalami cerita tentang gagak...banyak lagi.  Anak cucu saya cuba cari dan gali ya kisah unggas yang unik ini...











Wednesday, May 15, 2013

Mencari isteri yang terbaik.........

Soalan anak kepada ayahanda nya  " Kenapa ayahanda menikah lagi dan mengecilkan hati Mak Uda".
Jawapan seorang ayah " Ayahanda sedang mencari isteri yang terbaik untuk ayahanda ".

"Akak!...mantan suami saya berkahwin lagi dan madukan isterinya yang baru setahun dikahwini....Zalimnya kak lelaki itu..."

Saya  terkedu mendengarnya, memandangnya sayu....melepaskan nafas yang saya tahan sebentar tadi perlahan-lahan  mencairkan  dan melegakan perasaan.

Seorang Lelaki berajakan nafsu.  Sembunyikan kuku jahatnya di sebalik kelembutan dan ucapan sayang yang terucap di setiap saat.  Tak sangka kelihatan rumah tangga yang terbina itu bocor di ciling berlubang di dinding dan perlahan-lahan rebah ke kiri lalu kemudian menyembah ke bumi.  Terpenggal lehir seorang isteri yang di kahwini selama lebih 20 tahun...terkulai tetapi tidak putus.  Jika layang-layang terbang dan melayangnya yang tak ketentuan musnah lantaran angin yang berputar ....seorang wanita yang berusia hilang perasaan dan kesetiaanya .... takut akan kenangan getirnya  dan selalu berfikir  1000 kali untuk memulakan hidup baru....

Bahagianya menjadi seorang lelaki....
lembut berbicara dan  menangkap wanita untuk menjadi calun isteri yang terbaik....seandainya tidak tercalun tahun depan mencari lagi, begitukah?

Saya menyerahkan hidup ini kepada tuhan.  Melihat tekanan teman-teman di alam rumahtangga insafnya saya....  Syukurlah dengan apa yang saya mileki mudah-mudahan cintanya sehingga ke Syurga.  Saya sedar saya bersandar seratus peratus kepada kejujuran seorang suami selagi dia setia dan menyempurnakan hak saya dan tidak melanggar batas landasan nafsu, saya tetap menaatinya.  Saya sedar diri ini tidak cukup cantik, tidak cukup cerdik, kecekapan melayari alam rumah tangga ala kadar sahaja.....tidak rengkas kesana sini....tetapi saya berazam menjadikan diri saya seorang isteri yang patuh kerana kasih sayang yang utuh.   Selepas melaksanakan nya saya pasrah kepada kudrat dan iradad Allah Azawajala.

Akhirnya saya ingin berpesan kepada suami tercinta, abang-abang sepupu, abang-abang angkat, 2 adik lelaki saya, anak-anak lelaki saya, anak-anak buah yang lelaki serta cucu-cucu lelaki,  berlaku adil lah kepada alam perkahwinan supaya anak tidak persoalkan akan buruk laku dan ganasnya nafsu seorang ayah.

Jika pangkat tinggi, bergaji besar, punya rumah besar, berkereta mahal memanglah menjadi tumpuan wanita....berhati-hatilah semasa bertugas dan mengikat tali persahabatan, Ingatlah batas-batas pergaulan.....jaga-jaga bibir waktu bertutur, jaga  hati sewaktu berinterasi dengan wanita...peliharalah adap sopan, pasti menang  menahan pergerakkan tangan dan kaki dari menyentuh wanita yang bukan muhrim .....kerana kesemua yang saya sebut tadi sering terusik oleh Iblis.  Beristifarlah jika berasa jiwa bergelora dan cepat-cepat  mencari landasan  serta  berhenti dari terus tertipu oleh perasaan dan nafsu sendiri.

Maaf jika saya melampaui batas.  Sekadar ingin berkongsi kesedihan seorang insan bergelar isteri....
Saya cuma berharap....silalah ambil berat  ya.... insan-isan lelaki kesayangan saya...Mudah-mudah saya tidak terlambat mengingatkan anda...  kerana saya tahu anda adalah lelaki terbaik,yang saya ukur dari sudut hati  saya ( seorang Wanita).



Monday, May 13, 2013

Suka Title " Dimata mu Aku Dihati mu Dia "...Ahakkkkk.

Mood jiwang saya datang.....habis saya  dengarkan lagu-lagu kat U tube.  Dari lagu-lagu P. Ramlee hingga lagu-lagu penyanyi baru..  Saya  amati lagu Nora suaranya lunak tapi liriknya biasa-biasa....cari-cari pulak M. Nasir...setengahnya terlalu simbolik...jelajah pulak muzik rock Spring, Ella ...hehhh tak terasa kelainan yang betul menyentuh sudut hati ku..

Emmmhhh...dalam amat mengamati tu terjumpa pula lagu Deja Moss penyanyi kelahiran Sarawak " di mata mu aku di hati mu dia ".........Yes, ini dia yang saya cari. berkali-kali saya  putarkan menjelajahi lirik dari baris pertama........
Aduhai  tersentuh sungguh oleh liriknya jiwangnya....Pencipta lirik ini pernah menang "award " tak agaknya, tercari-cari siapakah gerangan yang bernama Baiduri itu?

Dalam menung  saya di petang-petang begini saya  menyapa teman kesayangan saya  Zainab.  Pertanyaan  yang saya  lafazkan didada FB belum pun terjawab lagi kerana kami kedua-duanya blur!...Hahaha...
Best memang best!...Belum banyak lagi lagu-lagu Deja yang saya dapat dengarkan..... dah tersangkut dengan lagu ini...nantilah saya akan jelajahi satu persatu...

Diri pulangkan SAYU
Ambil semula CINTA
Buang saja SETIA
agar jadi penawar RINTANG
Di Kalbu Ku!

Bahagialah ku sendiri
beri kau nilai cinta
menggilap langkah ku
tanpa janji
tanpa tipu daya.......

Inilah buktinya
asmara ku korban
kau nyalakan api
membakar diri mu.....