Soalan anak kepada ayahanda nya " Kenapa ayahanda menikah lagi dan mengecilkan hati Mak Uda".
Jawapan seorang ayah " Ayahanda sedang mencari isteri yang terbaik untuk ayahanda ".
"Akak!...mantan suami saya berkahwin lagi dan madukan isterinya yang baru setahun dikahwini....Zalimnya kak lelaki itu..."
Saya terkedu mendengarnya, memandangnya sayu....melepaskan nafas yang saya tahan sebentar tadi perlahan-lahan mencairkan dan melegakan perasaan.
Seorang Lelaki berajakan nafsu. Sembunyikan kuku jahatnya di sebalik kelembutan dan ucapan sayang yang terucap di setiap saat. Tak sangka kelihatan rumah tangga yang terbina itu bocor di ciling berlubang di dinding dan perlahan-lahan rebah ke kiri lalu kemudian menyembah ke bumi. Terpenggal lehir seorang isteri yang di kahwini selama lebih 20 tahun...terkulai tetapi tidak putus. Jika layang-layang terbang dan melayangnya yang tak ketentuan musnah lantaran angin yang berputar ....seorang wanita yang berusia hilang perasaan dan kesetiaanya .... takut akan kenangan getirnya dan selalu berfikir 1000 kali untuk memulakan hidup baru....
Bahagianya menjadi seorang lelaki....
lembut berbicara dan menangkap wanita untuk menjadi calun isteri yang terbaik....seandainya tidak tercalun tahun depan mencari lagi, begitukah?
Saya menyerahkan hidup ini kepada tuhan. Melihat tekanan teman-teman di alam rumahtangga insafnya saya.... Syukurlah dengan apa yang saya mileki mudah-mudahan cintanya sehingga ke Syurga. Saya sedar saya bersandar seratus peratus kepada kejujuran seorang suami selagi dia setia dan menyempurnakan hak saya dan tidak melanggar batas landasan nafsu, saya tetap menaatinya. Saya sedar diri ini tidak cukup cantik, tidak cukup cerdik, kecekapan melayari alam rumah tangga ala kadar sahaja.....tidak rengkas kesana sini....tetapi saya berazam menjadikan diri saya seorang isteri yang patuh kerana kasih sayang yang utuh. Selepas melaksanakan nya saya pasrah kepada kudrat dan iradad Allah Azawajala.
Akhirnya saya ingin berpesan kepada suami tercinta, abang-abang sepupu, abang-abang angkat, 2 adik lelaki saya, anak-anak lelaki saya, anak-anak buah yang lelaki serta cucu-cucu lelaki, berlaku adil lah kepada alam perkahwinan supaya anak tidak persoalkan akan buruk laku dan ganasnya nafsu seorang ayah.
Jika pangkat tinggi, bergaji besar, punya rumah besar, berkereta mahal memanglah menjadi tumpuan wanita....berhati-hatilah semasa bertugas dan mengikat tali persahabatan, Ingatlah batas-batas pergaulan.....jaga-jaga bibir waktu bertutur, jaga hati sewaktu berinterasi dengan wanita...peliharalah adap sopan, pasti menang menahan pergerakkan tangan dan kaki dari menyentuh wanita yang bukan muhrim .....kerana kesemua yang saya sebut tadi sering terusik oleh Iblis. Beristifarlah jika berasa jiwa bergelora dan cepat-cepat mencari landasan serta berhenti dari terus tertipu oleh perasaan dan nafsu sendiri.
Maaf jika saya melampaui batas. Sekadar ingin berkongsi kesedihan seorang insan bergelar isteri....
Saya cuma berharap....silalah ambil berat ya.... insan-isan lelaki kesayangan saya...Mudah-mudah saya tidak terlambat mengingatkan anda... kerana saya tahu anda adalah lelaki terbaik,yang saya ukur dari sudut hati saya ( seorang Wanita).
No comments:
Post a Comment