Tak paham kan jiwa saya....................dalam blog ini saya lebih banyak bercerita topik yang ringan dan kalau boleh bukan cerita-cerita lara. Tajuk-tajuk ringan dan tidak memberatkan jiwa. Lari dan lari dari tekanan sangat penting dalam hidup. Cari pengalaman baru dan baru, barulah terasa hidup ini manis sebenarnya jika kita menyambut cabaran. Satu hari kesatu hari yang lain kita tak ditemukan dengan benda yang sama sahaja, jika terjadi betapa hidup ini membosankan.
Yang saya tuliskan juga kadang-kadang bukanlah hal-hal peribadi saya. Kadang kala ia begitu mempengaruh jiwa pembaca. Kelihatan itulah saya yang berada dalam cerita. Tak tahu dari mana saya pelajari tiba-tiba saya ujud dalam sebuah cerita. Okey.....hari ini kita renung-renungkan topik diatas ya!.
Saya pernah janji dulu untuk bercerita tentang Jodoh. Apa pun dasar cerita ini bermula dari kisah anak-anak buah saya semasa saya bertugas dulu ....dalam usik mengusik saya teringat kembali kepada seorang dua staff saya yang dah tertulis menjadi isteri kedua. Jodoh sebagai isteri ke 2 ni penuh dengan rahsia. Saya rasakan untuk diri saya memang saya tak tertanggung. Mulut banyak ditutup dari bercerita . Hatinya sentiasa sebak dan berbuku. Jarang-jarang tersenyum dan bergembira..... Saya melihat hidupnya kalam kabut dan sentiasa takut. Koreklah apa yang diresahkan dia tidak akan buka rahsia. Pahitnya madu untuk ditelan.
Hemmm....itulah sebab saya menasihatkan mereka dulu jangan ambil suami orang....kecuali isterinya meminang anda...tapi ada ke benda begini?. Jarang-jarang wanita itu rela dimadukan. Saya amat bersempati bila melihat dunia perkahwinan yang dilalui mengganggu prestasi perkerjaannya. Kerap kali mereka adalah staff yang bermasaalah dalam tugas. Saya hanya dapat luahkan pengalaman untuk isteri yang di madu ya...tentang suaminya saya tak tahu.....sebab saya selalu ingatkan abang-abang, adik-adik lelaki, anak-anak buah agar menjauhinya. Setakat ini yang rapat dengan saya begitu setia dengan pasangannya yang satu .Alhamdullilah...harap-harap kekal lah kan jadi suami dan bapa mithali jangan suami yang menzalimi,emmmm......fikir-fikirkan!.
Okey.....yang penting nya tujuan saya menulis kali ini adalah......nak mengucapkan tahniah kepada anak-anak didik saya semasa bertugas dulu yang dah pun menemukan pasangan masing-masing dan Alhamdullilah TIDAK BERMADU ......Terima kasih kerana mendengar nasihat saya dan memilih pasangan masing-masing yang sesuai.
4 dara comel loteh dari berbagai negeri tak payahlah saya sebutkan nama mereka kan.... adalah anak didik saya yang terakhir dalam jawatan tempuhari. Sebenarnya saya selalu bimbangkan anda sehinggalah anda semua sudahpun menemukan jodoh masing-masing. Alhamdullilah semoga berbahagia hingga ke Jannah
Siapa bilang abang tak sayang kan!......lagu memujuk ....bahaya lagu ni K. Hehehe...tapi saya suka sangat kat lagu ini. ....tak ada kena mengena dengan siapa tau...hehehe. Pujukan macam tu lah buat ramai gadis terpaut... Betul tak?.
Cerita ni hanya satu episod dalam dairi kehidupan saya, kebetulan terjumpa...perjalanan hidup orang bermadu tak semestinya sama....ada yang isteri pertama pula terkulai kasih sayangnya ditasik madu dan madunya bermimpi indah bermandi di lautan biru....entahlah jangan fikir sangat key!.
Terima Kasihlah sebab bersama saya sejenak tadi. Bagaimana pun rezki dan perjalanan hidup sesorang telah pun tercatat di Loh Mahfoz... sebagai hambanya memang pun tak dapat menolaknya kecuali dengan doa dan usaha yang diterima Allah.
No comments:
Post a Comment