Tuesday, January 13, 2015

Keratong dalam kenangan......

Pagi itu saya dan keluarga suami bangun awal  dan keluar dari rumah penginapkan kami dalam suasana sejuk dan berkabus.   Berhajat menziarahi rumah kak Asmah anak saudara ayah mertua saya.Tidak susah pun mencarinya kerana setiap rumah lengkap bernama pada satu papan tanda.

Kami disambut oleh se ekor Angsa...huhuhu.


Kami memberi salam.  Tak ada sesiapa pun yang keluar. Rupa-rupanya Kak Asmah berada di KL.  Sementara ayah dan Usu berbual-bual, sempat juga saya  klik-klik gambar di sekitar rumah itu.




Cantik-cantik rumah di sini.  Kaya dengan bunga-bungaan.  Saya  terpesona.









Disebabkan kak Asmah tiada kami  menukar haluan.





Inilah rupanya pondok kepunyaan Arif anak buah saya di sebelah kiri rumahnya.  Memang pemandangan di kawasan Felda di sini memukau pandangan saya.  Dengan balam-balam didalam kabus pagi menjadikan gambar yang saya fokus nampak begitu indah.








Dirumah ini kami lengkapi perjalanan kami mencari jejak saudara mara.  Kami sama-sama berdoa agar tali persaudaraan yang jauh ini terus terikat sehingga akhir hayat kami.







Ini Famili Arif yang kami kunjungi.











Selepas Majlis Masita kami raikan setengah hari kami mohon balik semula ke Muar. Didalam perjalan balik inilah saya terpandangkan tanah Perkuburan islam.  Pantas saya  membacakan Al Fatihah dan saya  tujukan pahalanya pada abang Salleh ( Abang Sulung Abang N ) yang baru sahaja pergi untuk selamanya pada 7hb.Ocotober 2014 yang lalu.  Memang tak sangka Allah membukakan hijab dan doa saya dimakbulkan dapat melihat Tanah perkuburan...jadilah kan!. Allahuakbar....begitulah perjalanan hidup saya di atur begitu rupa...kadang terfikir  macam tak disengajakan...terjadi dan terjadi satu persatu.

Setakat inilah kita bertemu ya.....Saya dan keluarga bakal bertolak balik ke Segamat kerana nak bertemu seorang lagi anak saudara mak mertua.








No comments:

Post a Comment