Friday, February 13, 2015

Rumah Yaie saya dulu-dulu.........

Padanlah abah nak juga buat rumah papan yang tinggi.....Adik sepupu saya Zaharida kata abah bertukang sendiri rumah itu sampai siap.  Dia yang masih kecil lagi di ajak menemani abah  berkerja sehari suntuk.  Saya tidak sempat merakam gambar rumah kenangan yang abah buat ...

"Abah minta duit hantaran perkahwinan awak ni ya!.Abah nak dirikan rumah di Pt. Jamil".....
Sebenarnya sikit je duit tu...tapi abah tetap bangga menerimanya.

" Okey, ambil lah abah ".


Saya rela kerana abah dah banyak berbelanja mengurus majlis perkahwinan saya.  Dengar-dengar hampir 13 ribu duit di zaman tu.....saya belum pun dapat gaji pertama ketika naik pelamin. Posting bulan 3...naik pelamin bulan 4. 100% urusan majlis perkahwinan saya di urus oleh abah dan ibu saya.


Tersasar emmmh.....begitulah halnya kesah rumah abah yang entah keberapa.  Abah dari muda nya asyik berpindah rumah....buat rumah...pindah rumah...

Yaie ( Datuk ) saya Hj. Salleh dikatakan orang kaya zaman dulu.  Membuka perkampungan Pt. Nawi, Pt. Hj. Salleh dan kawasan sekitarnya.  Beliau mempunyai ramai perkerja yang terdiri daripada orang-orang Jawa.  Beliau menghadiahkan tanah-tanah itu kepada anak-anaknya sebaik sahaja mereka berumah tangga.....ada yang dapat di kawasan Pt. Pecah, ada yang dapat di kawasan Pt. Nawi, ada yang dapat dikawasan Pt. Bulat dan Pt. Hj. Salleh.  Nama sebenar Yaie saya ialah Senawi dan nama lainnya selepas kembali dari Mekah bertukar kepada Hj. Salleh.  Beliau sendiri menetap di Pt. Jamil Darat, mengerjakan sawah Padi di tanah 7 ekar.  Parit Nawi dan Pt. Hj. Salleh mengambil sempena nama Yaie saya...begitulah halnya....Sumber dari aked Negara.

Hari ini saya nak bercerita tentang rumah Yaie saya di tanah Sawah Pt. Jamil tempat yaie menetap.Sumber cerita yang saya tuliskan ni saya dapati dari Kak Mah....Mudah-mudahan Kak Mah (Saemah) masih sihat....  lama saya tak menjenguknya. Jika saya datang dia akan sambut dengan budi bahasa yang tinggi.  Lemah lembut tutur bicaranya, menyebabkan memang sukar saya melupakan...sesekali ingatan saya melayang  menyapa beliau dari jauh.



Emmh...Yaie dikatakan ketua kampung yang selalu mengadakan kenduri.  Rumah Yaie sentiasa di kunjungi tamu.  Hasil kelapa, kopi  menjadi hasil pendapatan Yaie.  Rumah Yaie tinggi dan jika banjir besar tidak jadi masaalah kepada keluarganya.  Terim kasih Kak Mah kerana sudi bercerita.  Kak Mah mahu kami mengabadikan gambar rumah kepunyaan penduduk kampung  Wak Jahari...katanya ambik lah gambar , rumah itu serupa rumah lama abah kau masa Yaie Salleh masih ada.

Begitu lama dia pesan....menjelang hari raya dibulan puasa yang lepas baru keberanian saya datang untuk menjenguk rumah Wak Jahari tu.....itu pun tak tau macam mana  nak mulakan percakapan untuk meminta izin merakamkan gambar dari anak Wak Jahari......berita kematian arwah pun tidak saya tak dengar tiba-tiba bila bertanya katanya telah tiada.

Akhirnya...sempatlah juga menangkap gambar rumah itu atas nasihat kak Mah.
Terima kasih Kak Mah!.




Dari lihat dari bahagian depan rumah.  Inilah satu-satunya rumah jenis lama zaman berzaman yang masih ada.





Beginilah keadaannya bila di lihat dari sisi.  Rumah ini tinggi dan masih boleh di duduki di musim hujan dan jika bah besar berserta air pasang.  Maklumlah tempat kami tinggal lebih kurang 3 km dari tepi pantai Pt. Jawa.  Bersyukur saya kerana dapat juga merakamkan gambar ini, waktu berkunjung membeli dodol untuk Arhad dan Idah menjelang hari raya yang lepas.
Terima kasih kak mah kerana selalu berbunyi.........

Begitulah rupa....mujur masih ada yang dapat dibuktikan sebelum saya menutup mata....salah satu dari model rumah tempat ayahanda saya membesar.

Rumah ke 2, ke 3, tiada gambar kenangan......ke 4, dan ke 5 rumah yang saya duduk sekarang...yang ke 6 Tak pasti adik-adik ada simpan kenangan dan ke Tujuh.....rumah yang saya dan adik-adik sama-sama bina kemudian selepas rumah ke 6 di runtuhkan, iaitu salah satu rumah yang ditukang sendiri oleh abah dengan tulang empat keratnya.

Sampai disini dulu. Selamat malam...........




No comments:

Post a Comment