Tuesday, August 25, 2015

8.8.15 di Jublee Intan JB.

Alhamdullilah sampai gak saya kat sini. 2 pupu WARIS  (ayah saya dan ayah dia sepupu )  buat kerja kawin.  Kali ini kami datang jemputan tak rasa enjoy sangat sebab bawa anak bungsu.  Kalau hari Sabtu memang kena hantar dia balik kolej semula.  Agak berebut-rebut je pertemuan kali ini.  Kalau tinggal si kecik pula , mula lah tak kenal saudara mara.  Alhamdullilah dapat gak bawa 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan berkenal dengan atuk sedara dia orang.  Terima kasih abang Hj. Mislan Karmani (pangkat orang Jawa) jemput gak kami hari tu.... Sorrylah ya tak dapat lama hari tu.  Tapi saya gembira sebab dapat menatap wajah-wajah semua adik beradik anda dan ayahanda serta bonda.
Hhihiks, seronoknya!.


Di  kiri sekali tu abang Din @ Hatta.  Kami pernah kerja sebumbung di awal -awal tahun 80an.  Masa tu di Klinik sri. Medan, Batu Pahat.  Nasib baik tak pernah berkelahi....adui...Allah uji kami bersatu tanpa tahu kami adalah 2 pupu sebenarnya.  Abah kata sedara...saya ingat sedara jauh dan bau-bau bacang.



Ini Cikgu Yunus yang berkemeja dan berada ditengah-tengah tu.  Rupanya anak nenek dia adik beradik dengan Hj. Karmani Pak sedara saya tu...hampeh, Zana adik ipar dia pula beras saya. Abd. Gaffar (suami Zana) satu-satunya adik lelaki suami saya.....

Kecik je alam ni bila Allah cantumkan kami-kami ni.  Jodoh keluarga rupa-rupanya berputar di anatara kami juga akhirnya.



Baiklah...yang comel manis tu anak kepada abang Hj. Abd. Malek  (2pupu saya).  Sementara bapa Hj. Abdul Malik, juga mertuanya pula sepupu Hj. Mislan...nah sekali lagi keluarga kami bercantum sebegitu.



Beginilah suasana dalam dewan.  Masa ni ramai saudara mara yang hadir, ramai juga sahabat handai keluarga ini yang meraikan majlis.  Ketika gambar ini dirakamkan bapa pengantin sedang menyanyi heheh...tapi saya tak perasaan beliau menyanyi....anak memberitahu.  Haji nyanyi lagu apa?.  Rugilah tak perasaan tengahari tu, sibuk berbual...tu la kan!.  Bila-bila nanti kalau nampak wajah saya nyanyi lagi Haji!.





Haaa....ada rupa tak saya dengan Paman Karmani, anak keponakkan orang Jawa kata.  Kalau saya tidak ada adik-beradik lelaki beliau ni boleh menjadi wali kepada saya....emmm, begitulah kan...bapa saudara yang kuat.  Apadaya selepas umur 50han baru saya tahu...Sayang Paman dan bibek Mar!  Sihat selalu OK!.

Jadilah bapa dan ibu saya sekarang ya!...saya anak yatim piatu!.



Okkkk.....ni siapa?
Ini Dato Ahmad Ridza...dulu rakan sekelas saya...dari darjah satu hingga darjah 6. ( Baju Melayu Merah).  Dalam gambar ni keluarga saya dan keluarga beliau berfoto sama....disini isterinya Datin Mariam bersama-sama 3 orang anaknya...dan satu anak perempuan saya, anak lelaki saya yang ke 3 pula tangkap gambar ini...

Kebelakangan ni saya kurang menulis di blog sebab saya ada masaalah dalam edit gambar.  Komputer saya mulai uzur.  Nak beli baru macam membazir pula sebab yang ada ni masih boleh guna.  Kenalah bersabar sikit.  Kebanyakkan gambar saya ambil dari FB dan diguna pakai semula di sini.  Harap-harap anak cucu tak marah kan...



Rasanya setakat ini dulu ya...pertemuan kita...Jaga diri, amalan dan kesihatan juga. Salam sayang dari saya. Assalam.



No comments:

Post a Comment