Saturday, February 9, 2019

Kekasih dari Syurga


Kekasih dari Syurga

Dia mencubit ku
memijak hujung sepatu ku
menarik rambut ku
menarik kerusi ku
Dia merentap tali bag sekolah ku
Dia jugalah yang menjatuhkan aku di sisi guru

Dalam kesakitan yang amat sangat
aku hilang nafas
sementara dia pula yang menangis kerana aku.
Maaf wajahnya ku lumuri dakwat Biru
Baju ku simbahkan rasa geram dan sakit hati ku

Kekasih dari Syuga
Kau kah itu yang bersembunyi disebalik Dermaga
kau kah itu yang memberi salam?
Perahu layar mu sudah mula berangkat
Ombak mula mendesah menjenguk kebelakang




Angin yang bertiup sepoi melempar senyum
Kekasih...disaat bermimpikan pelayaran yang indah
aku meletakkan kepercayaan
Kekasih ku selamat pulang ke Syurga
jangan lupa
bawalah aku sebagai pendayung mu
yang SETIA

Kamalati Aida
mac 2017

No comments:

Post a Comment