skip to main |
skip to sidebar
" Terima Kasih saya tolak tawaran itu, sebab tak ada siapa yang nak tolong ayah saya. Saya dan ayah dah mula tanam lada. Kami cuma bertiga sahaja". Dia memberi jawapan.
Saya berdiri 6 kaki sahaja dari pintu biliknya, tanpa disedari olehnya saya mendengar sendiri setiap ucapannya. Ucapan itu sebenarnya telah membungkus harapan saya. Dia menolak tawaran Pensyarah Kolej Komuniti yang pernah dia hadir temuduga setahun sebelum itu. Lama menunggu jawapan, dia merubah tekatnya membantu ayah berkebun. Itulah Mohd. Khair anak saya.....
"Ma, restulah Aie dan doakan Aie!". Pintanya. Hampir sahaja saya menitiskan air mata. Sebaknya perasaan saya.
" Aie suka sebab berkerja dengan pokok, tak perlu ikut perentah sesiapa ". Dia melepas tekanan keresahannya kerana kenal akan kehendak ibunya. Dia tahu apa yang dia pilih tak sealiran dengan kehendak saya.
Anak ini satu-satunya individu yang cukup sabar. Lahir dan besar sebagai anak yang " Delaksia ". membesar dengan teruji. Selain lambat bercakap, lambat mengenal huruf, dan kerap pulak dibuli masa sekolahnya dia cekal dan rajin. Setelah masuk sekolah menengah kemajuan pelajaran memang pantas dan boleh menguasai bahasa Engrish dan cekap. Mempunyai Diploma IT dengan kepujian tetapi ......merahsiakan daripada kami peluang-peluang yang dia perolehi untuk menyembung pelajaran kerana tidak mahu jauh dari kami . Begitulah saya terjumpa satu demi satu surat tawaran yang telah luput waktu beberapa bulan dan tahun kemudian.
Mengaji dengan tekun sehingga usia 17 tahun dan mengulangi beberapa kali Al Quran. Syukur anak ini cukup tahan pada cabaran. Saya memujuk menyambung pelajaran ke IKM, di usia matang dia cuba belajar walaupun sebelum itu dia telah pun pernah menjadi guru di salah sebuah Sekolah Swasta di JB, Bertahan dua setengah tahun disitu, sehingga selesai pengajiannya. Alhamdullilah. Di saat ini dia sudah pandai menulis, membaca dan menulis bahasa Korea. Ada tawaran untuk dia menjadi pemandu pelancung untuk Pelancung-pelancung dari Korea, sekali lagi dia menolak perkerjaan itu kerana perlu jauh dari kami.
Pasrahlah saya pada takdir yang diberikan. Hikmah yang tersembunyi disebalik yang termaktup tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan rezki anak ini akan berkembang dan Allah pelihara kesihatan dan permudahkan semua urusan.....moga jodoh nya juga menanti. InsyaAllah.
Tuesday, March 3, 2015
Aie 1

No comments:
Post a Comment