Friday, April 3, 2015

Monolog tentang "SAYANG".

" SAYANG "........Perkataan itu dipertikai lagi....dan terasalah saya dan sebak.

Tak terfikir barangkali oleh pencetus kesedihan  saya malam ini bahawa perkataan yang hadir itu dari rasa rendah diri dan punya ketulusan yang tersendiri. begitulah seorang ibu,bapa dan kakak dizaman saya mendidik sebagai lambang anak orang baik-baik.  Bukan kecantikkan dan ketampanan menjadi pandangan orang di zaman itu tetapi didikan keluarga menjadi perhatian terlebih dahulu.Begitulah saya dan adik-adik terdidik.Perkataan sayang itu bermain dari mulut setiap orang yang menjadi ahli dalam rumah saya, terutama yang lebih besar dari saya.  Mereka lah contoh,bukan idola tetapi pembentuk peribadi saya.

Perkataan sayang kena datang dari dalam diri.  Ianya bukan hanya perkataan tetapi bermula dari hati.  Kasih sayang harus ada untuk jadi insan yang berperkerti mulia.   Dari rasa sayang kepada se ekor kucing terbuang,maka tangan dan anggota lainnya memunggut untuk di selamatkan.  Dari  sayang dan peri kemanusian seorang doktor bersedia untuk merawat seorang pesakit, dari  sayang anak-anak yatim dilonggokkan dirumah pelindungan mereka, dari  sayang juga orang tua yang berpelesiran serta membuak yang ditemui gelandangan dipunggut dan diberikan pelindungan........Besar nilainya harga sayang itu. Dan Perkataan SAYANG bukan saja simbul kemanusiaan, tetapi tuntutan dari Tuhan.Tolonglah jangan di lucahkan perkataan yang mulia itu...Tolonglah!.

Saya tak paham nilai-nilai itu menjadi nilai yang negatif kini.  Begitukah yang ditiupkan kepada insan yang mengaku islam?.  Allah meminta hambanya berkasih sayang dan memberi amaran tidak  diterima taubat dua insan yang tidak berteguran.  Sebaliknya seorang  insan yang belum cukup ilmu didadanya, serta artis beranggapan mengucapkan perkataan sayang pada seorang bukan muhrim tu haram....saya tak paham.....bagi saya rendahnya akhlak insan yang berpandangan negetif terhadap kasih sayang dan ucapan sayang dan panggilan sayang........

Apa salahnya seorang yang lebih tua memanggil kita sayang jika kita seorang anak, itulah  tanda kasih orang tua. Begitu juga seorang wanita separuh umur memanggil remaja dengan perkataan sayang di awal ayat untuk menarik perhatian...misthalnya disebuah restoren.  Bukan semua orang mampu berbuat begini, yang biasa mengunakan ayat-ayat manis dan berbudi bahasa sebegini hanyalah insan yang terdidik sedari kecilnya dan lahir dari keluarga orang baik-baik.  Mendengar kata bicaranya kita sudah mengenal siapa orang tuanya, serta latar belakang keluarganya.

Saya dapati Perkataan " Sayang " punya megic yang tersendiri.  Perkataan tersebut kerap diguna pakai untuk melembutkan hati sesorang....atau menghadirkan rasa hormat kepada sesorang...atau mengubati penyakit hati secara tidak formal.  Gunakan perkataan itu untuk perkara-perkara yang positif, perkataan itu akan nampak cantik dan mulia.....sebaliknya jika perkataan SAYANG itu  diguna pakai untuk perkara-perkara yang negatif maka hadirnya tentulah sebagai musibah.  Maksud saya....gunakan perkataan 'SAYANG' dengan rasa tanggung jawab yang besar dan bermaruah, BUKAN MUDAH-MUDAH menyebutnya  tanpa tujuan dan kosong.

Saya harap saya tidak salah mendidik anak. Begitulah ayah ibu saya mendidik saya dahulu.  Bersyukurlah kerana berada dalam keluarga yang terdidik dengan cara yang tersendiri...Orang memilih kulit mengagak akan isinya,pada Allah isi hati menjadi taruhan titian ke Syurga.  Anak-anak menjadi pertaruhan saya dengan tuhan, moga perjalanan saya ke Syurga licin tanpa gangguan.  Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah untuk kami sekeluarga.  Semoga anak-anak saya mengutip, membenamkan ke kalbu ilmu ugama yang betul dan terpimpin....bukan hanya dari dihalaman web kerana bagi saya ada yang diselewingkan.

Mudah-mudahan anak-anak saya dapat menerima teguran, jangan melihat mak anda dari luar....lihatlah apa yang ada dihatinya.  Andai halaman ini tidak pernah anda jenguk masa ini...hayatilah dan terimalah ia setelah kematian menjemput mak nanti.  Allah akan menerima taubat seorang insan...insyaAllah.



No comments:

Post a Comment