Sunday, October 4, 2015

Ke Jendela Felcra Sungai Ara 2.

Dekat sejam gak menunggu.  Ramai Jemaah masjid ni....
Emm terbayang pula wajah budak down syndrome yang nampak nakal menjaga lalu lintas...heheh, berangan budak tu.  Buat saya tersenyum sendiri.  Dia sempat menoleh ke arah saya...heheh, barangkali bahana saya pakai tudung kuning yang cerah tu. Perasan pulak tu kan....saya diam-diam dalam kenderaan dibawah pohon redup di situ.  Anak.....anak...emmmm, kalau dah istemewa deria mengesan tu memang lain dari yang lain.

Akhirnya budak tu berlalu.....

Sekejab saya membuka bungkusan kerepek Keladi yang saja saya bawa untuk kunyah-kunyah didalam perjalanan.  Upppps...alahai menjamahnya saja terasa gatal lah lidah saya. Alahai .....
Tak lama kemudian suami saya pun sampai .....Tengahari waktu tu, lantas dia bertanya...nak makan di mana?.  Disebabkan saya pun perlu sembahyang Zuhur waktu, saya  buat keputusan makan sahaja di Kawasan Bandar Tenggara tu saja.  Sebentar kami singgah disurau ....sebenarnya saya dah beberapa kali juga menjejak surau itu. Tumpang bersembahyang.  Dekat-dekat situ ada rumah anak saudara bernama Hairom....tapi kami tak sempat singgah kali ini kerana perjalanan masih jauh.  Saya  bercadang untuk tidur dirumah kakak dan abang angkat di Kota Tinggi.


Mencari restoren.   Dah lewat...hanya tinggal Soto sahaja....Ok lah dari perut kosong untuk mengalas perut kerana perjalanan kami masih jauh.  Di meja itu saya dan suami berbincang tentang perjalanan kami.  Ada rindu yang sedang saya tanggung bertahun-tahun.  Dari anak satu hingga ke saat ini tidak pernah lagi menjenguk rumah bersejarah itu.  Cukuplah kalau dapat melihat bumbungnya.  Tidak ada harapan yang saya sandarkan untuk menjejak kerabat dua pupu ibu saya yang tinggal di situ dulu.  Kami putus hubungan.

Bila menyebut kisah duka itu, fikiran saya melayang tentang sejarah famili kami.  Kecil lagi masa itu saya... nenek saya Zainab membawa saya ke Kota Tinggi menaiki bus dari Johor Bahru.  Waktu itu jalan sempit dan berliku-liku.  Dalam hujan yang mencurah-curah bas kami naiki merangkak perlahan, Air dari bukit di kiri kanan bus seperti air terjun merecik ditangkap bas.  Tidak ada air con...kami bertukar nafas sesama kami dalam bas kerana tidak ada satu tingkap pun boleh dibuka.  Melemaskan, adalah hamba Allah yang membuka tingkap kecil sahaja tetapi air yang merecik kedalam membuat kami semua tidak selesa.  Akhirnya saya sampai ke bandar Kota tinggi.....Ketika itu Pak Cik Noh Kecik tinggal di Quaters hospital Kota Tinggi kerana Mak cik ramlah menjadi Bidan di situ.

Selepas itu saya kerumah baru Pak Cik.  Agak mewah juga masa tu.....besar dan berstyle.  masuk kerumah itu terasa bagai orang kaya....Heheh.  Patah khayalan saya bila suami memecah kesunyian.
"  Kita jumpa Mat Shapie dulu ya ".
" Ok mana-mana aje ". Jawab saya.
Tak lama kami sampai ke Bangunan mara Kota Tinggi.  Suami saya menalipon cucu saudara saya dari sebelah abah.  Jejak kasih.....kami memang tak kenal mengenal.  Berborak-borak di sebuah restoren.  Dia cucu pada Kak Jaemah sepupu saya.  Ibunya bernama Munirah....saya tidak pernah jumpa (sudah meninggal).  Kak Jaemah itu amat tua masa saya jumpa dulu...lebih tua dari abah saya.   Almarumah kak Jaemah tu anak kepada Kakak abah no 2...yang bernama Samijah.

Alhamdullilah...
ni je gambar yang dapat saya ambil.... gambar yang lain minta tolong orang lain.... sayang gambar goyang.

                                      



Mad Shafiee yang berseluar hitam bersama suami saya di Bangunan MARA kota Tinggi.








Terima kasih Mad Shapiee kerana menunggu kami dan sudi berjumpa kami.  Mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi.  Jam dah dekat pukul 6.00 petang...saya kemudian meneruskan pencarian ....ke  rumah keluarga Pak Cik saya.  Kami main redah je...dan saya hanya berharapkan suami untuk pengecaman rumah.... sebab semasa ada hayat ibu, dia pernah  membawa ibu saya kerumah tersebut beberapa kali....dan saya seperti selalu tinggal atas panggilan kerja.

Wednesday, September 30, 2015

KE JENDELA FELCRA SUNGAI ARA 1

11 Septembar  2015........
Saya dan suami bergerak ke Kota Tinggi Johor jam 11.00 tengah hari Jumaat itu.  Takdir kali ini memehak kepada kami.  Terima Kasih Allah kerana izin nya menjadikan segala-galanya realiti.  Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kami untuk memulakan perjalanan. Berbunga-bunga hati saya penuh harapan.  InsyaAllah kenderaan pun berkedaan baik......biasalah buat persiapan serba sikit, gantung baju cantik sehelai dua untuk majlis nanti.  Emmm....apa yang penting kali ini saya harus mencipta sejarah baru dalam hidup Yah! lets go my dear husband!....








Che Pah!.....senyum ya!. 
Maklumlah gi jalan-jalan kan, hidup lah dia!.
Selfi you!.  Boleh tahan gak Handphone  buruk saya ni cih...cih..cihhhhh  sweetnya!.









Tenang perjalanan kami.  Menyusur masuk ke Dearah Batu Pahat, Terus ke Air Hitam, menghala ke Kluang pula. Agak deras juga suami saya memandu sebab berhajat Sembahyang Jumaat di salah sebuah mesjid di Bandar Tenggara.  Melintasi ruang hadapan  Hospital Tengku Nora Kluang terusik hati saya....emmh, di ICU ada Ahmad Nor Asraf yang sedang berjuang dengan penyakitnya kencing tikus dah lapan hari wadkan di situ...memang ada kebimbang di hati saya...tetapi saya tetap berhari Asraf kembali sembuh seperti biasa.

Akhirnya kami sampai di Bandar Tenggara dan singgah lah kami di Masjid yang cantik diatas bukit tu.  Ramainya jemaah yang bersembahyang di situ.  Biasalah kan bila tinggal seorang diri dalam kereta yang berkunci tu sempat gak lah Che Pah melelapkan mata.  Tak ada rasa takut langsung kerana ada anggota RELA perempuan hilir mudik depan saya.  Keadaan Selamat!. Takut lak gi candid dia...kot marah kang buat pasal pulak.....mengadap Pak polisi.  Yah, pokok yang rimbun baywa aku pergi....terbanglah roh yang ku miliki sebaik sahaja ayat-ayat suci di lafazkan oleh Pak imam masjid berkenaan ( terlupa lak namanya).

Ala dah mengantuk lah pulak...sambung esuk eh. Boleh le kan?.  Bukan saja mengantuk, pedih mata dah ni...tau-tau je lah papan layar komputer ni kan terang. Bye, assalam semua, insyaAllah kita jumpa malam esuk.

Tuesday, August 25, 2015

Abang Shamsuri ......

Abang Sham ni saya pun hairan....kami pernah putus hubungan, tah macam mana bercantum balik.  Saya pun dah tak ingat peristewa kami bercantum balik ni....mungkin melalui Kad Hari Raya kot!.

Abang Sham ni banyak membantu saya masa saya rajin menulis, muda remaja gitu.....
banyak kenangan manis kami lalui bersama.

8.8.15 tu pun abang Sham nak buat kerja Kahwin dirumahnya.  Datanglah abang bersama Kak Jah kerumah saya hantar kad dua minggu sebelum majlis.  Betapa bersyukurnya saya, ikatan kekeluargaan yang kami jalin terus terikat manis.  Kak Jah yang peramah dan baik hati tu mengikat hati saya, betapa beruntungnya abang memiliki isteri sebaik itu. Dulu saya ada rasa takut-takut....maklum soal hati, kini dan selamanya insyaAllah kami dapat sesuaikan diri.  Hidup ni pun pinjam aje kan...bila-bila kot saya yang dijemput dulu siapa tahu?

Akhirnya saya ke teratak abang bebeerapa hari sebelum majlis.....mohon maaf sebab tak dapat hadir dihari bahagia anak perempuannya. Terserentak dengan 2 pupu saya  Haji Mislan kan!.  Syukurlah akak menjamu makan tengahari untuk saya...sedapnya masakan akak buat saya terkenang-kenang.  Ikan bilis goreng dengan bawang dan lada...emmm menu yang paling saya suka dari kecik-kecik lagi...tapi sayang lupa pulak ambil gambar masa tu.  InsyaAllah berdoalah mugaada kesempatan yang lain untuk bergambar dengan akak dirumahnya...tapi sewaktu abang dan akak datang kerumah saya ....kami sempat bergambar, Alhamdullilah.... tapi hanya dihalaman rumah....Jadilah kan!.





8.8.15 di Jublee Intan JB.

Alhamdullilah sampai gak saya kat sini. 2 pupu WARIS  (ayah saya dan ayah dia sepupu )  buat kerja kawin.  Kali ini kami datang jemputan tak rasa enjoy sangat sebab bawa anak bungsu.  Kalau hari Sabtu memang kena hantar dia balik kolej semula.  Agak berebut-rebut je pertemuan kali ini.  Kalau tinggal si kecik pula , mula lah tak kenal saudara mara.  Alhamdullilah dapat gak bawa 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan berkenal dengan atuk sedara dia orang.  Terima kasih abang Hj. Mislan Karmani (pangkat orang Jawa) jemput gak kami hari tu.... Sorrylah ya tak dapat lama hari tu.  Tapi saya gembira sebab dapat menatap wajah-wajah semua adik beradik anda dan ayahanda serta bonda.
Hhihiks, seronoknya!.


Di  kiri sekali tu abang Din @ Hatta.  Kami pernah kerja sebumbung di awal -awal tahun 80an.  Masa tu di Klinik sri. Medan, Batu Pahat.  Nasib baik tak pernah berkelahi....adui...Allah uji kami bersatu tanpa tahu kami adalah 2 pupu sebenarnya.  Abah kata sedara...saya ingat sedara jauh dan bau-bau bacang.



Ini Cikgu Yunus yang berkemeja dan berada ditengah-tengah tu.  Rupanya anak nenek dia adik beradik dengan Hj. Karmani Pak sedara saya tu...hampeh, Zana adik ipar dia pula beras saya. Abd. Gaffar (suami Zana) satu-satunya adik lelaki suami saya.....

Kecik je alam ni bila Allah cantumkan kami-kami ni.  Jodoh keluarga rupa-rupanya berputar di anatara kami juga akhirnya.



Baiklah...yang comel manis tu anak kepada abang Hj. Abd. Malek  (2pupu saya).  Sementara bapa Hj. Abdul Malik, juga mertuanya pula sepupu Hj. Mislan...nah sekali lagi keluarga kami bercantum sebegitu.



Beginilah suasana dalam dewan.  Masa ni ramai saudara mara yang hadir, ramai juga sahabat handai keluarga ini yang meraikan majlis.  Ketika gambar ini dirakamkan bapa pengantin sedang menyanyi heheh...tapi saya tak perasaan beliau menyanyi....anak memberitahu.  Haji nyanyi lagu apa?.  Rugilah tak perasaan tengahari tu, sibuk berbual...tu la kan!.  Bila-bila nanti kalau nampak wajah saya nyanyi lagi Haji!.





Haaa....ada rupa tak saya dengan Paman Karmani, anak keponakkan orang Jawa kata.  Kalau saya tidak ada adik-beradik lelaki beliau ni boleh menjadi wali kepada saya....emmm, begitulah kan...bapa saudara yang kuat.  Apadaya selepas umur 50han baru saya tahu...Sayang Paman dan bibek Mar!  Sihat selalu OK!.

Jadilah bapa dan ibu saya sekarang ya!...saya anak yatim piatu!.



Okkkk.....ni siapa?
Ini Dato Ahmad Ridza...dulu rakan sekelas saya...dari darjah satu hingga darjah 6. ( Baju Melayu Merah).  Dalam gambar ni keluarga saya dan keluarga beliau berfoto sama....disini isterinya Datin Mariam bersama-sama 3 orang anaknya...dan satu anak perempuan saya, anak lelaki saya yang ke 3 pula tangkap gambar ini...

Kebelakangan ni saya kurang menulis di blog sebab saya ada masaalah dalam edit gambar.  Komputer saya mulai uzur.  Nak beli baru macam membazir pula sebab yang ada ni masih boleh guna.  Kenalah bersabar sikit.  Kebanyakkan gambar saya ambil dari FB dan diguna pakai semula di sini.  Harap-harap anak cucu tak marah kan...



Rasanya setakat ini dulu ya...pertemuan kita...Jaga diri, amalan dan kesihatan juga. Salam sayang dari saya. Assalam.



Tuesday, July 28, 2015

28 July 2015..........

Emmm....cian saya.  Bila saya ajak jumpa dr. swasta  malam tu...suami kata awak ambik rawatan kat klinik kerajaan aje.  Oh ye ke...saya tunggu esuk.  
Bila dah siang, saya rasa saya ok walaupun kruk-kruk tu masih ada.  Malam masa nak tidur saya mencunggap semula....saya mengambil keputusan esuk siang sajalah...susahkan  keluarga je dah malam begitu.  Sapu-sapu vicks beberapa kali akhirnya saya terlelap sampai pagi.

Memang pun saya dah gagal lawatan ke klinik hampir 2 minggu.  Rawatan dr. pakar 3 bulan sekali dah pun berlalu.  Untuk datang semula saya kena call Klinik sama ada dr Pakar ada atau tidak.  Akhirnya mereka memberitau pagi ini ada doktor berkenaan.

Kebetulan Patient tak ramai.........selepas pemeriksaan, dr dapati saya mula mendapat athama yang agak teruk.  Saya sedar saya ada athma tapi tak pernah seteruk ini ...berhari-hari saya menanggungnya.  Sekejab OK...sekejab lagi datang.   Emmm....rawatan nape pun dimulakan untuk saya...inilah pertama kali pengalaman mengunakan nape inhaler. 

Teringat sewaktu mengajar Patient dulu....tapi bila pat saya ...emmh terasa blank pulak kepala.  Kawan-kawan cuba membantu saya.........mulalah  debar jantung saya kencang dan tangan saya mula ketar.  Diri merasa sedikit lemah.  Inilah yang berlaku sewaktu mengandungkan Shahirah...saya tumbang beberapa hari dan tak pandai nak mengurus diri.  Terbaring menatap celling, gigil menuju ke toilet .  Bila suami bertugas jauh, saya gagahkan diri.  Tak ada adik beradik nak saya harapkan...mak pula dah tua hanya berada di pembaringan. Waktu itu rambut pun tak terurus...teman-teman sekerja pun tak sempat datang melihat sebab saya ditempatkan di klinik swasta, kalau di hospital mereka mudah datang.....ada tugas, mereka ambil peluang menjenguk rakan. Bila saya menatap wajah di cermin ternyata saya lebih hodoh dari pesakit Di rumah Sakit Tg. Rambutan.

Ada tambahan penyakit yang baru.....Wahai tuhan percepatkan perjalanan saya untuk ke Mekah Mukaramah.  Selepas di diagnos layak kah nanti saya kesana lagi?...sedang kan ajakan saya berkali untuk pergi umrah tak menarik perhatian suami.  Susah untuk membuat perkara yang baik.....untuk kesana, dan panggil sebagai tamu juga bukan semudah angan-angan kita.  Kita harus berusaha dan berdoa.

Friday, June 5, 2015

Mimpi dan mimpi lagi.......



Bermimpi ......
Hilang kasut sebelah......
Bertemu Almarhumah Cikgu yang dikatakan serupa wajah saya...
Cincin kepunyaan diambil sesorang dan tidak dikembalikan.........

Huaaaaaa.......harap tak de apa2 kan.
 Jika takdir masa saya harus tinggalkan anda semua.  Maafkan saya ya.  Saya hanya insan......dipinjamkan untuk anda sementara, sesekali jadi kawan bergaduh, sesekali jadi tempat bertaut dan berteduh.  Tidak pun kaya harta tapi saya mampu memberikan kasih sayang, insyaAllah.
Tak cantik pun saya berbanding orang lain, tapi.....saya akan tinggalkan gila-gila romantika saya untuk dikenang.










Anda tahu anda disayangi....saya tidak pernah sembunyikan.  Kasih sayang itu ikhlas tidak dibuat-buat.  Tak ada agenda disebalik kasih yang diberi. ....emmm, apa yang Allah berikan pada saya sudah mencukupi.  Saya tak perlu keluar negeri untuk hiburkan diri, saya tak perlu emas berbungkal untuk menunjukkan darjat, saya tak perlu alat solek yang berbagai jenis untuk tunjukkan kecantikan.....apa yang ada itulah saya, jika mampu saya adakan, jika tak saya diam-diam.

Apa pun saya bakal tinggalkan anak-anak.  Mohon anak-anak berdoa untuk saya, yang lebih penting anak-anak saya diharapkan menjadikan  hubungan dengan Allah setulus hati dan utama. Secara jujur saya hanya menyerahkan diri pada Allah setiap waktu.......yang ada ni, saya hanya menumpang bahu ketika menangisi nasib, duduk dihati kamu-kamu kerana menumpang kasih, menumpang rezeki yang ada kerana amanah Allah untuk kamu seorang suami........harap hadirnya saya diterima setulus hati...dan jika saya pergi di redhai. CARILAH PENGANTI JIKA SAYA DULU YANG HARUS PERGI...tapi jagalah anak-anak saya, jika hari ini kasih itu penuh seluas lautan, masa hadapan jangan berkurang pun kasih sayang yang ada dihati.  Anak-anak itu saya kandung dan lahirkan seikhlas hati.  Saya juga bersyukur kerana merasa punya seorang suami, sedang ada insan lain langsung tak berpeluang mengalami stuasi sebagai isteri dan seorang ibu.

Perjalanan hidup ditetapkan oleh Allah. 
Saya redha, bagaimana pun bentuk rupanya.
Al- Fatihah untuk diri saya......Aminn.




Tuesday, May 26, 2015

Selasih ku sayang......Siti Fatimah.

Baru sahaja saya pulang dari rumah adik ipar saya Hjh.Radziah.......emhhh, terkenangkan akan anakanda Siti Fatimah yang dah bertolak balik keKL sebentar tadi.    Kesiannya ...sampai lewat tak sempat jumpa, jenazah dah pun selamat di uruskan di tanah Perkuburan Kg. Sengkang Bt. 20. " Min " kami dah tiada.
Buat Siti Fatimah ibarat hilang segalanya selepas menyulam kasih selama 4 tahun bersama anakanda Muhammad Hazmin.  Berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Muhammad Hazmin seperti igauan buruk kami sekeluarga.  Antara percaya dan tidak akhirnya kami terima berita sedih ini.  6hb. Jun nanti kami berhajat untuk merealisasikan impian dua remaja yang sedang berkasih ini ke alam pertunangan rupanya  tidak kesampaian.

Al Fatihah. 
Semoga Allah ampunkan dosa Allahyarham  dan ditempatkan di Syurga nanti seorang Al Hafiz dari keluarga kami. Amin.Walaupun dia hilang, cahayanya bergemerlapan hidup di hati setiap kami.  Gugur di bumi Kulim @ Pendang  tengah malam 25hb May yang lalu........Allahyarham masih menuntut di Universiti INSANIAH, Kuala Ketil,  Kedah (Pelajar tahun akhir) .
Dalam urusan hariannya Allahyarham hanya mampu memiliki sebuah motorsikal.  Malam itu beliau baru selesai menjalani latihan Qasidah dan dalam perjalanan pulang kerumah kediaman, motorsikal yang di naiki dilanggar dari belakang bersama-sama sahabat karibnya oleh pemandu kenderaan Viva.  Sahabatnya yang cedera parah masih COMA entah apa khabarnya.....semoga Allah, anugerahkan  terbaik untuknya. Amin.

Merentap perasaan kami, tapi kami tau dia hanya dipinjamkan untuk  menghibur perasaan kami selama 25 tahun.... Seorang anak yang baik dan soleh, Alhamdullilah. Kami dipinjamkan sementara dan sampai ketikanya Allah ambil balik haknya setakat itu.  Kami Redha.

Takziah buat adinda saya Hj. Ibrahim dan Hjh. Radziah serta anak-anak.  Allah mengatur sesuatu dengan hikmah...usahlah bersedih..

Anakanda Siti Fatimah........Banyakkan bersabar atas ujian getir ini...

Ku tanam Selasih
ku tanamkan dihujung halaman
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
mengenangkan kasih aduh sayang
lambang percintaan

Hai kencana dewi
kasih yang ku rindu
ku kenang selalu
sayang....
moga tak layu cinta yang sejati
kekal dan abadi

Saturday, May 23, 2015

Pah Pulang abang!......

Terima kasih abang Musa  dan keluarga......Terima kasih kerana masih ingat dan mengundang saya....  Seorang abang yang tulus menjaga tali persahabatan dan persaudaraan, biar bukan dari darah keturunan....kasihnya tulus sebagai seorang abang masih ujud. Tak terdaya untuk saya terjemahkan dalam bahasa sebuah hati.  Terima kasih Allah atas anugerah ini.

Lima tahun saya tidak mencari, tidak menghubungi, tidak menjumpai biarpun saya ada sesekali menjenguk ke ruangan HPSF...saya tidak pernah tergerak untuk menjumpainya kerana segugus hati kecil berhajat untuk sembunyikan diri selepas bersara. 

Emmm....... beberapa bulan lalu saya mencarinya di ruang FB dan jumpa...rupanya dia telah pindah bertugas ke Hosp BP.  Barangkali dari detik itu frenkuasi hati  kami bermula.   Atas kedegilan saya, saya tidak bercadang untuk mengetik keybord dan bersahabat dengan abang di ruang FB......entahlah, saya sudah kehilangan semangat barangkali....

Sebulan lalu, abang Musa menekan lonceng pagar rumah saya, berjalan-jalan perlahan dibawah terik matahari dengan sekeping kad di tangan.  Mata saya mengekori dari jendela rumah geraknya hingga ke beranda..... sebab saya tidak dapat mengecam dia yang tanpa bersongkok dan ada kebimbangan di hati untuk menerima tetamu yang tidak saya kenali. 

Dia memberi salam.....dan saya jenguk dengan kata gurau..


" Ingatkan abang dah lupakan Pah".

" Ingat, masih disini ".  
  Dia senyum, sambil meletakkan telapak tangan kanannya kedada kirinya.
 Rasa nak berderai airmata saya dibuatnya masa tu.....emmm. Sebak. 

Saya yang menyorok dan terus menyorok....bukan untuk melupakan tetapi ingin melupakan kenangan sewaktu belajar dan  berkerja dimasa lalu.  Persaraan yang begitu awal kadang-kadang berbekas di hati.  Saya juga meninggalkan mereka semua tiba-tiba.......tanpa memberitau abang-abang yang begitu rapat kerana tiada dapat meluahkan kata-kata...semuanya terbenam dihati dan tak mungkin terluah.  Saya lipat kemas semua kenangan.  Terima kasih abang-abang dan sahabat-sahabat saya yang mengambil berat dan menjaga saya sewaktu menjalani latihan kejururawatan di Hospital Sultanah Aminah di JB dulu.  Selamat dibawah pelindungan anda.  Allah menghadiahkan insan-insan berhati mulia seperti abang Musa di sisi. Betapa bersyukurnya saya.  Alhamdullilah.  

Sebenarnya, kadangkala kenangan manis berubah menjadi pahit sekelip mata........hakikat sebuah perjalanan hidup mengalir seperti air sungai , terkadang mengalir tenang, menerjuni jeram, sembunyi dilubuk yang dalam...dan terkadang garang membuat ramai yang menangis kesedihan dan kehilangan arah.

Minit-minit terakhir majlis abang saya sampai bersama keluarga.  Saya melihat abang riang, berdiri cergas menerima tetamu mulai jam 11.00 pagi hingga jam 3.30 petang.  Pasangan orang tua pengantin memang tinggi staminanya  sampai kehujung majlis. maklumlah menyambut menantu perempuan yang pertama.


Sudi gak abang bergambar bersama saya dan keluarga.  Terima Kasih abang dan akak!.

" Pah pulang abang!". 
" Tak tau bila kita dapat jumpa lagi.  Semoga abang dan keluarga di bawah lindungan Allah atas semua perkara ".    Aminnn!.




Thursday, May 21, 2015

FB ni..........

Satu hal gak lah saya ni...macam malas je nak teruskan main2 FB ni.  Ingat tu je lah medan permainan dengan kaum keluarga.  Dapatlah juga kenal anak buah dan tau sikit perkembangan semasa berkongsi dengan mereka.

Aduhai malang hingga  saya tak tahan ..orang putih ke, negro ke kerja dia masuk ke ruang pesanan. Ingatkan sedara mara...tupp buka ha tu dia......Jamil AR lah  ...Ahmad  Don...hey, aje serabut saya dibuatnya.


Saya berehat dulu dari FB ya untuk beberapa ketika.  Hamba Allah yang ni macam paham Melayu lah.  Dia memang follow saya nampaknya.  Minta maaf banyak-banyak saya akan tumpukan ke blog dan merehatkan FB insyaAllah.  Bukan tak suka berkawan tetapi mereka tu lelaki... suami saya tak benarkan kecuali dia kenal hamba Allah tu. 


Waktu senggang saya akan gunakan untuk belajar secara on line, insyaAllah.

Ok tak berarti saya terus pergi dari berFB ....saya berehat sementara sahaja ya!. Tentulah saya merindui anda semua nanti. ....emmm.  Terima kasih atas kerjasama dan ukwah yang mesra dari anda.  Semoga kita terus bersama nanti. InsyaAllah.






Sunday, April 12, 2015

9april2014.




Terimalah kenyataan itu
ianya sebuah rasa kegembiraan
menjelang hari ulangtahun kebahagiaan
aku hanya ingin kau tahu
antara kita ada banyak persamaan...

Aku kebingungan beberapa detik kemudian
Rasa berdosa kian menebal....
Ilahi tolonglah 
apa yang telah ku perbuat
andai kau ambil dia
beratnya dosa yang ku tanggung
sepanjang usia akan ku tangisi
kerana kasih sayang itu.....
masih ujud biar hanya diujung sepatunya..
sedang kasih ku  berkubur ditapak tangan.

aku meninggalkan malu ku....
malu seorang isteri
kepada seorang isteri
andai api yang menyala terbakarlah aku
andai salju yang turun bekulah aku
betapa kelu nya dan lidah itu ketar
ku sembunyikan kenyataan
sesungguhnya angkara aku lah wahai isteri......




Terima kasih tuhan ku...

9april2015 berlalu....
dan berlalu hari demi hari..

Terima kasih tuhan ternyata kau terima doa ku.





Kecilnya jiwa ku bila tumbuh kekuatan itu

aku tak minta untuk dihentikan
Ilahi doa ku hari ini....

biarlah takdir terus berjalan
janganlah biarkan kami dalam bebanan

dan tangisan di akhir pertemuan.


















Friday, April 3, 2015

Monolog tentang "SAYANG".

" SAYANG "........Perkataan itu dipertikai lagi....dan terasalah saya dan sebak.

Tak terfikir barangkali oleh pencetus kesedihan  saya malam ini bahawa perkataan yang hadir itu dari rasa rendah diri dan punya ketulusan yang tersendiri. begitulah seorang ibu,bapa dan kakak dizaman saya mendidik sebagai lambang anak orang baik-baik.  Bukan kecantikkan dan ketampanan menjadi pandangan orang di zaman itu tetapi didikan keluarga menjadi perhatian terlebih dahulu.Begitulah saya dan adik-adik terdidik.Perkataan sayang itu bermain dari mulut setiap orang yang menjadi ahli dalam rumah saya, terutama yang lebih besar dari saya.  Mereka lah contoh,bukan idola tetapi pembentuk peribadi saya.

Perkataan sayang kena datang dari dalam diri.  Ianya bukan hanya perkataan tetapi bermula dari hati.  Kasih sayang harus ada untuk jadi insan yang berperkerti mulia.   Dari rasa sayang kepada se ekor kucing terbuang,maka tangan dan anggota lainnya memunggut untuk di selamatkan.  Dari  sayang dan peri kemanusian seorang doktor bersedia untuk merawat seorang pesakit, dari  sayang anak-anak yatim dilonggokkan dirumah pelindungan mereka, dari  sayang juga orang tua yang berpelesiran serta membuak yang ditemui gelandangan dipunggut dan diberikan pelindungan........Besar nilainya harga sayang itu. Dan Perkataan SAYANG bukan saja simbul kemanusiaan, tetapi tuntutan dari Tuhan.Tolonglah jangan di lucahkan perkataan yang mulia itu...Tolonglah!.

Saya tak paham nilai-nilai itu menjadi nilai yang negatif kini.  Begitukah yang ditiupkan kepada insan yang mengaku islam?.  Allah meminta hambanya berkasih sayang dan memberi amaran tidak  diterima taubat dua insan yang tidak berteguran.  Sebaliknya seorang  insan yang belum cukup ilmu didadanya, serta artis beranggapan mengucapkan perkataan sayang pada seorang bukan muhrim tu haram....saya tak paham.....bagi saya rendahnya akhlak insan yang berpandangan negetif terhadap kasih sayang dan ucapan sayang dan panggilan sayang........

Apa salahnya seorang yang lebih tua memanggil kita sayang jika kita seorang anak, itulah  tanda kasih orang tua. Begitu juga seorang wanita separuh umur memanggil remaja dengan perkataan sayang di awal ayat untuk menarik perhatian...misthalnya disebuah restoren.  Bukan semua orang mampu berbuat begini, yang biasa mengunakan ayat-ayat manis dan berbudi bahasa sebegini hanyalah insan yang terdidik sedari kecilnya dan lahir dari keluarga orang baik-baik.  Mendengar kata bicaranya kita sudah mengenal siapa orang tuanya, serta latar belakang keluarganya.

Saya dapati Perkataan " Sayang " punya megic yang tersendiri.  Perkataan tersebut kerap diguna pakai untuk melembutkan hati sesorang....atau menghadirkan rasa hormat kepada sesorang...atau mengubati penyakit hati secara tidak formal.  Gunakan perkataan itu untuk perkara-perkara yang positif, perkataan itu akan nampak cantik dan mulia.....sebaliknya jika perkataan SAYANG itu  diguna pakai untuk perkara-perkara yang negatif maka hadirnya tentulah sebagai musibah.  Maksud saya....gunakan perkataan 'SAYANG' dengan rasa tanggung jawab yang besar dan bermaruah, BUKAN MUDAH-MUDAH menyebutnya  tanpa tujuan dan kosong.

Saya harap saya tidak salah mendidik anak. Begitulah ayah ibu saya mendidik saya dahulu.  Bersyukurlah kerana berada dalam keluarga yang terdidik dengan cara yang tersendiri...Orang memilih kulit mengagak akan isinya,pada Allah isi hati menjadi taruhan titian ke Syurga.  Anak-anak menjadi pertaruhan saya dengan tuhan, moga perjalanan saya ke Syurga licin tanpa gangguan.  Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah untuk kami sekeluarga.  Semoga anak-anak saya mengutip, membenamkan ke kalbu ilmu ugama yang betul dan terpimpin....bukan hanya dari dihalaman web kerana bagi saya ada yang diselewingkan.

Mudah-mudahan anak-anak saya dapat menerima teguran, jangan melihat mak anda dari luar....lihatlah apa yang ada dihatinya.  Andai halaman ini tidak pernah anda jenguk masa ini...hayatilah dan terimalah ia setelah kematian menjemput mak nanti.  Allah akan menerima taubat seorang insan...insyaAllah.



Tuesday, March 3, 2015

Aie 1



" Terima Kasih saya tolak tawaran itu, sebab  tak ada siapa yang nak tolong ayah saya.  Saya dan ayah dah mula tanam lada.  Kami cuma bertiga sahaja".  Dia memberi jawapan.
Saya  berdiri  6 kaki sahaja dari pintu biliknya, tanpa disedari olehnya saya mendengar sendiri setiap ucapannya.  Ucapan itu sebenarnya telah membungkus harapan saya.  Dia menolak tawaran Pensyarah Kolej Komuniti  yang pernah dia hadir temuduga setahun sebelum itu.  Lama menunggu jawapan, dia merubah tekatnya membantu ayah berkebun.  Itulah Mohd. Khair anak saya.....





"Ma, restulah Aie dan doakan Aie!".  Pintanya.  Hampir sahaja saya menitiskan air mata.  Sebaknya perasaan saya.
" Aie suka sebab  berkerja dengan pokok, tak perlu ikut perentah sesiapa ". Dia melepas tekanan keresahannya kerana kenal akan kehendak ibunya. Dia tahu apa yang dia pilih tak sealiran dengan kehendak saya.

Anak ini satu-satunya individu yang cukup sabar.  Lahir dan besar sebagai anak yang  " Delaksia ".  membesar dengan teruji.  Selain lambat bercakap, lambat mengenal huruf, dan kerap pulak dibuli masa sekolahnya dia cekal dan rajin.  Setelah masuk sekolah menengah kemajuan pelajaran memang pantas dan boleh menguasai bahasa Engrish dan cekap.  Mempunyai Diploma IT dengan kepujian tetapi ......merahsiakan daripada kami peluang-peluang yang dia perolehi untuk menyembung pelajaran kerana  tidak mahu jauh dari kami . Begitulah saya terjumpa satu demi satu surat tawaran yang telah luput waktu beberapa bulan dan tahun kemudian.

Mengaji dengan tekun sehingga usia 17 tahun dan mengulangi beberapa kali Al Quran.  Syukur anak ini cukup tahan pada cabaran.  Saya memujuk menyambung pelajaran ke IKM, di usia matang dia cuba belajar walaupun sebelum itu dia telah pun pernah menjadi guru di salah sebuah Sekolah Swasta di JB,  Bertahan dua setengah tahun disitu, sehingga selesai pengajiannya. Alhamdullilah. Di saat ini dia sudah pandai menulis, membaca dan menulis bahasa Korea.  Ada tawaran untuk dia menjadi pemandu pelancung untuk Pelancung-pelancung dari Korea, sekali lagi dia menolak perkerjaan itu kerana perlu jauh dari kami. 

Pasrahlah saya pada takdir yang diberikan.  Hikmah yang tersembunyi disebalik yang termaktup tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan rezki anak ini akan berkembang dan Allah pelihara kesihatan dan permudahkan semua urusan.....moga jodoh nya juga menanti. InsyaAllah.



Friday, February 20, 2015

Merajuklah adik abang!.

Angin pus pus...hehehe. Pos lah orang tu kat FB segala macam ayat. Sawan saya!.

Hari ni terusik betul dengan ayat TAKUTKAN BINI........heeee... senang-senang je ucapan gitu.  Macam lah orang perempuan ni singa lapar.  Panas baran semata-mata. Sikit-sikit salahkan isteri.  Tak baik tau buat isteri macam tu...nampak sangat awak tak ikhlas.

Mengakal isteri tu sebenar buat rumah tangga tak berkat.  Benda-benda bohong ni biasanya berjangkit-jangkit.  Ayahanda bohong bonda...bonda pun pandai bohong ayahanda...bila ayah bonda dah pembohong maka anakanda  pun terdidiklah berjiwa pembohong...balas membalas tanpa sengaja.  Cubalah  elakkan benda-benda ni semua dalam keluarga kita.  Perkataan yang tak manis jangan sesuka hati kita hamburkan.Kata bicara melambang keperibadian.


Monday, February 16, 2015

Dia yang ku sayang..............

Dia bertanya " Dulu akak bercinta ke?".  Bengkak halkum untuk menjawab soalan itu. Aduhai mengapalah soalan itu ditanyakan. 
Tak baik menapi jika benar....." Emmmh... Ya ".  Jawab ku....." tapi jodoh ditentukan tuhan.  Penat je  bermain cinta". Sambung ku tersenyum, mengimbau kenangan lama.

Dia tak pernah bercinta semasa remaja.  Dia mengakui. Bila dia mengenal cinta...cintanya terkulai.  Aduhai....barangkali tidak sekuat diri ku di lambung ombak percintaan.  Soal cinta ini juga entah beberapa kali aku teruskan pelarian maklumlah melibatkan suami orang......yang aku tunggu tak ada keberanian...hehehe, tak tahulah kenapa...itulah dikata orang tak ada jodoh namanya.

Dia menyambung kata-kata...
" Payah kan terima keluarga orang akak?".
" Mula-mula tentulah payah, terutama kalau kita tak kenal asal usulnya.....tapi lama-lama dapat sesuaikan diri ".Jawab ku.

Bla...bla....bla dia bertanya lagi.  Aku akhir nya berkata suratan takdir menentukan segalanya.  Tak payahlah dikesali.  Teruskan lah hidup ini dengan redha.  Allah sudah tetapkan di buku catetan masing-masing.Kalau di ubah pun mungkin kerana doa.  cubalah berdoa......

" Bujang lebih mudah untuk keSyurga.  Yang berkahwin dan beranak penak akan dipersoalkan tentang anak-anak". sambung ku.  Dia nampak sedih bila jodoh untuknya belum lagi sampai.

Di hati ku menjawab persoalan dia...Aduhai dara...mendapatkan anak soleh dan soleha bukan semudah memetik api rokok.  Ianya bermula dari saat benih yang tumpah.  Dugaan demi dugaan datang dan pergi.  Kadang-kadang menangis dihati menahan sabar serta  kepahitan takdir.

" Tak pe lah, belum ada jodoh.  Kalau tiada jodoh terimalah takdir.  Jadilah wanita yang cekal dan kuat.  Berani mendengar kutukan, kerana semua itu datangnya dari tuhan. duduklah diam-diam jika awak tak mampu mendengarnya,wanita itu tempatnya dirumah.  Tidak salah berada dirumah, beramal setakat yang awak mampu.  Tidak semua orang mampu menjadi ahli tasauf yang berjalan tunduk tidak memandang  barang dosa dengan mata...tidak memegang benda-benda haram....tidak sedetik pun hatinya kotor.  Kita hanyalah manusia biasa yang selalu dibisek untuk berbuat dosa ".  Aku memujuknya panjang sikit.

Friday, February 13, 2015

Rumah Yaie saya dulu-dulu.........

Padanlah abah nak juga buat rumah papan yang tinggi.....Adik sepupu saya Zaharida kata abah bertukang sendiri rumah itu sampai siap.  Dia yang masih kecil lagi di ajak menemani abah  berkerja sehari suntuk.  Saya tidak sempat merakam gambar rumah kenangan yang abah buat ...

"Abah minta duit hantaran perkahwinan awak ni ya!.Abah nak dirikan rumah di Pt. Jamil".....
Sebenarnya sikit je duit tu...tapi abah tetap bangga menerimanya.

" Okey, ambil lah abah ".


Saya rela kerana abah dah banyak berbelanja mengurus majlis perkahwinan saya.  Dengar-dengar hampir 13 ribu duit di zaman tu.....saya belum pun dapat gaji pertama ketika naik pelamin. Posting bulan 3...naik pelamin bulan 4. 100% urusan majlis perkahwinan saya di urus oleh abah dan ibu saya.


Tersasar emmmh.....begitulah halnya kesah rumah abah yang entah keberapa.  Abah dari muda nya asyik berpindah rumah....buat rumah...pindah rumah...

Yaie ( Datuk ) saya Hj. Salleh dikatakan orang kaya zaman dulu.  Membuka perkampungan Pt. Nawi, Pt. Hj. Salleh dan kawasan sekitarnya.  Beliau mempunyai ramai perkerja yang terdiri daripada orang-orang Jawa.  Beliau menghadiahkan tanah-tanah itu kepada anak-anaknya sebaik sahaja mereka berumah tangga.....ada yang dapat di kawasan Pt. Pecah, ada yang dapat di kawasan Pt. Nawi, ada yang dapat dikawasan Pt. Bulat dan Pt. Hj. Salleh.  Nama sebenar Yaie saya ialah Senawi dan nama lainnya selepas kembali dari Mekah bertukar kepada Hj. Salleh.  Beliau sendiri menetap di Pt. Jamil Darat, mengerjakan sawah Padi di tanah 7 ekar.  Parit Nawi dan Pt. Hj. Salleh mengambil sempena nama Yaie saya...begitulah halnya....Sumber dari aked Negara.

Hari ini saya nak bercerita tentang rumah Yaie saya di tanah Sawah Pt. Jamil tempat yaie menetap.Sumber cerita yang saya tuliskan ni saya dapati dari Kak Mah....Mudah-mudahan Kak Mah (Saemah) masih sihat....  lama saya tak menjenguknya. Jika saya datang dia akan sambut dengan budi bahasa yang tinggi.  Lemah lembut tutur bicaranya, menyebabkan memang sukar saya melupakan...sesekali ingatan saya melayang  menyapa beliau dari jauh.



Emmh...Yaie dikatakan ketua kampung yang selalu mengadakan kenduri.  Rumah Yaie sentiasa di kunjungi tamu.  Hasil kelapa, kopi  menjadi hasil pendapatan Yaie.  Rumah Yaie tinggi dan jika banjir besar tidak jadi masaalah kepada keluarganya.  Terim kasih Kak Mah kerana sudi bercerita.  Kak Mah mahu kami mengabadikan gambar rumah kepunyaan penduduk kampung  Wak Jahari...katanya ambik lah gambar , rumah itu serupa rumah lama abah kau masa Yaie Salleh masih ada.

Begitu lama dia pesan....menjelang hari raya dibulan puasa yang lepas baru keberanian saya datang untuk menjenguk rumah Wak Jahari tu.....itu pun tak tau macam mana  nak mulakan percakapan untuk meminta izin merakamkan gambar dari anak Wak Jahari......berita kematian arwah pun tidak saya tak dengar tiba-tiba bila bertanya katanya telah tiada.

Akhirnya...sempatlah juga menangkap gambar rumah itu atas nasihat kak Mah.
Terima kasih Kak Mah!.




Dari lihat dari bahagian depan rumah.  Inilah satu-satunya rumah jenis lama zaman berzaman yang masih ada.





Beginilah keadaannya bila di lihat dari sisi.  Rumah ini tinggi dan masih boleh di duduki di musim hujan dan jika bah besar berserta air pasang.  Maklumlah tempat kami tinggal lebih kurang 3 km dari tepi pantai Pt. Jawa.  Bersyukur saya kerana dapat juga merakamkan gambar ini, waktu berkunjung membeli dodol untuk Arhad dan Idah menjelang hari raya yang lepas.
Terima kasih kak mah kerana selalu berbunyi.........

Begitulah rupa....mujur masih ada yang dapat dibuktikan sebelum saya menutup mata....salah satu dari model rumah tempat ayahanda saya membesar.

Rumah ke 2, ke 3, tiada gambar kenangan......ke 4, dan ke 5 rumah yang saya duduk sekarang...yang ke 6 Tak pasti adik-adik ada simpan kenangan dan ke Tujuh.....rumah yang saya dan adik-adik sama-sama bina kemudian selepas rumah ke 6 di runtuhkan, iaitu salah satu rumah yang ditukang sendiri oleh abah dengan tulang empat keratnya.

Sampai disini dulu. Selamat malam...........




Wednesday, January 14, 2015

Ku temukan simpang itu.....

Buruk persimpangan akal ku ini
entah mengapa aku sudah kehilangan diri
biarpun aku buang jauh ingatan yang berlari
ianya datang dan menyapa setiap hari.

Cemburu ku membuak
bagaimana dijalani hidup sebelum ini awak!.....
bagai tidak tertanggung gelisah itu
Aduhai...... jahatnya nafsu ku.

Mengakui kepercayaan ku hilang
sedikit demi sedikit terangkat terbang
biarlah, aku tak ingin berbicara tentangnya
Ku temukan simpang itu dan muskil akan ributnya.


Tuesday, January 13, 2015

Keratong dalam kenangan......

Pagi itu saya dan keluarga suami bangun awal  dan keluar dari rumah penginapkan kami dalam suasana sejuk dan berkabus.   Berhajat menziarahi rumah kak Asmah anak saudara ayah mertua saya.Tidak susah pun mencarinya kerana setiap rumah lengkap bernama pada satu papan tanda.

Kami disambut oleh se ekor Angsa...huhuhu.


Kami memberi salam.  Tak ada sesiapa pun yang keluar. Rupa-rupanya Kak Asmah berada di KL.  Sementara ayah dan Usu berbual-bual, sempat juga saya  klik-klik gambar di sekitar rumah itu.




Cantik-cantik rumah di sini.  Kaya dengan bunga-bungaan.  Saya  terpesona.









Disebabkan kak Asmah tiada kami  menukar haluan.





Inilah rupanya pondok kepunyaan Arif anak buah saya di sebelah kiri rumahnya.  Memang pemandangan di kawasan Felda di sini memukau pandangan saya.  Dengan balam-balam didalam kabus pagi menjadikan gambar yang saya fokus nampak begitu indah.








Dirumah ini kami lengkapi perjalanan kami mencari jejak saudara mara.  Kami sama-sama berdoa agar tali persaudaraan yang jauh ini terus terikat sehingga akhir hayat kami.







Ini Famili Arif yang kami kunjungi.











Selepas Majlis Masita kami raikan setengah hari kami mohon balik semula ke Muar. Didalam perjalan balik inilah saya terpandangkan tanah Perkuburan islam.  Pantas saya  membacakan Al Fatihah dan saya  tujukan pahalanya pada abang Salleh ( Abang Sulung Abang N ) yang baru sahaja pergi untuk selamanya pada 7hb.Ocotober 2014 yang lalu.  Memang tak sangka Allah membukakan hijab dan doa saya dimakbulkan dapat melihat Tanah perkuburan...jadilah kan!. Allahuakbar....begitulah perjalanan hidup saya di atur begitu rupa...kadang terfikir  macam tak disengajakan...terjadi dan terjadi satu persatu.

Setakat inilah kita bertemu ya.....Saya dan keluarga bakal bertolak balik ke Segamat kerana nak bertemu seorang lagi anak saudara mak mertua.