Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Lahir Baby......


Habis dah bulan May..
16 tahun dah umur si kecik saya.  Terasa kejab sangat.  Waktu dilahirkan dulu kecik sangat hanya 2.5 Kg.  Disebabkan kecik sangat satu hari terbiru sekujur tubuh mongelnya gara-gara sejuk oleh kipas angin.  Di sebabkan kecik sangat kami sediakan dia katil sendiri...Saya  tak berani nak letakkan bantal banyak-banyak takut tersilap anak lemas oleh bantal yang berada di sekelilingnya...Rupa-rupanya bangun pagi saya  melihat anak saya  biru dan pucat.  Allahhuakbar terkejutlah saya  dan menangis.  Puas di kotek-kotek kaki dan tangannya barulah si kecik  menangis perlahan-lahan..

Mengandungkan dia saya  rasa seakan separuh nyawa saya  hilang.  Sudahlah konterek tak kira masa membuat saya  sentiasa gelisah...MC..di wadkan...MC...aduhai sileh berganti...membuat teman-teman saya  tertekan kerana menanggung kerja-kerja saya  dalam tempuh yang lama. "On Ventolin "...sepanjang masa mengandung menyebabkan aku rasakan jantung saya  bagai nak putus...berdebar2.  Tak larat angkat kepala dan tubuh saya  selalu lemah.

 Alhamdullilah...akhirnya lahir juga si kecik....besar dan besar menjadi adik kesayangan abang-abangnya.
Selamat Hari Lahir Shahirah...
Doa mak semoga menjadi anak yang soleha pandai ...dan berjaya dalam hidup. Mudahan di anugerahkan rekzi yang melempah ruah dan boleh menjadikan rezki sebagai amal ibadah di sepanjang hayat.  InsyaAllah...








Thursday, May 10, 2012

Hidup di Kelongsong

 












Tiga pagi aku terbang
dan tercari-cari.
Susahnya untuk  hanya tiga batang sepagi
dari ranting ke ranting.
Hujan membasah
ranting enggan  ku runtun dibawa pulang.

Ku kutip daun-daun kering
boleh juga menutup jambul .
kalau ku sulam mungkin jadi peredup
barangkali menjadi tempat intai mengintai.

Bunga lalang sibuk memanggil
Panasnya di tampok
untaian kasihnya kian rapuh
tidak boleh ku ambil untuk ku gubah
selagi ia ringan  aku bimbang
kalau nanti kelongsong kapsul  ku ikut terbang.

Kelongsong kepunyaan ku berjalur
warna warni indah dan meriah
ku balut dengan kudap-kudapan
buah Leletup madu  dari pinggir sungai
kalau kau terhidu.....
jangan kau uggah tangkai kapsul ku
kerana bukan salah ku
memileh hidup ku di kerongsong
tidak mengusik dan terusik miski dikejauhan......
cuma barangkali
aku semakin bijak kerap mengintai dan menjeling
kamu....kamu dan kamu.

Seandainya satu waktu kita bersatu
demi kelongsong kepunyaan ku
tolong jangan salahkan aku
sesungguhnya pahit jerih ku
mulai mengenjak minda mu
bersenda  usai bersama ku
bagai rama-rama
cantik dengan hayat yang pendik.
.