Sunday, July 22, 2018

Esok Masih Ada sayang!

Esuk masih ada
begitulah harapan demi harapan saya panjatkan kepada takdir .
Tak pernah menyesali ruang kehidupan yang harus  tempuh.

Selepas bulan ke 7 saya belum mampu menulis.
Rindu pada pen dan kertas.
menaip seperti burung mematuk jagung.
Syukurlah masih dapat memuatkan tulisan di sini.







Tulisan tangan yang terakhir barangkali.....?
kini saya sudah tidak mampu lagi mendirikan sebatang pen atau pensil.

Senikata sebuah lagu Joget  sedikit Petriotik.
Saya salin semula di musim menantikan menjelangnya hari-hari pilihanraya.








Akhirnya saya sakit melepasi musim-musim pilihan raya.
Saya turut memangkah...di usung dengan weelchair oleh suami tercinta ke bilik mengundi..
Mungkinkah mengundi kali terakhir?

Tak sangka kali ini Umno pilihan saya kecudang.
Harapan saya setelah segala berlalu,dapatlah kira saudara-mara saya yang bergiat politik menumpukan perhatian untuk membina negara dan menjadi pembangkang yang bermaruah.






Sayangkan tanah air...masa pilehan raya dah lalu...