Saturday, February 9, 2019

SEBUAH CINTA DI SYURGA

Kamalati Aida.....Mac 2017
Terhasil lah nukilan ini....

















SEBUAH CINTA DI SYURGA

Akhirnya aku kembali kepada tuhan
atas ujian yang mengalir
ternyata aku semakin lemah teralir
untuk melerai kusut yang membusut

Keliru...
inikah dendam kesumat yang tersimpan?
atau ianya jalinan kasih yang jernih?.
andai 💕 kasih sayang kepada wanita itu tulus
selain ia manis ia membuangkan rasa cemas
akan terkulai kehormatan seorang wanita
yang kini berdiri disisi mu.
Kadang-kadang terasa amat lelah
mengenangkan hidup ini permainan
dan tuhan sedang menguji cinta ini cinta dunia
Sedangkan aku butuhkan SEBUAH CINTA DI SYURGA.🌱
Tika aku tunduk percaya sebuah cinta yang bersih
Kau tinggalkan dengan kealpaan
tika terapung dan berayun
kekuatan ku hilang
aku pun kembali pada tuhan ku...
mencari-cari ketentuan di Loh Mahfuz
SEBUAH CINTA DI SYURGA 🌸🌸🌸🌸

Kekasih dari Syurga


Kekasih dari Syurga

Dia mencubit ku
memijak hujung sepatu ku
menarik rambut ku
menarik kerusi ku
Dia merentap tali bag sekolah ku
Dia jugalah yang menjatuhkan aku di sisi guru

Dalam kesakitan yang amat sangat
aku hilang nafas
sementara dia pula yang menangis kerana aku.
Maaf wajahnya ku lumuri dakwat Biru
Baju ku simbahkan rasa geram dan sakit hati ku

Kekasih dari Syuga
Kau kah itu yang bersembunyi disebalik Dermaga
kau kah itu yang memberi salam?
Perahu layar mu sudah mula berangkat
Ombak mula mendesah menjenguk kebelakang




Angin yang bertiup sepoi melempar senyum
Kekasih...disaat bermimpikan pelayaran yang indah
aku meletakkan kepercayaan
Kekasih ku selamat pulang ke Syurga
jangan lupa
bawalah aku sebagai pendayung mu
yang SETIA

Kamalati Aida
mac 2017

Puisi ku akhirnya singgah di sini 1



 
Si Dia memang selalu ingin ku lupakan.

Adik,
tentang si Dia memang selalu ingin aku lupakan
Dia mencangkung bermain pasir dan rumput
dia mengejar aku kemana sahaja
sehingga aku tak tahu dia sukakan aku ke?
atau kau adik ?
matanya tiada jauh mencari aku.
Remas dan sulit langkah ku
kerana status ku...



 


Selepas dia membuat keputusan memilih mu
terasa pelangi mulai jejak di jendela rumah kita
perkenalan yang singkat ku kira bertitik
Rupanya dia bukan lelaki yang kuat jiwanya
dia ibarat katak yang dilentangkan
Mengadap langit yang cerah
Benyek, lembut,liut..
Cheh..kering dan haus
kalau ku tahu dari awal ku susukkan lalang
ku robek mulutnya.

Tadi dia ada disitu
barangkali dia selalu berdoa untuk bertemu kamu
Mujur Allah melindungi...
Aku pula mulai sakit melihat kenderaan itu..
biru-biru...merah-merah mata ku.

Andai temui dia tadi kau kenalkah?.
Dia lah membuat aku menangis tadi...
Dialah yang membuat aku terus bersalah kepada mu
Adik maafkan daku...

Kamalati Aida
Mac 2017