Tuesday, October 16, 2018

Hari-hari Bersama En Hafiz...



Tak pernah saya kunjungi sebelum ini Klinik ni.....

Dr Anisah Arshad referkan ke sini sebaik sahaja mengesan saya di serang " minor stroke).Jelas wajah kebimbangan terpacar dihatinya.Terkejut dengan hal-hal yang tak di sangka-sangka.Agaknya....

Sejak hari itu seminggu sekali saya mengulangi tempat ini klinik kesihatan Bakri.Kemudian selang dua minggu satu kali "exercise" tangan dan kaki.

9 tahun bersara awal hanya sebahagian staf dapat mengesan dan mengenali saya...ramai sfaf baru. Sis Inah pun tak perasan bahana kami tak jumpa selepas itu.
Aris pun pampang alang ...walhal kami biasa bersama tika saya dipanggil "relief " ke Klinik Kesihatan Bakar.

Terjumpa Dr Suzie, dah jadi boss di OPD...emm,kami bertugas sama di klinik Pt.Jawa...Lama dah saya tinggalkan mereka. Awal-awal kesitu saya cuba sembunyikan diri..kantoi bila Pida terperasan. 

Emmm....seharusnya pencen di usia 60...sekarang usia telah 61... tak pe lah syukur pilih pencen awal di usia 52....

Begitulah perjalanan hidup yang atur. 
Terima Kasih Allah.

En Hafiz ni lah pegawai Psyhio yang melatih saya....Di hari Latihan yang terakhir saya
" request" nak bergambar sama,untuk kenangan.  Bukan senang nak jumpa lagi. 

Terima Kasih en Hafiz!. Terbaik anak muda punya komitmen terhadap tugasan. Kalau lah saya  menjadi pegawai yang menjaganya...SKT 95 ke atas.  Serious ni!.




Saya agak letih menaip ..dengan tangan jari kiri je...cukuplah sampai sini dulu.
Bersambung ya...

Saya akan tunjukkan alat-alat yang membantu saya semasa latihan atas cadangan en.Hafiz.
InsyaAllah.

Selamat Malam semua..
Assalam.