Tuesday, October 16, 2018

Hari-hari Bersama En Hafiz...



Tak pernah saya kunjungi sebelum ini Klinik ni.....

Dr Anisah Arshad referkan ke sini sebaik sahaja mengesan saya di serang " minor stroke).Jelas wajah kebimbangan terpacar dihatinya.Terkejut dengan hal-hal yang tak di sangka-sangka.Agaknya....

Sejak hari itu seminggu sekali saya mengulangi tempat ini klinik kesihatan Bakri.Kemudian selang dua minggu satu kali "exercise" tangan dan kaki.

9 tahun bersara awal hanya sebahagian staf dapat mengesan dan mengenali saya...ramai sfaf baru. Sis Inah pun tak perasan bahana kami tak jumpa selepas itu.
Aris pun pampang alang ...walhal kami biasa bersama tika saya dipanggil "relief " ke Klinik Kesihatan Bakar.

Terjumpa Dr Suzie, dah jadi boss di OPD...emm,kami bertugas sama di klinik Pt.Jawa...Lama dah saya tinggalkan mereka. Awal-awal kesitu saya cuba sembunyikan diri..kantoi bila Pida terperasan. 

Emmm....seharusnya pencen di usia 60...sekarang usia telah 61... tak pe lah syukur pilih pencen awal di usia 52....

Begitulah perjalanan hidup yang atur. 
Terima Kasih Allah.

En Hafiz ni lah pegawai Psyhio yang melatih saya....Di hari Latihan yang terakhir saya
" request" nak bergambar sama,untuk kenangan.  Bukan senang nak jumpa lagi. 

Terima Kasih en Hafiz!. Terbaik anak muda punya komitmen terhadap tugasan. Kalau lah saya  menjadi pegawai yang menjaganya...SKT 95 ke atas.  Serious ni!.




Saya agak letih menaip ..dengan tangan jari kiri je...cukuplah sampai sini dulu.
Bersambung ya...

Saya akan tunjukkan alat-alat yang membantu saya semasa latihan atas cadangan en.Hafiz.
InsyaAllah.

Selamat Malam semua..
Assalam.





Sunday, August 26, 2018

Akiqah 1

Genap setahun dah Aniq.Baru ada kesempatan nak buat aqikah.
tarikh lahir cantek...7hb July 2017....(7.7.17)
Kebetulan Atuk Ali dapat cicit sama sebaya..Maka di satu kan lah majlis nya!
Buat Di Sengkang ....

Yak warna Chokelet Kambing 2 ekor tu Kambing AniQ...emmbik!
2 ekor di ujong tiang untuk putera Aim sementara si Putih milek Puteri Ain.



Ayah AniQ,  Abang Aie belajar lah Melapah....
Kalau tak cuba tak tahu. Hidup tak boleh terlalu manja. Abang Afiz membantu...
sayang anak ma...kosong lagi ni...






Bekkkk.....
Kawan Di Syurga nanti!

Susah nak tangkap gambar kanak-kanak sihat ni.....
hahaha... tak pandai posing lagi....
Mujor dapat sekeping gambar. Syukur!.









Sunday, July 22, 2018

Esok Masih Ada sayang!

Esuk masih ada
begitulah harapan demi harapan saya panjatkan kepada takdir .
Tak pernah menyesali ruang kehidupan yang harus  tempuh.

Selepas bulan ke 7 saya belum mampu menulis.
Rindu pada pen dan kertas.
menaip seperti burung mematuk jagung.
Syukurlah masih dapat memuatkan tulisan di sini.







Tulisan tangan yang terakhir barangkali.....?
kini saya sudah tidak mampu lagi mendirikan sebatang pen atau pensil.

Senikata sebuah lagu Joget  sedikit Petriotik.
Saya salin semula di musim menantikan menjelangnya hari-hari pilihanraya.








Akhirnya saya sakit melepasi musim-musim pilihan raya.
Saya turut memangkah...di usung dengan weelchair oleh suami tercinta ke bilik mengundi..
Mungkinkah mengundi kali terakhir?

Tak sangka kali ini Umno pilihan saya kecudang.
Harapan saya setelah segala berlalu,dapatlah kira saudara-mara saya yang bergiat politik menumpukan perhatian untuk membina negara dan menjadi pembangkang yang bermaruah.






Sayangkan tanah air...masa pilehan raya dah lalu...



Friday, June 29, 2018

Kedai Satey Muar




Macam mana boleh tersempak hari ya....Kedai Satey!

sama-sama tergamam

Boss ..
satu masa lalu kita selalu bersama saling bersandar demi tugas.
merahsiakan waktu persaraan dan meninggalkan secara mengejut membuat ramai tertanya-tanya mana hilang diri ini.... bukan sengaja Ok!.  Saya dah siapkan kerja selengkapnya kan...dah serah tugas pada SN Inah kan?.





Boss....
kita terjemor tadi!
kelu untuk berkata... sepatah perkataan pun tak mampu keluar dari bibir Che Pah.Sorry
Ini jawapannya...Saya baru segar dan baru tegap.Terima kasih masih kenalkan saya.
Sejak 2009 kita tak pernah jumpa walaupun Muar ni kecik aje. Saya telah lupakan saat kita berkerjasama dulu... sudah saya lupakan...

En Fauzi,TQ menyapa tadi!
terima Kasih atas segalanya.

Wednesday, June 27, 2018

Sawah Padi...

Tak pernah punya sawah...tapi kata abah Pt.Jawa dan sekitarnya adalah tanah sawah
Abah tanam tanam padi masa kecilnya....Abah kata waktu bertanam padi itulah detik Kak Jendul jadi buta tercucuk daun padi.

Dapat juga memegang juraian padi bila Afiz dan ayahnya memancing di Sawah petang tu..
Masa ni ....dah kena Minor Stroke,termasuk hari ni dah 5 bulan
Padi tengah menguning cantik pemandangan disitu. Sejuk dan terhibur .