Thursday, August 28, 2014

Ingat Lima Perkara....

Hari ni tak sihat....untuk bangun pun anak yang tolong.  Sedihkan bila kesihatan terjejas.  Redha lah saya nak buat macamana.  Tak boleh duduk lama...tak boleh berdiri lama. Urat bengkak dan terkehel.... Tidur je lah sepanjang hari nak buat macam mana dah berumur begitulah rupanya.

Mujurlah saya sempat mejenguk kak Mon semalam.  Kak Mon nak ke Madinah 1hb. Septembar nanti.  Semoga dapatlah Haji Mabrul. 
Selamat Jalan dan mengerjakan haji buat ahli keluarga saya. Ada yang saya tahu dan banyak yang saya tak tahu rasanya.  Tak rapik.....kita macam dah jadi orang lain yang tak ada kena mengena.  Frust...but what to do...inilah kehidupan namanya.  Adik beradik pun kadang-kadang begitu rupa, ini kan pula orang lain.

Mak kata...." Betul dia adik beradik awak...tapi soal duit dia boleh jadi musuh awak ".
Emmm.......emak! rindu kat mak.  Dunia orang tua semakin terasa....barangkali usia saya bersama semua tidak lama lagi......

Kasih sayang pun benda yang tak nampak, tak boleh tunjuk-tunjuk. Kadang-kadang demi  nak menjaga hati berlakun pun ada....sebab tu nak percaya 100 % kena fikir dua tiga kali.  Dah banyak kali kena tu yang buat kita semakin kebal, baiklah berikan sahaja kasih sayang yang kita ada dan tak payah minta balasan.  Hidup ini pun singkat aje kan...entah-entah pertemuan kali ini pertemuan terakhir dengan orang yang kita kasih....atau call yang terakhir....atau gurauan yang terakhir...atau senyuman yang terakhir semuanya boleh terjadi.

Saya memilih untuk memberi dan pemberian itu anggaplah pemberian saya yang terakhir.  Kalau takdir ada sambungan kelangsungan hidup dan rezki ...Alhamdullilah.  Hemmh...sakit pun bagus kan!.  Masa ni suami anak-anak berebut-rebut nak tolong.  Kalau tidak semuanya buat sendiri.  Hehehe...tak payahlah merunggut rela sahajalah .  Upah atas dosa-dosa kita agaknya.

Sebenarnya ada banyak saya nak cerita.......Tapi noktah dulu untuk kali ini K.  Tak boleh layan jiwa sensitif saya hari ni...nampaknya agak membuak.  Tak Pe lah...dah bahagian saya agaknya, saya terima, Alhamdullilah.

Untuk kenangan saya titipkan gambar sewaktu saya jenguk  Kak Mon semalam.  Hebat perasaan saya seakan dapat menjejak langkah kak Mon tak lama lagi....Semalam tu saya sihat, bukan seperti hari ini...perasaan dan hati saya bercelaru.......

Saturday, August 16, 2014

Biarlah gambar yang menceritakan ...

21 jun 2014

Sekitar Majlis Persandingan  Farhan dan Fardiana.






Kami semua bermalam disini pada  20hb. June 2014.  3 buah bilik ditempah oleh Faisal.










Bergambar ramai dengan famili abang Zul









Keluarga Farhan










Menyambut











Bersanding









Berinai dari ayahanda Abang Zulkifli













Berinai dengan ibunda Pn. Mariam






Sunday, August 10, 2014

Dari Dewan Benquet UPM ...undangan Dato Ridza

22hb June 2014...

Saya mengalih kekuatan ke blog Buai Laju-laju kerana sejak tarikh di atas saya terasa tidak bermaya untuk menulis apa-apa di blog.  Saya menetapkan sebulan sepanjang July itu bulan kesedihan atas kehilangan kakak yang saya kasihi.  Saya tidak berdaya untuk memulakan hasil penulisan biarpun berada berjam-jam di muka komputer.

Akhirnya saya menunaikan janji sendiri dan  meneruskan hidup ini demi masa depan anak cucu-cucu agar kami tidak jauh dan jauh terus berpisah.  Kami tahu asal usul, kami tahu peristewa yang berlaku dan bertaut walaupun hanya menyaksikan berita dari jauh.  Kadang-kadang saya berasa rendah hati dan ingin melupakan serta mahu mementingkan diri, tetapi saya selalu merasakan amanah seorang bapa itu sangat besar di letakkan ke bahu saya, saya terus gigih walaupun kadang kala begitu malu untuk menghadapi.  Terasa gitir dan kadang kala menyenakkan.

Hari ini saya akan membawa anda semua anak cucu saya ke satu majlis.  Terlebih dahlu saya perkenalkan kepada anda....Nama beliau Ahmad Ridza Bin Bahari.  Bahari Hj. Nawawi adalah anak saudara sepupu saya.  Almarhum ayahnya sepupu saya dan anak kepada kakak abah saya yang sulung bernama Siti.Takdir telah menentukan rezkinya cerah dan akhirnya menerima gelaran Dato...saya tahu gelaran itu anugerah dari siapa tetapi biarlah rahsia.  Bimbang beliau tidak suka hal-hal peribadinya tersiar begitu luas.  Maklumlah dunia siber memang tiada bertepi. Oh ya....beliau juga teman sekelas saya semasa di Sekolah rendah..




Dato Ridza dan Isterinya Datin Mariam












 Ahmad Muzamil dan isteri sedang berinai
istiadat dilaksanakan oleh nenek tersayang...







Kami berkumpul di Dewan Benquet UPM  atas undangan beliau dan keluarga kerana majlis Walimah anakanda beliau Ahmad Muzammil.  Bersyukur kerana beliau mengundang saya.  Bersyukur kerana FB menghubungkan kami.  Undangan melalui FB tetap kami hargai kerana bukan mudah untuk beliau mencari kami dari rumah ke rumah.  Dalam kesibukan yang teramat sangat saya dan anak buah paham akan kesukaran itu....maklumlah saya juga pernah mengalami keadaan yang sama sewaktu menikahkan  adida bungsu saya setahun yang lalu.  FB lah yang menghubungkan kami.

Ramai saudara mara yang hadir.  Mengakulah saya ada di antaranya pertama kali saya dengar namanya dan lihat wajahnya.Walaupun mereka lebih tua dari saya atas kesudian memanggil nama saya dan tahukan kedudukan saya dalam keluarga ....cukuplah...saya sudah berbangga.  Alhamdullilah, mereka menerima saya seadanya.  Usia yang begitu jarak kadang-kadang melemahkan saya....dihati kecil saya mepersoalkan kenapa mereka tidak pandu  saya tentang famili sehingga saya tercari-cari dan merasa amat sukar dalam pencarian.  Apa pun akhirnya saya bersyukur kerana doa saya diperkenan dan diberikan kemudahan walaupun di saat awal-awal dahulu saya takut dengan pangkat dan nama besar mereka.

Sekitar ahli kerabat yang hadir....







Imam Hj. Abdullah Maskan dan anak-anak.










Saya bersama sepupu Fidza Hasrin dan anak-anak buah kami, Fida, Noraini, Habibah suami serta anak dan menantu nya.....








Kami turut berdoa agar kebahagian menjadi milik pasangan pengantin hingga ke akhir hayat.  Di meja ini ahli keluarga Pak Usu saya....Hasrin Bin Hj. Salleh.








Pertemuan diantara Dato Wahab Maskan dan ibu saudara saya Puan Pon Salmah bt Mohd. Zin.  Dari kerabat kami hanya tinggal Puan Hjh. Pon untuk kami mengadu...dan ahli kerabat yang tertua yang masih  ada buat masa ini.








Adik kesayangan saya Dr. Mohd. Salleh bersama anak buah kami Habibah dan suami.







Alahai...Fauzi berbaju coklat tu adik Dato Ahmad Ridza yang bungsu...pertama kali saya jumpa dalam hidup....emmm, rumah kami dekat je...peleknya kami tak berpeluang untuk berjumpa dan saling mengenali.  Syukurlah Allah memperkenankan doa saya dan akhirnya kami dapat bertemu juga.








Saya dan anak-anak buah.  Pertemuan ini saya merasakan sangat kekok...sebab tak kenal sebelum ini.










Terbalik kot...mereka ni anak buah saya tetapi saya terpanggil kakak pula...hehehe, keluarga 69.










Kali ke 2 saya bertemu dengan Dato Wahab...sebelum itu ingin melihat wajahnya dari dekat....tetapi tak pernah kesampaian .... 








Kami dapat juga bergambar dengan pengantin.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.




Wednesday, August 6, 2014

Cinta Unggas Malam...

Di sini aku membenamkan paruh
mengadap rumah mu yang ku lihat begitu aman
di sini aku perhatikan cantiknya dikau
di sinilah hati ku terpaut lalu ku bina sarang
agar dapat ku tatap
sekujur tubuh mu berlalu di sini

Tiba-tiba kau hadir dalam hidup ku
membuat aku rindu setiap hari
menyanyi setiap malam dalam tidur ku
menghadirkan kenyataan dan bukannya mimpi
aku tidak pernah berbohong aku menyayangi mu.

Nu jauh dibawah sana
ku intai dan ku dengarkan suara mu
yang lembut dan bisa melentur semangat ku yang bengkuk
menjadi lurus semangat yang terbiar
menjadi fokus langkah yang kecil menjadi cergas

Nu jauh dibawah sana kau tidak melihat ku
Kau tidak pernah tahu
sedang aku setiap hari
membuka pintu hati ku untuk mu.
Akhirnya kau sedar
aku hadir setiap malam dari puncak pohon depan rumah mu..
Percayalah  aku akan terus tinggal disini demi kamu.

Wahai Unggas
hadir mu membuat aku takut
Bunyi apakah itu....
adakah embun yang menitis ke lantai
atau hujan renyai
ternyata bukan...bukan dan bukan.
Begitu asing bagi ku
lama aku meniti hidup
pertama kali aku mendengarkan nyanyian mu
semalaman tiada berhenti langsung
tidak menyakiti pendengaran ku
semakin malam aku terus menanti
kau ulit ku hingga dibuai mimpi.
Wahai Unggas Terimalah jawapan ku
Terima kasih ku atas kesetiaan
jangan kau bunuh rindu ku
biar pun kau malu pada ku....
teruslah tinggal disitu seberapa lama kau mahu.