Saturday, July 22, 2017

Nenek Wangi 2....



Terharu....baru je saya mula menulis di blog...blog ini sudah di lawati oleh peminat tegar.  Terima Kasih.

Barangkali dia mengejar saya yang dah hilang dari FB.
Mengakui di FB jiwa raga saya tak setenteram menulis di blog. 


Emm...ketika ini muzik instremental Omar Akram "Passage into midnight" cukuplah untuk menjadikan saya tenteram dan damai.
Cukuplah dulu pertemuan kita...
Tunggu kemunculan saya malam esuk...insyaAllah.

😛😛😛😛😛😝😝😝
Saya mohon kemaafan ya...apa yang dirancang selalu tak menjadi.
Kita sambung kisah yang dah lama kita tinggal tu...
Terimakasih Pak sedara, adik-adik, ipor duai, anak-anak sedara yang ikut sama rombongan akat nikah abang long nie...Doa anda lah sebenarnya buat kuat hati kami sekeluarga.

Selamatlah majlis Pernikahan Aie kat Bukit Naning pada hari raya ke 4. Majlis ringkas je kami buat...menikah di surau berhampiran.

 

Kami bergambar kenangan sebelum bertolak ke Pt. Zain, Bukit Naning, Air Hitam.






Nampak tak pelamin ....

Pelamin ni air tangan kerabat.
Terima Kasih  Cik Ana & anak-anak.
Adik baby Amini dan adik Faiz.
Sibuk kan?...heheh.
😍



ni dia yang menjadi tulang belakang majlis 16hb July tu...adik beradik ayah Aie dan anak-anak (sepupu).





Alhamdullilah.  Terima kasih ya.

Kami mulakan dengan majlis Tahlil dan doa Selamat.
Terima kasih kat pak-pak sedara, kerabat kedua-dua belah pehak dan jiran tetangga yang menjagakan majlis tu..moga Allah balas atas setiap kebaikan anda nanti.














Tetamu....







Tenang....tak de apa-apa muzik mengiringi majlis kami..





Tamu yang istemewa....

Hamdan Raja Abdullah

(Pak sedara ayah Aie dari kerabat Tok Raja Long, Temiang Muar. )
Kerabat sebelah ibu....







 

Yang Berhormat Haji Ismail Muhammad...
Sepupu ayah Aie 

 dari sebelah ayahnya.




Ni pulak Abang Shamsuri Majid dan Kak Jah..X DJ radio Melaka.Tahun 70han dulu.
Sifu saya semasa bergiat dalam penulisan drama dulu.
Semoga abang Sham sihat...lama tak call dia...emmm tak pernah lupa akan jasanya..




Ni abang Ya (zakaria) sepupu saya...dan yang berkupiah tu Pak mertua saya...

Selamat berkenalan semua!.




Tetamu jauh ni...dari Terengganu, sekali lagi menjadi tulang belakang saya...dia selalu ada untuk saya...Semoga Allah jaga dia untuk saya...
Zainab Ngah..terima kasih.






Anak-anak yang bertugas melayan tamu ....
Terima kasih ya..





Kalau ikut hati...semua nak saya masukkan dalam blog ini siapa yang Hadir.  Apa kan daya...Nenek Wangi kena juga menutup  wartanya yang ringkas ini...untuk masuk ke episod yang seterusnya...Nenek Wangi 3.

Sekian tuk malam ini...salam sayang!.💜




Cerita Nenek Wangi 1....



Kejab je setahun berlalu....dah jadi nenek dah saya.
Alhamdullilah.  Lum sempat pun muatkan gambar-gambar perkahwinan Aie...
Bertekatlah saya mengumpul sikit kenangan di majlis persandingan Aie untuk kenangan sanak saudara kalau masih ada berkunjung ke blog kesayangan saya ni. Dah tak ada sesiapa yang singgah ke sini sejak kebelakangan ini...heheh

 

16 hb Julai tahun lalu 2017 bersamaan 11 Syawal 1438.....Kami mengadakan majlis resepsi meraikan pernikahan Aie dan Kina.





Kek di deco oleh anak buah saya
yang lebih dikenal di Muar ni dengan gelaran Mat Oven..boleh tahan juga gelemar gak kan...






Ni lah rupa kek nya dari dekat....Terima kasih Mat Oven.








Ok seterusnya, ni lah nilai sebuah kasih sayang..Aliza Marsan kakak yang menjaga Khair semasa dalam hari ke ke Usia 2 tahun..





Ibu saudara dan sepupu Aie....yang bertungkus lumus dari awal hingga ke akhir majlis.

 




Ini lah abang Sapon,  
saya kenali dia sejak di tingkatan 4 tika kami  bersekolah di SDAD Muar.Entah kenapa kami terus sesuai berkerjasama hingga kini...
abang angkat yang terdekat...Alhamdullilah.

Mesin Singer dah berusia 34 tahun...


Mesin Jahit buruk Singger.

Masa ni saya beli hanya dengan harga RM 150 dari seorang taukeh China Ah Hok yang tinggal di pekan Acil, Ulu Terengganu.  Tak sangka bagus dan sedap digunakan sehingga kini.