Wednesday, September 30, 2015

KE JENDELA FELCRA SUNGAI ARA 1

11 Septembar  2015........
Saya dan suami bergerak ke Kota Tinggi Johor jam 11.00 tengah hari Jumaat itu.  Takdir kali ini memehak kepada kami.  Terima Kasih Allah kerana izin nya menjadikan segala-galanya realiti.  Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kami untuk memulakan perjalanan. Berbunga-bunga hati saya penuh harapan.  InsyaAllah kenderaan pun berkedaan baik......biasalah buat persiapan serba sikit, gantung baju cantik sehelai dua untuk majlis nanti.  Emmm....apa yang penting kali ini saya harus mencipta sejarah baru dalam hidup Yah! lets go my dear husband!....








Che Pah!.....senyum ya!. 
Maklumlah gi jalan-jalan kan, hidup lah dia!.
Selfi you!.  Boleh tahan gak Handphone  buruk saya ni cih...cih..cihhhhh  sweetnya!.









Tenang perjalanan kami.  Menyusur masuk ke Dearah Batu Pahat, Terus ke Air Hitam, menghala ke Kluang pula. Agak deras juga suami saya memandu sebab berhajat Sembahyang Jumaat di salah sebuah mesjid di Bandar Tenggara.  Melintasi ruang hadapan  Hospital Tengku Nora Kluang terusik hati saya....emmh, di ICU ada Ahmad Nor Asraf yang sedang berjuang dengan penyakitnya kencing tikus dah lapan hari wadkan di situ...memang ada kebimbang di hati saya...tetapi saya tetap berhari Asraf kembali sembuh seperti biasa.

Akhirnya kami sampai di Bandar Tenggara dan singgah lah kami di Masjid yang cantik diatas bukit tu.  Ramainya jemaah yang bersembahyang di situ.  Biasalah kan bila tinggal seorang diri dalam kereta yang berkunci tu sempat gak lah Che Pah melelapkan mata.  Tak ada rasa takut langsung kerana ada anggota RELA perempuan hilir mudik depan saya.  Keadaan Selamat!. Takut lak gi candid dia...kot marah kang buat pasal pulak.....mengadap Pak polisi.  Yah, pokok yang rimbun baywa aku pergi....terbanglah roh yang ku miliki sebaik sahaja ayat-ayat suci di lafazkan oleh Pak imam masjid berkenaan ( terlupa lak namanya).

Ala dah mengantuk lah pulak...sambung esuk eh. Boleh le kan?.  Bukan saja mengantuk, pedih mata dah ni...tau-tau je lah papan layar komputer ni kan terang. Bye, assalam semua, insyaAllah kita jumpa malam esuk.