Tuesday, May 26, 2015

Selasih ku sayang......Siti Fatimah.

Baru sahaja saya pulang dari rumah adik ipar saya Hjh.Radziah.......emhhh, terkenangkan akan anakanda Siti Fatimah yang dah bertolak balik keKL sebentar tadi.    Kesiannya ...sampai lewat tak sempat jumpa, jenazah dah pun selamat di uruskan di tanah Perkuburan Kg. Sengkang Bt. 20. " Min " kami dah tiada.
Buat Siti Fatimah ibarat hilang segalanya selepas menyulam kasih selama 4 tahun bersama anakanda Muhammad Hazmin.  Berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Muhammad Hazmin seperti igauan buruk kami sekeluarga.  Antara percaya dan tidak akhirnya kami terima berita sedih ini.  6hb. Jun nanti kami berhajat untuk merealisasikan impian dua remaja yang sedang berkasih ini ke alam pertunangan rupanya  tidak kesampaian.

Al Fatihah. 
Semoga Allah ampunkan dosa Allahyarham  dan ditempatkan di Syurga nanti seorang Al Hafiz dari keluarga kami. Amin.Walaupun dia hilang, cahayanya bergemerlapan hidup di hati setiap kami.  Gugur di bumi Kulim @ Pendang  tengah malam 25hb May yang lalu........Allahyarham masih menuntut di Universiti INSANIAH, Kuala Ketil,  Kedah (Pelajar tahun akhir) .
Dalam urusan hariannya Allahyarham hanya mampu memiliki sebuah motorsikal.  Malam itu beliau baru selesai menjalani latihan Qasidah dan dalam perjalanan pulang kerumah kediaman, motorsikal yang di naiki dilanggar dari belakang bersama-sama sahabat karibnya oleh pemandu kenderaan Viva.  Sahabatnya yang cedera parah masih COMA entah apa khabarnya.....semoga Allah, anugerahkan  terbaik untuknya. Amin.

Merentap perasaan kami, tapi kami tau dia hanya dipinjamkan untuk  menghibur perasaan kami selama 25 tahun.... Seorang anak yang baik dan soleh, Alhamdullilah. Kami dipinjamkan sementara dan sampai ketikanya Allah ambil balik haknya setakat itu.  Kami Redha.

Takziah buat adinda saya Hj. Ibrahim dan Hjh. Radziah serta anak-anak.  Allah mengatur sesuatu dengan hikmah...usahlah bersedih..

Anakanda Siti Fatimah........Banyakkan bersabar atas ujian getir ini...

Ku tanam Selasih
ku tanamkan dihujung halaman
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
mengenangkan kasih aduh sayang
lambang percintaan

Hai kencana dewi
kasih yang ku rindu
ku kenang selalu
sayang....
moga tak layu cinta yang sejati
kekal dan abadi

Saturday, May 23, 2015

Pah Pulang abang!......

Terima kasih abang Musa  dan keluarga......Terima kasih kerana masih ingat dan mengundang saya....  Seorang abang yang tulus menjaga tali persahabatan dan persaudaraan, biar bukan dari darah keturunan....kasihnya tulus sebagai seorang abang masih ujud. Tak terdaya untuk saya terjemahkan dalam bahasa sebuah hati.  Terima kasih Allah atas anugerah ini.

Lima tahun saya tidak mencari, tidak menghubungi, tidak menjumpai biarpun saya ada sesekali menjenguk ke ruangan HPSF...saya tidak pernah tergerak untuk menjumpainya kerana segugus hati kecil berhajat untuk sembunyikan diri selepas bersara. 

Emmm....... beberapa bulan lalu saya mencarinya di ruang FB dan jumpa...rupanya dia telah pindah bertugas ke Hosp BP.  Barangkali dari detik itu frenkuasi hati  kami bermula.   Atas kedegilan saya, saya tidak bercadang untuk mengetik keybord dan bersahabat dengan abang di ruang FB......entahlah, saya sudah kehilangan semangat barangkali....

Sebulan lalu, abang Musa menekan lonceng pagar rumah saya, berjalan-jalan perlahan dibawah terik matahari dengan sekeping kad di tangan.  Mata saya mengekori dari jendela rumah geraknya hingga ke beranda..... sebab saya tidak dapat mengecam dia yang tanpa bersongkok dan ada kebimbangan di hati untuk menerima tetamu yang tidak saya kenali. 

Dia memberi salam.....dan saya jenguk dengan kata gurau..


" Ingatkan abang dah lupakan Pah".

" Ingat, masih disini ".  
  Dia senyum, sambil meletakkan telapak tangan kanannya kedada kirinya.
 Rasa nak berderai airmata saya dibuatnya masa tu.....emmm. Sebak. 

Saya yang menyorok dan terus menyorok....bukan untuk melupakan tetapi ingin melupakan kenangan sewaktu belajar dan  berkerja dimasa lalu.  Persaraan yang begitu awal kadang-kadang berbekas di hati.  Saya juga meninggalkan mereka semua tiba-tiba.......tanpa memberitau abang-abang yang begitu rapat kerana tiada dapat meluahkan kata-kata...semuanya terbenam dihati dan tak mungkin terluah.  Saya lipat kemas semua kenangan.  Terima kasih abang-abang dan sahabat-sahabat saya yang mengambil berat dan menjaga saya sewaktu menjalani latihan kejururawatan di Hospital Sultanah Aminah di JB dulu.  Selamat dibawah pelindungan anda.  Allah menghadiahkan insan-insan berhati mulia seperti abang Musa di sisi. Betapa bersyukurnya saya.  Alhamdullilah.  

Sebenarnya, kadangkala kenangan manis berubah menjadi pahit sekelip mata........hakikat sebuah perjalanan hidup mengalir seperti air sungai , terkadang mengalir tenang, menerjuni jeram, sembunyi dilubuk yang dalam...dan terkadang garang membuat ramai yang menangis kesedihan dan kehilangan arah.

Minit-minit terakhir majlis abang saya sampai bersama keluarga.  Saya melihat abang riang, berdiri cergas menerima tetamu mulai jam 11.00 pagi hingga jam 3.30 petang.  Pasangan orang tua pengantin memang tinggi staminanya  sampai kehujung majlis. maklumlah menyambut menantu perempuan yang pertama.


Sudi gak abang bergambar bersama saya dan keluarga.  Terima Kasih abang dan akak!.

" Pah pulang abang!". 
" Tak tau bila kita dapat jumpa lagi.  Semoga abang dan keluarga di bawah lindungan Allah atas semua perkara ".    Aminnn!.




Thursday, May 21, 2015

FB ni..........

Satu hal gak lah saya ni...macam malas je nak teruskan main2 FB ni.  Ingat tu je lah medan permainan dengan kaum keluarga.  Dapatlah juga kenal anak buah dan tau sikit perkembangan semasa berkongsi dengan mereka.

Aduhai malang hingga  saya tak tahan ..orang putih ke, negro ke kerja dia masuk ke ruang pesanan. Ingatkan sedara mara...tupp buka ha tu dia......Jamil AR lah  ...Ahmad  Don...hey, aje serabut saya dibuatnya.


Saya berehat dulu dari FB ya untuk beberapa ketika.  Hamba Allah yang ni macam paham Melayu lah.  Dia memang follow saya nampaknya.  Minta maaf banyak-banyak saya akan tumpukan ke blog dan merehatkan FB insyaAllah.  Bukan tak suka berkawan tetapi mereka tu lelaki... suami saya tak benarkan kecuali dia kenal hamba Allah tu. 


Waktu senggang saya akan gunakan untuk belajar secara on line, insyaAllah.

Ok tak berarti saya terus pergi dari berFB ....saya berehat sementara sahaja ya!. Tentulah saya merindui anda semua nanti. ....emmm.  Terima kasih atas kerjasama dan ukwah yang mesra dari anda.  Semoga kita terus bersama nanti. InsyaAllah.