Friday, February 20, 2015

Merajuklah adik abang!.

Angin pus pus...hehehe. Pos lah orang tu kat FB segala macam ayat. Sawan saya!.

Hari ni terusik betul dengan ayat TAKUTKAN BINI........heeee... senang-senang je ucapan gitu.  Macam lah orang perempuan ni singa lapar.  Panas baran semata-mata. Sikit-sikit salahkan isteri.  Tak baik tau buat isteri macam tu...nampak sangat awak tak ikhlas.

Mengakal isteri tu sebenar buat rumah tangga tak berkat.  Benda-benda bohong ni biasanya berjangkit-jangkit.  Ayahanda bohong bonda...bonda pun pandai bohong ayahanda...bila ayah bonda dah pembohong maka anakanda  pun terdidiklah berjiwa pembohong...balas membalas tanpa sengaja.  Cubalah  elakkan benda-benda ni semua dalam keluarga kita.  Perkataan yang tak manis jangan sesuka hati kita hamburkan.Kata bicara melambang keperibadian.


Monday, February 16, 2015

Dia yang ku sayang..............

Dia bertanya " Dulu akak bercinta ke?".  Bengkak halkum untuk menjawab soalan itu. Aduhai mengapalah soalan itu ditanyakan. 
Tak baik menapi jika benar....." Emmmh... Ya ".  Jawab ku....." tapi jodoh ditentukan tuhan.  Penat je  bermain cinta". Sambung ku tersenyum, mengimbau kenangan lama.

Dia tak pernah bercinta semasa remaja.  Dia mengakui. Bila dia mengenal cinta...cintanya terkulai.  Aduhai....barangkali tidak sekuat diri ku di lambung ombak percintaan.  Soal cinta ini juga entah beberapa kali aku teruskan pelarian maklumlah melibatkan suami orang......yang aku tunggu tak ada keberanian...hehehe, tak tahulah kenapa...itulah dikata orang tak ada jodoh namanya.

Dia menyambung kata-kata...
" Payah kan terima keluarga orang akak?".
" Mula-mula tentulah payah, terutama kalau kita tak kenal asal usulnya.....tapi lama-lama dapat sesuaikan diri ".Jawab ku.

Bla...bla....bla dia bertanya lagi.  Aku akhir nya berkata suratan takdir menentukan segalanya.  Tak payahlah dikesali.  Teruskan lah hidup ini dengan redha.  Allah sudah tetapkan di buku catetan masing-masing.Kalau di ubah pun mungkin kerana doa.  cubalah berdoa......

" Bujang lebih mudah untuk keSyurga.  Yang berkahwin dan beranak penak akan dipersoalkan tentang anak-anak". sambung ku.  Dia nampak sedih bila jodoh untuknya belum lagi sampai.

Di hati ku menjawab persoalan dia...Aduhai dara...mendapatkan anak soleh dan soleha bukan semudah memetik api rokok.  Ianya bermula dari saat benih yang tumpah.  Dugaan demi dugaan datang dan pergi.  Kadang-kadang menangis dihati menahan sabar serta  kepahitan takdir.

" Tak pe lah, belum ada jodoh.  Kalau tiada jodoh terimalah takdir.  Jadilah wanita yang cekal dan kuat.  Berani mendengar kutukan, kerana semua itu datangnya dari tuhan. duduklah diam-diam jika awak tak mampu mendengarnya,wanita itu tempatnya dirumah.  Tidak salah berada dirumah, beramal setakat yang awak mampu.  Tidak semua orang mampu menjadi ahli tasauf yang berjalan tunduk tidak memandang  barang dosa dengan mata...tidak memegang benda-benda haram....tidak sedetik pun hatinya kotor.  Kita hanyalah manusia biasa yang selalu dibisek untuk berbuat dosa ".  Aku memujuknya panjang sikit.

Friday, February 13, 2015

Rumah Yaie saya dulu-dulu.........

Padanlah abah nak juga buat rumah papan yang tinggi.....Adik sepupu saya Zaharida kata abah bertukang sendiri rumah itu sampai siap.  Dia yang masih kecil lagi di ajak menemani abah  berkerja sehari suntuk.  Saya tidak sempat merakam gambar rumah kenangan yang abah buat ...

"Abah minta duit hantaran perkahwinan awak ni ya!.Abah nak dirikan rumah di Pt. Jamil".....
Sebenarnya sikit je duit tu...tapi abah tetap bangga menerimanya.

" Okey, ambil lah abah ".


Saya rela kerana abah dah banyak berbelanja mengurus majlis perkahwinan saya.  Dengar-dengar hampir 13 ribu duit di zaman tu.....saya belum pun dapat gaji pertama ketika naik pelamin. Posting bulan 3...naik pelamin bulan 4. 100% urusan majlis perkahwinan saya di urus oleh abah dan ibu saya.


Tersasar emmmh.....begitulah halnya kesah rumah abah yang entah keberapa.  Abah dari muda nya asyik berpindah rumah....buat rumah...pindah rumah...

Yaie ( Datuk ) saya Hj. Salleh dikatakan orang kaya zaman dulu.  Membuka perkampungan Pt. Nawi, Pt. Hj. Salleh dan kawasan sekitarnya.  Beliau mempunyai ramai perkerja yang terdiri daripada orang-orang Jawa.  Beliau menghadiahkan tanah-tanah itu kepada anak-anaknya sebaik sahaja mereka berumah tangga.....ada yang dapat di kawasan Pt. Pecah, ada yang dapat di kawasan Pt. Nawi, ada yang dapat dikawasan Pt. Bulat dan Pt. Hj. Salleh.  Nama sebenar Yaie saya ialah Senawi dan nama lainnya selepas kembali dari Mekah bertukar kepada Hj. Salleh.  Beliau sendiri menetap di Pt. Jamil Darat, mengerjakan sawah Padi di tanah 7 ekar.  Parit Nawi dan Pt. Hj. Salleh mengambil sempena nama Yaie saya...begitulah halnya....Sumber dari aked Negara.

Hari ini saya nak bercerita tentang rumah Yaie saya di tanah Sawah Pt. Jamil tempat yaie menetap.Sumber cerita yang saya tuliskan ni saya dapati dari Kak Mah....Mudah-mudahan Kak Mah (Saemah) masih sihat....  lama saya tak menjenguknya. Jika saya datang dia akan sambut dengan budi bahasa yang tinggi.  Lemah lembut tutur bicaranya, menyebabkan memang sukar saya melupakan...sesekali ingatan saya melayang  menyapa beliau dari jauh.



Emmh...Yaie dikatakan ketua kampung yang selalu mengadakan kenduri.  Rumah Yaie sentiasa di kunjungi tamu.  Hasil kelapa, kopi  menjadi hasil pendapatan Yaie.  Rumah Yaie tinggi dan jika banjir besar tidak jadi masaalah kepada keluarganya.  Terim kasih Kak Mah kerana sudi bercerita.  Kak Mah mahu kami mengabadikan gambar rumah kepunyaan penduduk kampung  Wak Jahari...katanya ambik lah gambar , rumah itu serupa rumah lama abah kau masa Yaie Salleh masih ada.

Begitu lama dia pesan....menjelang hari raya dibulan puasa yang lepas baru keberanian saya datang untuk menjenguk rumah Wak Jahari tu.....itu pun tak tau macam mana  nak mulakan percakapan untuk meminta izin merakamkan gambar dari anak Wak Jahari......berita kematian arwah pun tidak saya tak dengar tiba-tiba bila bertanya katanya telah tiada.

Akhirnya...sempatlah juga menangkap gambar rumah itu atas nasihat kak Mah.
Terima kasih Kak Mah!.




Dari lihat dari bahagian depan rumah.  Inilah satu-satunya rumah jenis lama zaman berzaman yang masih ada.





Beginilah keadaannya bila di lihat dari sisi.  Rumah ini tinggi dan masih boleh di duduki di musim hujan dan jika bah besar berserta air pasang.  Maklumlah tempat kami tinggal lebih kurang 3 km dari tepi pantai Pt. Jawa.  Bersyukur saya kerana dapat juga merakamkan gambar ini, waktu berkunjung membeli dodol untuk Arhad dan Idah menjelang hari raya yang lepas.
Terima kasih kak mah kerana selalu berbunyi.........

Begitulah rupa....mujur masih ada yang dapat dibuktikan sebelum saya menutup mata....salah satu dari model rumah tempat ayahanda saya membesar.

Rumah ke 2, ke 3, tiada gambar kenangan......ke 4, dan ke 5 rumah yang saya duduk sekarang...yang ke 6 Tak pasti adik-adik ada simpan kenangan dan ke Tujuh.....rumah yang saya dan adik-adik sama-sama bina kemudian selepas rumah ke 6 di runtuhkan, iaitu salah satu rumah yang ditukang sendiri oleh abah dengan tulang empat keratnya.

Sampai disini dulu. Selamat malam...........