Tuesday, December 6, 2011

Petua Nyaie 2............ Gegata dan Beras kunyit


Gegata istilah perubatan Urticaria

* Gatal kulit secara tiba-tiba disebabkan alahan.
* Makanan
* Ubatan
*Gigitan binatang
* Barang Kemas yang mungkin terdiri dari emas, perak,suasa dan lain-lain.
* Kulit menjadi bengkak gatal serta pedih.

Biasanya bengkak akan menghilang sendiri. Ubatan-ubatan seperti Anti Histamine biasa diberikan untuk mengurangkan bengkak dan rasa gatal.

Bagaimana pun saya biasa menghadapi kemelut begini dengan membuat bedak sejuk sendiri atau mengalin. Ubatan secara tradiosional ini telah diajarkan kepada saya satu masa dulu adalah ilmu yang ditinggalkan oleh Almarhum Nyaie saya.

Semasa penyediaannya bacalah ayat Al Quran (Al-Fatihah.. 3Kul ), Selawat Nabi dan doa Shifaq harus di lafazkan dengan hati yang cukup bersih dan mengharapkan usaha yang kita buat ini akan berhasil kerana Allah yang mengizinkan. Jika kita tidak mampu menghafal ayat-ayat Al Quran dan Doa tersebut boleh juga membaca Bismilah dan diikuti selawat nabi 3 kali.

Bahan Perubatan ini biasa kita dapati dengan mudah didapur kita disaat cemas. Saya kerap menyimpan dipeti sejuk untuk menghadapi saat yang tidak pernah kita duga. Biasanya sesiapa yang pernah kena gegata akan mendapati dirinya kerap mengalami masaalah yang sama berulang-ulang.

Bahan-Bahannya:













Langkah 1



Add Image











Langkah 2:
















Langkah 3














Pesanan untuk ibu-ibu lepas Bersalin (Dalam pantang):

Pengunaan bedak sejuk beras kunyit ini hanya boleh dibuat selepas 4 minggu bersalin.

Ibu kunyit selalunya berkesan dan menukar warna kulit kepada kekuningan. Warna kuning ini akan mengelirukan. Penukaran warna kulit kekuningan boleh dikaitkan dengan berbagai-bagai masaalah kesihatan termasuk
kegagalan hati. Waktu-waktu yang perlu di amati dengan rapi adalah dalam tempoh sebulan selepas kelahiran bayi. Komplikasi dan berbagai masaalah kesihatan dalam tempuh ini perlu dirujuk dan dirawat segera oleh doktor.

Bedak sejuk beras kunyit tidak sesuai sama sekali kepada bayi.

Satu lagi kegunaan doh beras kunyit ini adalah apabila terkena miang keladi.
Kebiasaan berlaku miang ini apabila kita menyiang batang keladi untuk dibuat sayur atau kadang-kadang menyiang sulur keladi untuk dibuat sayur. Miang keladi ini menyebabkan kita tidak rasa selesa dan gatal di bahagian tapak tangan. Jika dibasuh atau diletakan minyak gatal dan miangnya akan bertambah. Saya selalu mempraktik dan menghilangkan rasa miang begini dengan mengambil doh beras kunyit dan mengosokkan ketangan sehingga doh berkecai menjadi ketul-ketul kecil. InsyaAllah, Gatal dan miang keladi akan hilang beberapa minit kemudian.


Petua ini saya tinggalkan kepada anak-anak saya sebagai ilmu . Inilah yang dikatakan akhtiar hidup sebagai bekalan dimasa hadapan. Usah hilang akhtiar jika keadaan terdesak...selain perubatan moden cara perubatan tradisional masih boleh menyelesaikan masaalah kesihatan yang ringan-ringan.


Wednesday, November 30, 2011

Dua Pelangi Senja




Melihat pelangi seperti kita melihat spektum warna Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu dalam lengkongan besar yang sangat cantik disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari.
Terasa bertuahnya dalam melihat panorama seindah itu. Begitu indah lukisan ciptaan tuhan. Betapa besar dan yang pasti tidak dapat dijangkau oleh ketinggian dan tak dapat digapai dengan tangan.



Wednesday, November 2, 2011

Kedalam Kotak yang Cantik dan Molek




"Yang terbaik hanya diri kita".....

Begitulah kata-kata seorang teman saya . Teman sekerja satu waktu dulu. Kini ini dia masih berkerja.Kata-kata itu sebenarnya kata-kata semangat untuk dirinya apabila tertekan dengan berbagai kerenah dan tekanan perkerjaan. Semangat yang datang dan pergi begitu menguji ketahanan mental dan fizikal. Saya sudah pun melepasi dan membuang jauh-jauh semangat yang sebegitu apabila saya tidak lagi terikat dengan waktu kerja yang tetap dan kerja yang membuak-buak.

Hari ini cerita saya berligar kepada 3 watak utama...
" Junior " - Staf yang baru di tuliah.
" Senior" -Staf yang lama dan tetap
"Senior Tua" - Staf yang hampir bersara.


Usia tua mengejar kita. Apabila menjangkau usia 50han seperti saya , Sesekali semangat membara dan bertenaga, sesekali menurun dan begitu sejuk. Sesekali pula ingin menjadi orang biasa yang tidak berkait dengan apa-apa, bebas untuk terbang dan terawang-awang. Sesekali merasa masa itu emas dan usia yang semakin pendek harus mencari dan menuju ruang yang lebih bermakna penuh dengan isi pahala yang perlu untuk memberatkan timbangan di akhirat nanti. Mahukan syurga....

Teringatkan syurga ingin menutup semua kemahuan, mengurangi dosa, menambah amal dan menuju kearah kebaikan serta memperbaiki diri. Begitulah hati orang tua. Bukan sahaja dari pandangan mata sesiapa sahaja melihat dia nampak tua, hasrat dan cita-cita juga kebiasanya sudah menuju kearah yang lain. Biarpun setengah dari yang berusia masih mahu memajukan diri dan kebanyakkan nya pula mahukan ketenangan dalam hidup.

Inspirasi keluarga yang bermain dalam dirinya mahukan anak-anak berjaya dalam hidup. Jika boleh mencipta nama dan jadi orang ternama ianya satu bonus. Jika tidak menjadi orang biasa-biasa yang mempunyai perkerjaan tetap dan berjaya dalam hidup pun sudah memadai. Atau jika mereka nanti menjadi ibu dan ayah yang berjaya mendidik anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai perisai dari terjebak kelembah maksiat dan kesesatan, Alhamdullilah Syukur pada mu Allah..
Kadang-kadang atau..atau ..dan atau tidak mahu di kotakkan difikiran tetapi harus dan mesti mencapai..mesti mendapat...mesti tinggi..mesti dan mesti...tetapi apa yang berlaku dalam hidup adalah sebaleknya.
Begitulah, masih berharap agar semuanya baik termasuklah inspirasinya dibidang perkerjaan melihat kejayaan dan kepuasan diri dalam dunia perkerjaannya, bukan kecundang dihujung usianya.

Saya teringat di satu waktu ketika saya muda benar. Waktu itu saya di tempatkan di satu kawasan pendalaman. Benar, kadang kala hidup ini tidak ada pilehan. dalam keadaan sedemikan sebenarnya mengajar kita menjadi lebih dewasa.
" Junior " dalam jawatan hanya mendengar bebilan "senior" tentang " senior Tua "....Lembab, terhegih-hegih, semuanya lambat, lemor dan cuti sakit. Tercuit dihati kecil saya dan mula menilai dan mecari-cari titik kesilapan...permulaan kesilapan...siapa yang silap..kenapa silap..bagaimana boleh silap?. Soalan demi soalan sudah menjadi kajian saya sambil belajar dan perbaiki diri.

Selepas saya mengkaji saya temui yang silap dari ketua ...tidak ajar...sendiri tak paham...pandai-pandai mengubah arahan ikut cita rasa, maka kerja -kerja tidak efektif dan tidak mencapai mutu.
Sikap yang tidak menentu ketua yang kadang-kadang hilang entah kemana..minum luar dan tidak pulang-pulang.
Datang lewat ketempat kerja, terlampau banyak cakap dari berkerja dan bagi saya yang baru, staf yang "senior" di ketika itu tidak bersikap dan punya contoh yang baik. Maka saya menanam cita-cita mengentikan setakat mereka sahaja dan tidak saya.....saya harus bersikap baik dan boleh menjadi contoh.

Dari hari kehari secara kebetulan tidak lama lepas itu saya terpaksa menjadi ketua. Maka realiti dunia perkerjaan saya pula menghadapi getir dan mengadap kerja-kerja " senior tua ". Benar..ia amat menyakitkan. Tulisan tak boleh di baca ..salah kira...salah ruang...kertas buruk..renyuk..berminyak dan bertompok...dan......( Macam-macam ada ). Mereka juga sudah begitu lama bergelumang dengan kerja asal seperti ketua-ketua merekasebelum itu. Payah untuk menjernihkannya. Akhirnya setiap hujong bulan saya akan menahan mata saya dari tidur hingga ketengah malam untuk menyelesaikan tugas-tugas saya . Bulan ini salah disini..bulan depan salah disana begitulah sileh berganti. Akhirnya saya sudah pandai merunggut dan marah-marah seperti "senior". Saya mula melihat reaksi "Senior Tua " marah-marah kepada yang muda yang lantang mulut seperti saya. Saya mengendurkan sedikit ketegangan yang memperbetulkan keadaan biarpun memakan masa akhirnya saya berjaya merubah sedikit demi sedikit.

Teringat pula pada satu hari pernah saya dan "Senior" menungkah sungai membuat penyeliaan sambil mengadakan sessi klinik ditempat " Senior Tua ". Sebaik saja kami sampai...tenguk-tenguk " senior Tua" tertidur menunggu kami. Aduh...apa lagi "senior" sudah berapi lagi. Saya terpingga-pingga dan sedikit kecut bila semua menjadi kecuh. Sudahlah mabuk air berhanyut berjam-jam, tiba-tiba meletup-letup pulak" mood" "Senior".

Di ketika itu saya mula berfikir.....Kalaulah saya diberi pilehan tidak akan saya jejak tempat ini. Hutan dikiri kanan, jeram ditengah sungai, pasir dan selut semuanya saya jumpa. Baju putih saya sudah pun bertukar menjadi kuning kemerahan. Seluar saya sudah menjadi midi, saya lipat tinggi-tinggi. Topi dikepala saya sudah pun saya tanggalkan dan sudah dibakulkan, tiba saja kedarat mendaki bukit pulak, menyusur akar kayu yang licin lagi, begitulah... entah berapa kali saya tergelincir jatuh , rupa-rupanya di celah-celah kepayahan itu "Senior tua" sudi untuk menabur bakti. Biarpun orang bandar dia sudah pun menjadikan tempat itu bandar dan kampongnya sendiri setelah bertahun-tahun memohon tidak berjaya bertukar , dia menerima kudratnya untuk tinggal terus di hulu sungai yang terpencil begitu.

" Senior tua "...dari muda, berkahwin, beranak, bercucu....menunggu musim bersaranya semakin hari semakin uzur. Ada sesiapa memahaminya?. Tengah malam pintu rumahnya di gendang oleh jiran-jirannya sendiri. Dalam gelap pekat dia menjinjing bag dan lampu picit kerajaan Malaysia menuju kerumah pesakitnya. Sabar dan ikhlas. Adakah perasaan yang serupa "Senior Tua" ini masih ada kepada generasi muda?. Adakah keberanian yang dimileki oleh "Senior tua "diwarisi oleh genarasi muda yang hidupnya berlampukan letrik, berair paip.

Kawan saya " Senior Tua " hari ini sudah pun mengeluh. Dia harus bengkas cergas seperti anak-anaknya yang baru mejawat jawatan . Jika tidak perjalanan institusi yang dipertikai. Semua orang akan memandang hanya pada dia..salah dia...lemah dia...buruk dia. Sebenarnya pada satu waktu dulu dia adalah putik yang pernah melihat buruk dan baiknya sikap dan semangat yang pernah dimileki oleh "Senoir tua" dizamannya . Lalu dia merubah diri menjadi "Senior" yang lebih baik dan berilmu lebih tinggi dari " Senior Tuanya".
Kini teman saya tidak tagas dan tengkas seperti dulu, sudah sakit lutut, kaki dan tangannya tidak kuat .. sudah ada Diabetis..sudah ada semput dan banyak cuti sakit ...tetapi dia tetap gagahkan diri tidak patah semangat.

Kawan saya " Senior tua" hari ini....
Dia masih terus berharap dapatlah kiranya dia mendidik anak-anak yang mentah yang belum cukup ilmu didada. Dia berjanji pada diri agar tidak sombong dan lokek. Demi anak bangsa dan cucu cicitnya yang akan datang. Menjadi seorang juruawat bukan setakat merawat, dia juga pengamal dan pendidik. Dia sedar anak cucunya tidak jauh berbeza dari zaman mudanya. Kemajuan tidak begitu ketara. Mereka moden sedikit dan tidak moden banyak. Kalau sakit masih payah untuk pergi kehospital. Mereka masih meminta-minta ambulan mengambil mereka dirumah...mereka tidak pergi ke hospital atau ke klinik semasa ada tanda-tanda sakit...mereka masih tunggu saat tidak boleh berjalan baru bertindak untuk mendapatkan rawatan. Mereka masih di takok lama....Sangat susah rupanya merubah sikap manusia. Oleh sebab yang begitu akhirnya ujudlah Klinik bergerak untuk menarik minat mereka memelihara kesihatan diri. Ini mengingatkan saya sewaktu bertugas di Ulu Sungai Terengganu satu masa dulu awal-awal tahun 80han kita kembali kezaman itu semula?. Benar atau tidak?.

Anak-anak didik " Senior tua " kawan saya!
Belajarlah sementara masih ada" Senior Tua" anda yang mahu membentuk kamu. Ilmu dan pengalaman itu datangnya dari pengalaman "Senior Tua " yang memakan masa sangat lama. Bukan hanya berbelas tahun tetapi berpuluh-puluh tahun. Hari ini tenaganya sudah kurang, jalannya sudah tempang, hanya mulutnya masih kuat untuk berkata-kata. Kadang-kadang marah, kadang seronok dan gegaknya meriah, kadang-kadang muncungnya panjang kerana keciwa yang dalam. Janganlah pandang "Senior Tua " anda yang sedang membongkok bengkok itu bobrok dan buruk. Raikan dunia perkerjaan dengan jiwa yang ikhlas. Akal fikiran menjadi tajam dan waras. Ubah perangai yang buruk kepada peribadi yang baik supaya kerja menjadi mudah dan pantas. Buang jauh-jauh rasa-rasa malas. Berani menempuh ombak dan badai dan jangan suka bergayut didahan yang rendang untuk menyelamatkan diri dan membiarkan " Senior Tua " hanyut sendiri kerana tua dan tidak berdaya. Geraklah seperti semut yang matang saling berpegang tangan untuk mengukuhkan daun tempat berhanyut. Jahat laku akan lagi dikenang inikan pula budi baik....

Cantik dan molek tidak dilihat dari luar
tetapi
dipandang jauh kehujung akar.


Friday, October 28, 2011

Intan Berkarung dihati saya.........



Saya rasa pagi Jumaat itu adalah saat yang sangat mencabar apabila saya merasakan betapa saya begitu kerdil. Hanya diduga dengan mengadap ajal seekor kucing. Saya tidak tau apa pertolongan yang dapat saya berikan. Kehospital mana mungkin, ke doktor haiwan..klinik belum buka. Ingatkan dia telah mati..tenguk2 dia bangun semula memandang sayu kepada saya. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh membantu mengurangkan sakit yang di deritainya.
Celaru dengan perasaan sendiri.
Dia tenang mengalas mukanya yang sakit.
Sangat sedih perasaan saya betapa dia begitu lembut dan manja di saat akhir hayatnya tanpa mengiow langsung. Merenung saya dan berpusing merebahkan diri di sisi saya. Bangun dan berpindah dibawah kereta 7757 yang redup dari cahaya matahari. Kembali kesisi saya dan berbaring dengan nafas yang putus-putus.
Di sini saya dapat merasai betapa sukarnya dia untuk meninggalkan saya. Saya melihat betapa hanya seekor kucing sudah pun meninggalkan kesan yang mendalam disudut hati.
Betapa kasih kami akan putus di sini wahai tuhan ku. Begitulah 2525 hanya di pinjamkan sementara untuk menghibur dan membuang hari-hari lelah dan jemu saya . Berbual-bual dan senyum dengannya sudah dapat menghilang sakit-sakit di tubuh saya.
Tiba-tiba hati sayu saya tidak dapat bertahan. Dia dilanggar kenderaan jam 6.30 pagi dan disedari oleh suami saya. Bagaimana pun apa bila suami saya mengejar untuk mengambilnya rupa-rupanya ada seorang insan lain yang telah menyelamatkan dia ketepi jalan sebelum suami saya sampai ( seorang penunggang motor....Terimakasih kerana ada ikhsan di hatinya sekalipun jalan yang dilalui Muar Batu Pahat diwaktu-waktu begitu amat sibuk dengan kenderaaan ).

Saya bangun untuk mengadap Ilahi. Bermohon supaya meringan kesakitannya. Saya mencapai Al Quraan dan menghabiskan bacaan surah Yassin untuk dihadiahkan kepadanya semoga Allah memperkenankan doa hambanya yang jahil ini. Saya kembali melihat 2525 dan dia masih bernafas. saya membacakan Al fatihah disisinya entah berapa kali berulang dan berulang-ulang dan mengingatkan diri sesungguhnya
"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah".

dan..........................................
Akhirnya saya berbicara dihati.........
"Kita akan bertemu di Syurga, insyaAllah Adik!"... kucing yang saya manjakan dengan panggil
an adik 2525 itu hanya diam membisu dan nazak.

Saya tinggalkan sekejab untuk persiapan anak-anak dan suami yang akan ke Masjid menunaikan fardu Jumaat. . Maklumlah hari Jumaat. Masa begitu pendik bagi seorang surirumah seperti saya. Semuanya wajib dan menjadi tanggunjawab. Tidak boleh sesekali mengabaikan tanggungjawab itu . Itulah pahala yang sedang saya kejar sejak saya bergelar isteri dan ibu.

Rupa-rupa dia pergi disaat saya sudah berada didalam rumah dan dia bersendiri terbaring dibawa kereta 7757 . Suami saya dan anak-anak yang baru pulang dari sekolah memberitahu 2525 sudah pun mati. Semua ahli keluarga kami sedih tetapi 2525 adalah milek Allah. Kami redza akankehilangan ini sekalipun hanya seekur kucing yang berbulu kembang.

Mengibau kembali bagaimana sukarnya saya membesarkan dia...sebenarnya tidak sangka dia boleh mencapai usia 3 th 1 bulan. Walaupun berbulu kembang daya tahan penyakitnya memang lemah. Beberapa kali saya asingkan dia dari ibunya dan diberi susu tambahan untuk menjaga kesihatannya. Saya sedar saya memang menjadi nurse yang merawatnya . Sayalah juga ibu angkatnya. Kalau makannya sudah habis kadang-kadang terlewat kami beli ,dia akan bermain-main dan mengadapkan mukanya ke kedai Muslim Best yang ada menjual makanan kucing di depan rumah kami...(tetapi seberang jalan yang sibuk ). Bila melihat dia sudah kerap mengadap ke kedai dan asik berbaring di titi, kami paham dia tidak mahukan nasi lagi, tetapi mahukan makan sedap dari kedai itu.

Begitulah sedikit kisah yang menjadi rencah kehidupan ini. Bak kata pantun

Burung Merebuk buat sarang
Anak Enggang meniti paya
Tembaga buruk dimata orang
Intan berkarung dihati saya

Dari kejadian ini saya terasa insaf sungguh!……….
1. Panggilan ajal memang tidak pernah di jangka. Di saat kasih sayang mewangi dan di saat itu kita harus tinggalkan orang-orang kita kasih.
2. Hanya seekor kucing yang tidak punya dosa sudah begitu susah untuk menghadapi saat2 kematian.. Bagaimanalah pula dengan diri saya yang sentiasa membuat dosa.
Saya melihat betapa besarnya kudrat Allah hanya dengan seekor kucing kasih saya tumpah seperti seorang manusia. Saya merasa hanya allah tempat saya mengadu dan kepadanya saya meminta dengan sebak dihati. Saya lupa dia hanya seekur kucing saya sudah habisi membaca Surah Yassin dan berkata-kata serta berdoa kepada tuhan. " Tolonglah jangan kau uji dia dengan kesakitan yang amat sangat ."
Saya sudahpun seperti hilang nafas, ketenangan, tawa dan keceriaan tidak seperti hari-hari sebelumnya ketika bersamanya ..
..Saya tidak mungkin menyiarkan gambar saat dia berjuang. Sangat azab apabila sebelah pipinya pecah dan darah dimana2 di mulut, di telinga..aduh sakitnya dia. Saya tidak tergamak untuk merakamkan saat itu ..
Maaf. Saya hanya berdaya untuk menyiarkan gambar saat bergembira dengannya.
Begitulah kisah untuk tatapan anda hari ini.....
Sebuah rakaman khas mengenangkan Si Kembang 2525 saya titipkan disini.
Terima kasih kerana sudi sejenak bersama saya menyelam rasa sepi ini.....yang pergi dan tidak mungkin kan kembali..





Sunday, June 26, 2011

Muar Ku



Orang kata bandar Muar tempat saya di lahirkan ini adalah bandar Pencen. Penuh dengan warga-warga tua. Katanya tak banyak kemajuan bandar Muar . Kalau ada pun sedikit sangat untuk senang-senangkan hati penduduknya.





Kalau pergi ke Tanjung Mas ...kita akan di hiburkan oleh sang kera. Silap-silap tak berani keluar kereta sebab Kera pandai mengecek makanan. Apa pun itulah hiburan saya sewaktu mengandungkan Muhammad Faiz.

Hari ini 22hb. Oct 2011............barulah saya punya masa untuk up date blog buai laju-laju. Itu pun sewaktu celebrate hari ulangtahun ke 54 yang lalu terfikir untuk menyiapkan blog yang tergantung begitu lama.









Tak banyak rasanya yang dapat saya ceritakan cuma kali ini ingin memberitahu anak-anak semua...sesungguhnya berada di Tanjung dan Dataran Muar disebelah malam benar-benar merehatkan otak dan menjadi ubat penenang jiwa. Desir dan mainan ombak di muara sungai seolah-olah mendendang kita. Jeritan anak-anak bermain di padang dataran membuat mata jadi ceria....sesekali bayu membawa bau lautan yang membuai perasaan seperti berada didalam perahu nelayan.


Canteknya Muar diwaktu malam membuat saya teringatkan Siri Drama Korea "Sonata". Seperti berada di dalam suasana yang begitu
menarik..berwarna warni serta balam-balam itu mengamit perasaan sayu....di sepanjang Tanjung berhampiran istana dan masjid Jamek Sultan Abu Bakar inilah tempat ibu saya dibesarkan sebagai anak noja masjid dan nelayan...

Ditempat inilah ibu saya sering menemankan ayahandanya mengail dan menangkap ketam. Dulu-dulu katanya tempat ini tempat Pontianak bermain....Begitulah saya dengar dari ibu yang kebetulan terserempak dengan kejadian itu beberapa kali bersama ayahandanya....Kini hilang sudah semua pontianak itu kerana cahaya yang menyinar disetiap pelusuk tanjung tidak lagi membenarkan mereka bermain.





Sempat jugalah anak-anak saya Khair, Faiz dan Shahirah bermain kipas bercahaya ditengah-tengah Dataran untuk seketika menghiburkan hati mereka...


















Sekumpulan Si kecil berebutkan bola sementara yang bagi kanak-kanak yang cerdik sedikit ayah dan ibu mereka membawakan motor dan basikal bersama-sama ...sibuk ditengah-tengah dataran.

Menyusur di sepanjang laluan ditepi sungai ada sesekali melintas pandangan saya gadis dan pemuda mengayuh basikal dan ala-ala cerita melayu lama...ceria bergurau sesama mereka.







Di celah-celah pasangan muda bercinta....dan begitu ramai warga tua seperti saya turut mencuci mata dengan pelbagai gelagat penyunjung ke tanjung Mas..saya terpandang kepada seorang insan yang cacat "OKU" turut menghibur lara dihati..........Dengan cara yang tersendiri.


Saya tiba-tiba berasa bahagia berada sejenak di malam indah ini di ruang ini sambil menerap udara Tanjung Mas Muar yang begitu segar. Tempat ini memang sesuai untuk bersantai dan melapangkan fikiran...merehat fizikal yang begitu penat oleh tugas disiang hari....Jomlah jenguk-jenguk Muar jika sudi...





Tidak terceritakan bagaimana nyaman dan tenteramnya suasana Di Tanjung Mas ini. Mungkin cerita pasal Muar ini tidak tamat di sini satu waktu jika ada cerita yang menarik saya akan cuba bercerita lagi... Sampai jumpa lagi...





Untuk semua saya telah pun titipkan beberapa gambar yang benar-benar menceritakan tentang Muar diwaktu malam..........manakala vedio pula memperlihatkan muar bandar kesayangan saya disebelah pagi dan beberapa peristewa yang pernah saya rakamkan untuk kenangan.......


Saturday, June 11, 2011

Selamat Hari Bapa.....

Waktu awal-awal saya menerima keluarga ini saya begitu ragu. Bagaimana nanti perjalanan hidup saya. Saya ibarat terjun dalam satu kawasan yang amat berbezA dari hidup harian saya sebelumnya. Melihatkan ahli keluarga yang bergitu sopan santun saya mula mengukur akan diri sendiri. Saya mula sedar saya kena banyak belajar untuk menyesuaikan diri.














Akhirnya saya kini memahami siapakah bapa mertua saya Hj. Ali Bin Husien. Orang kecil sahaja tetapi jiwanya keras dan memang seorang insan yang terpileh. Tahaf kecergsannya memang tidak ada tandingan. Kami anak-anak tidak terikut. Jadual waktunya padat sejak sebelum subuh. Sangat sayangkan kebun pisang dan kelapa sawit, sampai masanya dia hilang dengan motorsikal Honda EX5 menuju kebun. Hasil pisang tanduknya boleh tahan, hasil kelapa sawitnya juga boleh tahan. Pendeknya dapatlah menampung hidup hariannya. Kadang-kadng ayah pulak belanja kami....hehehe suka hati...

Dulu kami selalu balek bila musim durian. Puas jugalah saya anak beranak makan durian dari kebun ayah. Bagaimana pun di sebabkan harga durian merudum dan ayah rasa tidak berbaloi dengan buah setahun sekali, kebun durian ini telah digantikan dengan kelapa sawit. Tak sempat saya nak merakamkan gambar kebun durian ayah, dengar-dengar ayah dah tebang pokok-pokok duriannya. Tak ada lah kenangan ....


Ayah di panggil oleh orang kampongnya Imam Ali atau Cikgu Ali. Guru Ugama vetronlah katakan. Masih banyak peminat dan penuntut. Bila sahaja kenduri kendara ayah tak pernah di lupakan. Bila ayah pula buat kenduri kendara ruang depan rumah penuh dengan kawan-kawan, jiran dan murid-murid dewasanya.
Petua ayah kelihatan kuat dan muda saya kurang pasti. mungkinkah kerana amalan-amalan ayah, atau ketaat ayah kepada Illahi?.
Saya lihat ayah mememang pentingkan sembahyang sunat dan mengaji. kadang-kadang saya melihat ayah tertidur dalam duduk, beralaskan sejadah biasanya kejadian ini berlaku sebelum subuh.


Jika saya dapat menjejak dan menurut amalan ayah pada tuhannya, alangkah baiknya. kini saya sudah dapat menerima ayah seadanya,terlalu bersyukur kerana dapat bimbingan dan kasih sayang yang sempurna seperti kasih abah..tidak sedikit pun terkurang, jika abah boleh saya bawa bergurau, tidak kurangnya ayah juga begitu.

Selamat Hari Bapa ayah!
terima kasih banyak-banyak kerana selalu bersama kami di saat susah dan senang. ayah yang menyuluh kami tanpa jemu kejalan kebaikan. ayahlah contoh insan yang sempurna untuk di ikut dan teladani oleh anak cucu, mudah-mudahan panjung umur dan murah rezki serta dapat melihat kejayaan kami semua.

Terlanjur saya sudah pun menyiapkan vedio Ucpan Selamat Hari Bapa kepada ayahanda mertua saya...
Sukalah juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada suami tersayang;
' terima kasih kerana menjadi ayah yang baik kepada anak kita '.
dan
Tak lupa kapada abang-abang angkat saya dimana jua berada. Adik saya, kerabat dan sahabat handai semua.

Untuk anak cucu saya;
untuk si bapa;
Memang getir dalam cubaan membesarkan anak-anak. Mudah-mudahan anda tidak akan terpesong dari jalan yang lurus. Semuga tabah dan rapat kepada anak-anak semua.
untuk si anak:
Hargailah segala pengorbanan yang telah diuntukkan kepada anda.

OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA :

Wahai tuhan ku, yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Kau ampunkan kami kerana kekurangan dan kedaifan kami, perluaskan ilmu kami.
Kau bukakan pintu hati kami kepada kerja kebaikan.
Kau jauhkan dari pelakuan yang robik, pertuturan yang busuk.
Jauhkan kami dari hati keras dan degil
Wahai tuhan ku ,
kumpulkan kami dalam ikatan kasih yang kukuh.
Permudah dan perluaskan pintu-pintu rezki untuk kami.
Peliharalah iman kami
dan
Jauhkan kami dari pada azab dan bahang api neraka mu.

Amin........
Amin Yarabbil Alamin.


Monday, March 28, 2011

Gurindam ibu...................



















Mengingati anak-anak semua tentang hasrat ibu bapa yang tercinta.........

Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.




Apabila mereka telah lahir maka lahirlah harapan.....

Ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela


Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela

Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.




Petikan dari Syair Siti Fatimah.

Thursday, March 3, 2011

Rumusan yang akhir










Aku begitu menunggu
membiarkan senyum jadi rindu
sedih dan sayu semakin dalam
membiar luruh kehormatan ku
membisu lesu mencari arah tuju.

Telah ku biarkan perjalanan
dengan sudut hati yang tak mengerti
benarkah
ada kebencian dan kejemuan
bosan dan mengelirukan
dari manakah bermula titik itu
Perjelaskan...


Di pagi itu
Berbau bunga.
Nafas segar mu
memberi harapan.
Helai tawa mu
meredupkan ingatan....
tanpa terduga semboyan rindu mu
meniupkan buih dan titik berbisa.

Titik itu sangat pahit
aku seakan menghukum diri
dan hari ini
aku melengkapkan segalanya
kita akan berpisah
dan usah dicari titik kepunyaan ku
setengahnya
sudah ku buang mengikut arus
ombak yang pergi di Selat Teberau
setengahnya
mengikut arus yang deras Sungai Muar.

Sudah berakhir segalanya
aku tidak lagi menunggu
kau pun tidak lagi memelihara
kehormatan ku
keluhuran dan kejujuran
milekku.

Lalu
rupanya
di saat akhir ini
kau meletakkan aku
di ujong sepatu mu
untuk
terpijak oleh kebencian

Sebutir air mata ku
menjadi mahal
sekeping hati ku
menjadi beku
sebuah senyuman
menjadi asing
dan kita kini berpusing
di talian kasih yang genting.








Saturday, February 26, 2011

Khasiat Daun Kemangi











 

Tanaman yang seakan-akan beraroma limau ini agak cengis . Kemangi sangat popular di dalam masakan Indonesia, di dalam nasi ulam Betawi, di dalam ulukutek leunca dari Sunda, di dalam nasi krawu Jawa Timur, maupun di dalam bubur komplet Menado. Di Malaysia dikatakan menjadi herba terkenal masakan istana di Utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Perak di zaman dahulu kala. Kemangi juga amat terkenal di gunakan dalam masakan Siam (Thailand) sehingga kini .
Kini susah untuk ditemukan dan hampir pupus kerana tidak popular pengunaannya
di Malaysia, kemangi yang disebut juga dengan istilah Lemon Basil ini ternyata memiliki khasiat yang sangat banyak.
Rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa boleh disapu pada bahagian perut, dada, dan punggung ternyata dapat meredakan perut kembung dan masuk angin. Jika Anda memiliki masalah bau badan dan bau mulut, mengambil kemangi segar atau meminum air rebusan kemangi, dikatakan dapat mengurangkan gejala tersebut.
Menurut kepercayaan orang Jawa terutama
tukang urut tradisional yang lama menyifatkan pohon kemangi juga membantu dalam perawatan kepatahan tulang. Selain daripada daun yang di pupuk pada tempat patah ( Dengan syarat tiada
luka terbuka di tempat yang patah ) akan
membantu membaiki tisu tulang. Anda juga digalakan mandi dengan mandian daun Kemangi serta makan ikan haruan Kukus untuk mempercepatkan pemulihan tulang yang patah.
Ilmu ini di titipkan dari nenek moyang saya yang berketurunan jawa untuk saya panjangkan kepada anak cucu semua. Sila ambil perhatian kerana bidang mengurut dan perbidanan adalah kemahiran yang pernah dipelupuri oleh nenek moyang kami terdahulu.

Menurut John Henry M. dalam bukunya yang berjudul “A Dictionary of Practical Material Medical“, daun kemangi berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, menyeri payudara, dan mengurangi batu diginjal. Selain itu, kemangi juga dapat mengatasi influenza, gangguan menstruasi, sakit telinga dan sakit kepala/migrain, infeksi usus, dan gangguan
saraf.
Tidak hanya itu, aroma kemangi dapat menghindar anda dari gigitan nyamuk dan berkesan ketika anda memasuki kebun yang penuh dengan nyamuk dengan meramas dan menyapu haruman kemangi keanggota .

Untuk anda sekarang saya sajikan dengan respi nasi goreng Kemangi
enak dihidang ketika panas-panas.
selamat mencuba...
Ramuannya:
3 cawan nasi putih
8 biji Cili Api
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang Serai
10 ekor ikan bilis
garam secukup rasa
10 helai daun kemangi
1 biji telur sedang
2 sudu meja minyak masak.
Cara menyediakannya;
1. Tumbuk semua bahan-bahan
Cili Api,bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
2. Ketuk Serai dan pastikan ia pecah sedikit kerana aroma Serai akan membangkitkan rasa.
3.Leraikan daun Kemangi satu persatu.
4. Tumis semua ramuan, bawang, cili api,dan ikan bilis, garam dan apabila wangi masukkan serai, daun kemangi dan di ikuti dengan telur .
5. Masukkan nasi dan balek-balekkan sehingga rata ramuan pada keseluruhan nasi-nasi tersebut. Ketika ini gunakan api yang sederhana sahaja kerana jika api besar akan menjejaskan aroma nasitersebut.
6. Hiaskan dengan Daun Kemangi jika suka.
Selamat Mencuba...









Sunday, January 23, 2011

Cerita Kumbang dengan Bunga.


Hari ini teringatkan kisah anak-anak yang dah saya anggap macam anak sendiri. aduh.. Apa dah terjadi kepada dia (H)....
Sebenarnya menjadikan saya teringat kepada anak saya Shahirah. Saya melihat hampir 95% perangai dan perilaku saya dicetak balek oleh anak gadis saya ini. Terus terang saya katakan sekarang saya mula gentar untuk membesar remaja ini kerana melihat sebahagian diri saya hidup pada dirinya. Suami saya juga turut mengakui...aduhai doa saya semoga apa sahaja cabaran pahit yang pernah saya lalui jangan berlaku kepada anak kesayangan saya biarlah saya sahaja pernah merasai..jangan diulang lagi...jangan diulang lagi untuk anak dan cucu saya. Benar kata almarhum ibu saya sangat susah menjaga anak perempuan.

Berbalek kepada cerita Si H . Saya rasa seperti tubuh saya digaru Harimau. Calar balar dan luka habis...bahana Cinta Tiga Segi berkongsi kasihsayang... saya turut bersempati kepada anak muda yang maseh mentah ini terjebak kelaluan penuh liku dan berduri. Bukan mudah untuk meneruskan perjalanan yang kamu pileh itu...carilah jalan lain, jangan ambil suami orang. Hidup masa depan anakanda lebih indah dari melalui jalan sukar ini. Bukan sehari dua menanggung..bertahun-tahun dan penuh cabaran. Pujukan suami orang memang berlebih-lebihan kerana mereka sangat berpengalaman. Elaklah hidup dari berendam air mata kerana hidup ini hanya sekali, carilah jalan yang selesa. Masa depan yang lebih bercahaya.

Nasihat khusus kepada anak-anak perempuan saya . Berhati-hati mencari calun suami.. dan bagi anak2 lelaki saya jangan sesekali memulakan hubongan dengan wanita yang telah berpunya. Tak kiralah tunang orang atau isteri orang. Begitulah kisah dan cerita Kumbang dengan bunga kena pandai membawa diri jangan salah terjun dan membungkam ke lubok racun.