Wednesday, September 20, 2017

Kali ini ke Mersing Endau...

 8hb. Septembar 2017 @ 8.00pagi

Nak bergerak  Ke Mersing dah...selfi sikit.



Mengharap kembara Saya kali ini berhasil.  Jemputan dari Cikgu Mazelan telah memberikan harapan untuk Che Pah menjengah keluarga di Endau.  Pukul 11.00 pagi  akhirnya kami sampai di Mersing.  Saya bertiga beranak makan tengahari disalah sebuah warung yang dibuka.  Banyak warung sekitar perjalanan kami tutup.  Agak lewat dan terkocoh-kocoh kami kerana waktu Untuk sembahyang Jumaat sudah hampir.Selesai sahaja makan tengahari, kami terus ke Masjid Jamik Mersing.  Sudah tentu saya tidak dapat masuk kedalam masjid...kerana seluruh ruang majlis menjadi hak orang lelaki sebentar saja lagi...
Berada didalam kereta menanti, saya risau kerana awan semakit tebal, kehitaman dan menanti saat untuk berderai.  Sesungguhnya saya risau sebab Avanza milik suami tak pernah saya usik ...pantas suami mengajar saya, hidupkan injin, hidupkan aircon, sistem tingkap...Alhamdullilah, tidaklah begitu sukar rupanya..Alahai!. Serupa je dengan sistem kereta saya tu...cuma dia ada ciri-ciri keselamatan yang tertentu...

Wah langit semakin gelap....




Hujan mulai merintik....disaat Para Jemaah masjid bersembahyang Jumaat tinggallah saya dalam kereta bersendiri, dengan menghidupkan injin dan aircon.

Dalam manis lembut Kata-kata....


Tujuh musim berlalu
aku melonggok setiap kata-kata ku
aku kah punca gelodak di jiwa mu
penentu hampa dan keciwa
dalam manis kata-kata ku?.

Tiba-tiba aku kusut
sehebat itu sedu di hati ku
mencari-cari kesilapan
Aduhai..
ku kira aku punca gelodak di jiwa mu
rupanya aku mengirim ucapan
yang tidak layak untuk kau baca...

Lalu kau padam gelora cinta ku di saat itu.

Kini...
Aku memperlahankan perjalanan hidup ku
biarlah asmara bertenang
aku tidak terlalu bimbang
Biarlah hilang harapan yang keciwa
dalam manis lembut kata-kata mu...

Tidak mengapa

Ibarat sebatang tebu 
manisnya di kala sudah tua
Tiada apa untuk dikenang dan direnung

Mengapa perlu bimbang...
Itulah jawabnya...