Sunday, November 23, 2014

Jalan Jalan ke Keratong 1

Emmm...tak sedap langsung Korea Movie malam ni...Mata ni tak mahu tidur pula malam ni.

Rindu...rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada...tiada rasa lebih indah
bila engkau tersenyum manja....

Bawalah daku pergi dari gelisah ini
Bawalah daku pergi dari sepi hati ini
bawalah daku pergi dari setulus hati yang suci
bawalah daku pergi biar mati pun aku jalani

Jauh-jauh terasa di  hati
bila engkau tiada disini...
Shahdu-shahdu ucapan mu kasih..

Temani saya Anita Serawak. 

Kesedihan masih bertapak di hati ini. Saya bagai acuh tak acuh mulanya mengenangkan musim hujan dan separuh hati saya memikirkan untuk melupakan sahaja undangan itu.  Saya memang jenis insan yang tak suka mendesak suami.  Keputusan terakhirnya saya biarkan dia yang menguruskannya.

Jumaat 21hb. Novembar

Selepas subuh kami keluar menuju ke Sengkang.  Kabus tebal mengiring kami kerumah ayah dan ibu mertua saya.  Hujan lebat malam sebelumnya membuat saya terkejut bila keadaan rumah mak/ayah lintang pukang dan perabut beralih tempat.  Al kisahnya malam itu berlaku kebocoran zing yang tenat dirumah buruk itu.

Saya bagaimana pun berubah hati menjadi gembira bila ayah menjerit riang..." Dah sampai!....Mandi-mandi cepat!".  Begitu manja ayah masa itu.  Berbunga-bunga rasa perasaan saya.  Barangkali kalau dihadapkan ke cermin begitu manis wajah  saya agaknya.  8.30 pagi tepat kami bergerak menuju ke Segamat.  Emmmh, satu-satu nya jalan raya yang menghirit saya kegelombang cemas.  Banyak laluan yang bahaya dan kurang selamat bakal saya  lalui, maklum ada projek yang baru sedang dibina sepanjang jalan dari Sengkang ke Segamat.

Tiba di Felda Keratong satu, kami di arah ketempat penginapan kawasan perumahan kakitangan Felda yang berkembar dan baru siap.  Petang itu saya berada di dewan sekolah Kebangsaan disitu melihat-lihat persiapan yang sedang dibuat untuk Majlis perkahwinan yang dirancang.Guru-guru dan murid-murid sekolah begitu sibuk dengan tugas masing-masing bagi menjayakan majlis.

Cikgu Masita mengunakan dewan Sekolah untuk majlis perkahwinan anak lelaki sulongnya.


Tu dia saya possing sakan...hehehe.  Baju tu adik yang bungsu beri....kain nya dibeli kat Vietnam.  Hehehe...terima kasih adik!. Dalam gambar ni anda dah kenalkan anak cucu semua...Tudung coklat tu mak mertua, Tudung hitam tu anakanda Shahirah, baju kuning tu Hj. Miskon biras saya....betul ke yek biras?. Hiss...".hold " dulu kkkk....






Yang manja dengan saya tu Hajar sementara yang tepi sebelah kanan tu mak Usu Hawa....Mak Usu Hawa ni adik ayah mertua saya Hj. Ali.

Cikgu Masita, Hajar dua beradik anak Mak Usu.





Pengantin!
Di kompang oleh murid-murid sekolah Rendah Kebangsaan Felda Keratong.
Pembawa bunga Maggar juga murid-murid cikgu Masita.


Apa yang lebih menyentuh perasaan saya berada disini mendorong saya mencari anak saudara sendiri yang tak pernah saya jenguk.  Inilah pertama kali saya berziarah disini.  cantiknya rumah orang-orang disini.  Bagai berada disebuah kota batu yang didiami oleh orang-orang kenamaan...sudahlah cantik besarlah pulak.


OK lah saya masukkan gambar-gambar seterusnya ya....


Saya dengan buku catitan kemana-mana pun.   Masa yang penting ini saya selalu gunakan untuk mencari saudara mara yang baru dan alamat...mengesan salahsilah keluarga.

Majlis Maulud Nabi oleh kaum wanita dan penduduk  sini.....ada isteri anak buah saya  yang bertudung biru kundang..disebelah kiri tu....



Mak pengantin Cikgu Masita yang berbaju hitam, berkain kuning tu....






Sepupu suami saya Kamarudin dari Temiang, Muar. Hemh...line internate lembab.  Penulisan nampaknya kenalah diberhentikan.......Tunggu saya sambung ya...








Monday, November 17, 2014

Cukuplah.......

Baru je nak mula menulis.  Cari idea, cari lagu....emhhh, bila pat edit gambar maka kantoilah saya.
Spontan dikeritik dan ditegah.  Lalu hilanglah mood.....saya tutup kembali komputer saya.....Semangat yang berapi-api pun padam.  Kalau dah padam berhari-hari, berminggu, berbulan-bualan saya terbayang....tapi bila nak mula je teringat....maka bantut  angan-angan saya tadi....Hehehe, apalah saya ni, itulah punca lama saya tak muncul di blog.

Kadang-kadang rasa macam nak berhenti  menulis.  Semuanya macam tak ada makna.
Cukuplah sampai disini sayang!.  Saya sudah kehilangan semangat.....ok ke apa yang saya fikirkan ni?.

Friday, October 31, 2014

Berdayung di malam Aidil Adha.

Sabtu 4hb Oct 2014 @ 9hb Zulhijah 1435.

Kali ke dua saya bersiap-siap untuk beraya di Teratak Dib Al Qamari.   Kali ini di malam aidil Adha.  Seronok lah kata orang membuat persiapan kerana kali ini seperti biasa kami  turut mengerjakan ibadah korban buat anakanda kesayangan  Muhammad  Faiz dan Shahirah.  Sedekahnya buat Almarhum dan Almarhumah ayahanda dan bonda Tersayang. Itulah sahaja lambang kasih kami yang hidup ini untuk keduanya.

Dentam dentum guruh di langit semakin jelas sejak dari petang suasana mendung sudah ketara.  Disebabkan teramat sibuk saya melupakan apa-apa sahaja yang berlaku di luar rumah.  Selepas Isya' angin bertiup kencang.  Seperti biasa saya resah bila angin deras ini membalun ke rumah saya.  Penuh kebimbangan apabila ahli keluarga terpisah menjadi 3 bahagian.  3 anak saya berada di Rumah Ku Syurga ku, saya dan anak gadis berada di Teratak Dib Al Qamari dan suami berada Di Surau Al Nikmat.  Tiba-tiba hujan turun berserta angin menduru begitu lebat dan tepu. Di buai kebimbangan saya memerhatikan arah ke Surau kalau ada bayang-bayang suami saya disana.  Dia pasti punya payung untuk pelindungan sewaktu pulang.

Rumah kami ada ketikanya di masuki air, tetapi kami telah tahu punca dan kelemahannya.  InsyaAllah jika diurus dengan segra peluang air masuk kerumah itu adalah tipis.  Parit luar rumah sekejab sahaja sudah buntu, air hujan sudah melimpah dan air yang datang dari beberapa arah membuatkan saya cemas.  Berada di Teratak Dib Al Qamary saya tidak akan terjebak kerana rumah ini agak tinggi tanah tambaknya dahulu.  Dari remaja saya dan adik-adik tidak terperangkap dengan banjir kilat.....tetapi Rumah Ku Syurga ku dari kecil lagi saya selalu mengalami banjir kilat kerana kawasan yang rendah.

Menalipon kerumah didalam hujan...terjawab semua persoalan di kepala.  3 anak saya sedang berdayung membuang air keluar rumah yang masuk melalui celah-celah dinding rumah.  air jernih itu menyerap masuk begitu cepat.  Tidak sempat mengalihkan barangan sebab diserbu dari semua arah.  Apa kan daya banyaklah barangan terendam dan tak dapat diselamatkan.



Perabut baru yang saya beli turut terendam didalam air.  Rasa nak menangis saya dibuatnya....kualiti barang-barang sekarang memang tidak seutuh perabut lama menyebabkan saya begitu hampa, semua perabut-perabut ini baru kami beli setahun yang lalu.





Ruang bilik sembahyang juga terjejas dengan arus air dari depan rumah menyerap masuk melalui lubang air.  Sibuk kami membuang air di dapur, air dari lubang air dibilik sembahyang pula datang masuk ke hall tengah.











Alhamdullilah kami sempat melarikan barang-barang letrik yang penting-penting.  Hakikatnya disaat ini kami tidak lagi memikir apa-apa kecuali berusaha mengeluarkan air.





Di luar rumah berhampiran pagar depan sudah begini keadaannya.  Air sudah sama rata.










Titisan hujan besar-besar kelihatan seperti ombak kecil.  Ketara dibahagian belakang rumah yang di suluh oleh lampu.  Nampak jernih tetapi ...huhhhh sudah bercampur dengan air yang kotor agaknya. 






Kadang-kadang ketika air merentas masuk ini ada ikan Haruan tersesat laluan, sementara anak-anak Haruan turut menjenguk mengikut ayah dan ibu mereka. Hehehe...malam itu kami sudah terlupakan ikan Haruan sebaliknya terlonglai oleh kepenatan fizikal yang didera dan tiba-tiba.





Di bahagian sisi rumah sudah membuak-buak dan menyerap ke dinding.  Inilah hasil air dari hujan berlarutan dari jam 8.45 malam hingga ke 2.00 pagi.









Tidak pernah berlaku air naik ke garaj dan ke anjung rumah.  Malam itu keadaan  ini berlaku.







Itulah kan ramai yang mengeluh bila siang menjelma.  rata-rata kawasan Pt. Nipah bergenang air.  Banjir kilat bertahan.  Mujur air banjir yang singgah dirumah ku syurga ku dapat didayung keluar...yang sedih ada perabut yang musnah dan rebah kembang dik air.  Sebuah almari buku yang beratnya entah berapa tan tak dapat menahan berat dan diperbuat dari bahan yang tidak kalis air.

Apa pun Aidil Adha tetap kami raikan.  Alhamdullilah. 


5hb October 2014 @ 10hb Zulhijah 1435

Dihari kedua kami menyempurnakan hajat selepas magrib mengadakan kenduri Arwah.  Bila teringat terasa sebak...saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga abang N...abang Moktar, Kak Yan serta anak-anak  buahnya menyediakan juadah untuk malam tersebut.  Tetapi teramat malang Allah menduga keluarga itu sebaik sahaja juadah siap disediakan berita sedih mereka terima.....abang sulong mereka pergi untuk selamanya.  Al Fatihah ...mudah-mudah roh abang Salleh tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jemaah Surat Al Nikmat atas kesudian menjayakan majlis malam itu.

Terimakasih, terhutang  budi kepada anda semua.  Semoga Allah jua yang dapat membalasnya.  InsyaAllah.

Sedikit kenangan mengusik jiwa saya titip dalam blog ini.  Segalanya datang dari Allah untuk kita insafi.  Semoga Tok Azhar buat sesuatu bagi meringankan bebanan kami menjelang musim hujan yang tak lama lagi... ( PARIT YANG SUMBAT...Emmm itulah puncanya...)

Saturday, October 11, 2014

Uban .........

Apahal lah saya ni kan kebelakangan ni tak ada " mood ".

Dah masuk dua tahun saya jarang-jarang keluar rumah.  Kalau keluar pun akan ditemani anak-anak dan suami.  Hakikatnya perjalanan hidup berubah dan terus berubah.........

Maka sampailah saat usia saya mencecah 57 mulai tengah malam ini.  Dah tua dah.  Uban dah mencelah.  Saya menyimpan impian agar uban-uban cepat memutihkan kesemua rambut-rambut saya...tentu ada kelainan diwajah....emmm, memutih bagai kapas, cantiknya!


Thursday, August 28, 2014

Ingat Lima Perkara....

Hari ni tak sihat....untuk bangun pun anak yang tolong.  Sedihkan bila kesihatan terjejas.  Redha lah saya nak buat macamana.  Tak boleh duduk lama...tak boleh berdiri lama. Urat bengkak dan terkehel.... Tidur je lah sepanjang hari nak buat macam mana dah berumur begitulah rupanya.

Mujurlah saya sempat mejenguk kak Mon semalam.  Kak Mon nak ke Madinah 1hb. Septembar nanti.  Semoga dapatlah Haji Mabrul. 
Selamat Jalan dan mengerjakan haji buat ahli keluarga saya. Ada yang saya tahu dan banyak yang saya tak tahu rasanya.  Tak rapik.....kita macam dah jadi orang lain yang tak ada kena mengena.  Frust...but what to do...inilah kehidupan namanya.  Adik beradik pun kadang-kadang begitu rupa, ini kan pula orang lain.

Mak kata...." Betul dia adik beradik awak...tapi soal duit dia boleh jadi musuh awak ".
Emmm.......emak! rindu kat mak.  Dunia orang tua semakin terasa....barangkali usia saya bersama semua tidak lama lagi......

Kasih sayang pun benda yang tak nampak, tak boleh tunjuk-tunjuk. Kadang-kadang demi  nak menjaga hati berlakun pun ada....sebab tu nak percaya 100 % kena fikir dua tiga kali.  Dah banyak kali kena tu yang buat kita semakin kebal, baiklah berikan sahaja kasih sayang yang kita ada dan tak payah minta balasan.  Hidup ini pun singkat aje kan...entah-entah pertemuan kali ini pertemuan terakhir dengan orang yang kita kasih....atau call yang terakhir....atau gurauan yang terakhir...atau senyuman yang terakhir semuanya boleh terjadi.

Saya memilih untuk memberi dan pemberian itu anggaplah pemberian saya yang terakhir.  Kalau takdir ada sambungan kelangsungan hidup dan rezki ...Alhamdullilah.  Hemmh...sakit pun bagus kan!.  Masa ni suami anak-anak berebut-rebut nak tolong.  Kalau tidak semuanya buat sendiri.  Hehehe...tak payahlah merunggut rela sahajalah .  Upah atas dosa-dosa kita agaknya.

Sebenarnya ada banyak saya nak cerita.......Tapi noktah dulu untuk kali ini K.  Tak boleh layan jiwa sensitif saya hari ni...nampaknya agak membuak.  Tak Pe lah...dah bahagian saya agaknya, saya terima, Alhamdullilah.

Untuk kenangan saya titipkan gambar sewaktu saya jenguk  Kak Mon semalam.  Hebat perasaan saya seakan dapat menjejak langkah kak Mon tak lama lagi....Semalam tu saya sihat, bukan seperti hari ini...perasaan dan hati saya bercelaru.......

Saturday, August 16, 2014

Biarlah gambar yang menceritakan ...

21 jun 2014

Sekitar Majlis Persandingan  Farhan dan Fardiana.






Kami semua bermalam disini pada  20hb. June 2014.  3 buah bilik ditempah oleh Faisal.










Bergambar ramai dengan famili abang Zul









Keluarga Farhan










Menyambut











Bersanding









Berinai dari ayahanda Abang Zulkifli













Berinai dengan ibunda Pn. Mariam






Sunday, August 10, 2014

Dari Dewan Benquet UPM ...undangan Dato Ridza

22hb June 2014...

Saya mengalih kekuatan ke blog Buai Laju-laju kerana sejak tarikh di atas saya terasa tidak bermaya untuk menulis apa-apa di blog.  Saya menetapkan sebulan sepanjang July itu bulan kesedihan atas kehilangan kakak yang saya kasihi.  Saya tidak berdaya untuk memulakan hasil penulisan biarpun berada berjam-jam di muka komputer.

Akhirnya saya menunaikan janji sendiri dan  meneruskan hidup ini demi masa depan anak cucu-cucu agar kami tidak jauh dan jauh terus berpisah.  Kami tahu asal usul, kami tahu peristewa yang berlaku dan bertaut walaupun hanya menyaksikan berita dari jauh.  Kadang-kadang saya berasa rendah hati dan ingin melupakan serta mahu mementingkan diri, tetapi saya selalu merasakan amanah seorang bapa itu sangat besar di letakkan ke bahu saya, saya terus gigih walaupun kadang kala begitu malu untuk menghadapi.  Terasa gitir dan kadang kala menyenakkan.

Hari ini saya akan membawa anda semua anak cucu saya ke satu majlis.  Terlebih dahlu saya perkenalkan kepada anda....Nama beliau Ahmad Ridza Bin Bahari.  Bahari Hj. Nawawi adalah anak saudara sepupu saya.  Almarhum ayahnya sepupu saya dan anak kepada kakak abah saya yang sulung bernama Siti.Takdir telah menentukan rezkinya cerah dan akhirnya menerima gelaran Dato...saya tahu gelaran itu anugerah dari siapa tetapi biarlah rahsia.  Bimbang beliau tidak suka hal-hal peribadinya tersiar begitu luas.  Maklumlah dunia siber memang tiada bertepi. Oh ya....beliau juga teman sekelas saya semasa di Sekolah rendah..




Dato Ridza dan Isterinya Datin Mariam












 Ahmad Muzamil dan isteri sedang berinai
istiadat dilaksanakan oleh nenek tersayang...







Kami berkumpul di Dewan Benquet UPM  atas undangan beliau dan keluarga kerana majlis Walimah anakanda beliau Ahmad Muzammil.  Bersyukur kerana beliau mengundang saya.  Bersyukur kerana FB menghubungkan kami.  Undangan melalui FB tetap kami hargai kerana bukan mudah untuk beliau mencari kami dari rumah ke rumah.  Dalam kesibukan yang teramat sangat saya dan anak buah paham akan kesukaran itu....maklumlah saya juga pernah mengalami keadaan yang sama sewaktu menikahkan  adida bungsu saya setahun yang lalu.  FB lah yang menghubungkan kami.

Ramai saudara mara yang hadir.  Mengakulah saya ada di antaranya pertama kali saya dengar namanya dan lihat wajahnya.Walaupun mereka lebih tua dari saya atas kesudian memanggil nama saya dan tahukan kedudukan saya dalam keluarga ....cukuplah...saya sudah berbangga.  Alhamdullilah, mereka menerima saya seadanya.  Usia yang begitu jarak kadang-kadang melemahkan saya....dihati kecil saya mepersoalkan kenapa mereka tidak pandu  saya tentang famili sehingga saya tercari-cari dan merasa amat sukar dalam pencarian.  Apa pun akhirnya saya bersyukur kerana doa saya diperkenan dan diberikan kemudahan walaupun di saat awal-awal dahulu saya takut dengan pangkat dan nama besar mereka.

Sekitar ahli kerabat yang hadir....







Imam Hj. Abdullah Maskan dan anak-anak.










Saya bersama sepupu Fidza Hasrin dan anak-anak buah kami, Fida, Noraini, Habibah suami serta anak dan menantu nya.....








Kami turut berdoa agar kebahagian menjadi milik pasangan pengantin hingga ke akhir hayat.  Di meja ini ahli keluarga Pak Usu saya....Hasrin Bin Hj. Salleh.








Pertemuan diantara Dato Wahab Maskan dan ibu saudara saya Puan Pon Salmah bt Mohd. Zin.  Dari kerabat kami hanya tinggal Puan Hjh. Pon untuk kami mengadu...dan ahli kerabat yang tertua yang masih  ada buat masa ini.








Adik kesayangan saya Dr. Mohd. Salleh bersama anak buah kami Habibah dan suami.







Alahai...Fauzi berbaju coklat tu adik Dato Ahmad Ridza yang bungsu...pertama kali saya jumpa dalam hidup....emmm, rumah kami dekat je...peleknya kami tak berpeluang untuk berjumpa dan saling mengenali.  Syukurlah Allah memperkenankan doa saya dan akhirnya kami dapat bertemu juga.








Saya dan anak-anak buah.  Pertemuan ini saya merasakan sangat kekok...sebab tak kenal sebelum ini.










Terbalik kot...mereka ni anak buah saya tetapi saya terpanggil kakak pula...hehehe, keluarga 69.










Kali ke 2 saya bertemu dengan Dato Wahab...sebelum itu ingin melihat wajahnya dari dekat....tetapi tak pernah kesampaian .... 








Kami dapat juga bergambar dengan pengantin.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.




Wednesday, August 6, 2014

Cinta Unggas Malam...

Di sini aku membenamkan paruh
mengadap rumah mu yang ku lihat begitu aman
di sini aku perhatikan cantiknya dikau
di sinilah hati ku terpaut lalu ku bina sarang
agar dapat ku tatap
sekujur tubuh mu berlalu di sini

Tiba-tiba kau hadir dalam hidup ku
membuat aku rindu setiap hari
menyanyi setiap malam dalam tidur ku
menghadirkan kenyataan dan bukannya mimpi
aku tidak pernah berbohong aku menyayangi mu.

Nu jauh dibawah sana
ku intai dan ku dengarkan suara mu
yang lembut dan bisa melentur semangat ku yang bengkuk
menjadi lurus semangat yang terbiar
menjadi fokus langkah yang kecil menjadi cergas

Nu jauh dibawah sana kau tidak melihat ku
Kau tidak pernah tahu
sedang aku setiap hari
membuka pintu hati ku untuk mu.
Akhirnya kau sedar
aku hadir setiap malam dari puncak pohon depan rumah mu..
Percayalah  aku akan terus tinggal disini demi kamu.

Wahai Unggas
hadir mu membuat aku takut
Bunyi apakah itu....
adakah embun yang menitis ke lantai
atau hujan renyai
ternyata bukan...bukan dan bukan.
Begitu asing bagi ku
lama aku meniti hidup
pertama kali aku mendengarkan nyanyian mu
semalaman tiada berhenti langsung
tidak menyakiti pendengaran ku
semakin malam aku terus menanti
kau ulit ku hingga dibuai mimpi.
Wahai Unggas Terimalah jawapan ku
Terima kasih ku atas kesetiaan
jangan kau bunuh rindu ku
biar pun kau malu pada ku....
teruslah tinggal disitu seberapa lama kau mahu.









Saturday, July 12, 2014

Apa nak jadi...emmmmh..

Diam tak diam dah 7 tahun saya  kembali menulis.  7 tahun juga saya  baikot barangan keluaran israel.  Terus bersempati dari masa saya  remaja hinggalah kini.  Jahatlah hati orang-orang itu.  Dia orang nampak manusia tu macam rusa agaknya.

Apalah yang dapat saya buat.  Setakat sempati tetapi tak boleh membantu.  Minyak, beras, kain baju, makanan dah bercampur aduk....dah tak nampak  sesiapa pun, main beli dan pakai demi kehidupan yang ada.

Membunuh wanita dan kanak-kanak, kerja yang paling zalim dan gila darah.  Semakin ramai yang dibunuh mereka semakin gilakan darah. Motif mengurangkan produk anak oleh orang Palestin barangkali berkesan...tetapi perbuatan  itu amat terkutuk.  Mujurlah negara kita aman tetapi belia nya ramai yang berpelesiran, akhlak semakin runtuh....dan tiada perkerjaan tetap tidak mustahil membentuk gaya hidup yang radikal seperti orang  Palestine  jika kesempitan hidup.


Saturday, June 7, 2014

Terlanjur bercerita tentang FB...selalu maafkan saya ok...

Dah lama tak demam.  Kali ni demam kejab ok..kejab tak okey.  Si bujang mula sorok Panadol. 
" Tak boleh mak...asyik ambik Panadol...ni 100 plus ". ( segelas air jernih ) dibawa kemeja komputer saya.Saya saja-saja mengadap komputer, terasa kosong perasan, sambil melihat-lihat ruang FB  apa status yang ditulis oleh anak buah, saudara mara dan sahabat FB.  Berbanding dengan sahabat FB yang rancak menulis status selain saya adalah saudara mara saya.  Jarang-jarang sahabat-sahabat masuk campur dalam gurauan kami.  Sesekali saya terfikir perlukah saya mengimpan sahabat-sahabat FB ni jika saya sendiri sebenarnya tak pandai berkawan dengan mereka.  Mereka hanya diam-diam melihat saya serta keluarga bergurau ,saya pula kekok untuk menyapa seakan tidak ada modal perbincangan untuk dibicarakan. 

FB...ada yang mencapai ribuan rakan.  Saya hanya menyimpan 247 teman dalam halaman saya.  Teman FB boleh di kira dengan jari, bekas teman sekerja juga pun boleh dibilang dengan jari.  Hairannya ada sahaja benda yang nak diceritakan setiap hari.  Anak kesayangan saya yang menghantar "100 plus " sebentar tadi pernah berkata...

" Inilah mak saya yang selalu ada saja menulis dihalaman status FB nya ".  Sambil dia mengoncangkan bahu saya.  Rutin bagi saya melihat sekejab FB selepas subuh, Sebentar menghayati siaran TV ruangan Bismillah dan Tanyalah ustaz....kemudian melakukan kerja rumah sambil teruskan on kan komputer, selepas terasa lepak saya singgah sekejab menjengah FB....biasanya saya teruskan kerja sehingga siap masak juadah tengahari. Jam 12 saya pastikan berada di TV saluran 7 untuk merehatkan minda dengan drama Korea....Selepas itulah waktu-waktu senggang saya bermula dan kembali ke komputer selalu melihat FB.

Satu waktu dulu sewaktu suami belum bersara dia fikir saya sentiasa mengadap komputer, puas saya terangkan dia macam tak percaya.  Sebenarnya saya tidak boleh lama berada terpaku dikerusi, saya mudah mengantuk.  Itulah  sebabnya saya kena aktib.Hari ini suami saya sudah pun paham sesungguhnya saya seorang wanita yang punya kerja yang berjadual.  Bila kena sindir dulu-dulu rasa nak menangis juga tapi kena bersabar maklumlah bila kita bersendiri siapa yang boleh percaya kan?.

Memunggut pengalaman dari FB saya rasa ada banyak perkara kena kita batasi. Selain dari menjaga solaturahim kita kena menjaga peribadi sendiri.Batas pergaulan perlu ada demi menjaga hati teman-teman kita.  Ingat jangan jatuhkan maruah kawan.  Saya akan unfriend jika saya dapati ianya tak sealiran dengan citarasa saya sekalipun mereka anak buah saya.  Saya minta maaf banyak-banyak andai anda dapati saya unfriend anda ....ada sebab-sebab yang tersurat disitu mengapa tiba-tiba saya bertindak sebegitu, sekalipun anda anak buah kesayangan saya.  Saya adalah ibu kepada anda kena menapis setiap yang masuk ke FB saya  kerana sayangkan anak-anak saya yang lain......

Seperti orang lain saya juga kadang-kala ada buat salah dan bergurau melebih batas terutama diantara saya dengan saudara mara saya....mungkin sebab kami dah terlalu biasa.  Saya harap kawan-kawan FB saya tidak ambil hati atau memberi perseksi yang tak baik untuk kami.  Kami sebenarnya dah terlanjur mesra begitulah jadinya...

Saya minta maaf  jikalau saya buat silap, sebenarnya saya selalu berada dipertengahan, jarang-jarang menyentuh bidang Politik, saya mengikuti tetapi saya tidak suka mencampur aduk politik ke FB saya.  Ruang FB saya adalah ruang bersantai sambil bertukar-tukar fikiran.  Itulah  yang lebih tepatnya.











Sunday, May 18, 2014

Bila Berlari Dalam Botol.....

Hidup ini kadang kala menakutkan.  Bila saya rasa takut saya bermohon pada tuhan ...ambillah saya  sekarang, biarpun saya belum cukup sedia.   Saya ingin saja menyerahkan diri secara sukarela.   Semakin hari semakin saya takut untuk menempuhnya.  Terasa urat darah saya semakin sempit, tubuh badan saya selalu membatu, makanan yang saya lapah sering saja  tersekat di Kerongkong.  Semakin saya berusaha untuk bangun akan datang lagi cubaan demi cubaan.  Saya cuba lari-lari ibarat berlari dalam botol yang ditutup mulutnya dengan jaring......mengelit putaran,demi putaran akhirnya tersekat oleh ruang yang sempit dan tersepit...................


Emm, barangkali inilah tugasan yang terakhir....bertahun-tahun saya bersabar dan mengumpul kekuatan. Saya jarang-jarang keluar rumah bersendiri kebelakang ini sebab bila saya  keluar ada hamba Allah yang mengekuri, entah dari mana dia keluar ...Saya pun hairan...saya  tak tau mana rumahnya...tak tahu namanya...tak tau siapa ibu bapanya semuanya persoalan bagi saya.  Akhirnya saya menetapkan diri hanya akan keluar bersama suami sendiri....Hidup yang menakutkan ini bermula sejak saya kembali ke Pt. Jawa kampung halaman tersayang dan lebih gagat selepas saya bersara.... Siapakah dia itu dan menakutkan?.  Entah...

"  Hey, buat apa kau biorkan aja rumah mak abah kau tu?". 
Dia bercakap bila saya tertoleh kearahnya wajahnya satu ketika didalam pasar.
Tergamam tak dapat berkata-kata.
"  Rumah tu entah-entah dah ada penunggu ". Runggutnya.
"  Baik kau sewakan aje dapat juga duit bulanan ". Dia mencadang.
Dalam ketakutan saya  menjawab. 
"  Oh, maaf tak sewakan.  Rumah tu tepi jalan sangat ".
Lutut saya sebenarnya mengigil. Siapalah dia ni.......Allahuakbar.  Saya tak fikir dia minat saya yang dah kerepot ni....tetapi kenapa dia tahu aje waktu dan masa saya keluar rumah.  Misteri kan?.

Akhirnya saya menjadi insan yang terkongkong dan mengongkong diri demi dia.  Beberapa kali jika saya keluar dengan suami saya terpandangkan dia....dia lecek menghilangkan diri dicelah-celah orang ramai dan hilang dari pandangan.  Tidak sempat saya tunjukkan kepada suami insan pelik itu. 

Akhirnya saya membuat keputusan untuk membetulkan rumah pusaka ayahbonda itu.  Apa pun orang kata tentangnya,itulah rumah saya dan sayalah yang berhak membuat keputusannya.Inilah barangkali  pengorbanan yang terakhir buat adik-adik tersayang.......Harap-harap adik-adik sudi menjenguk rumah yang buruk dan bobrok itu setiap kali balik ke kampung dan sudi bermalam didalamnya.  Rumah itu pemberian abah pada mak...sewaktu abah baru-baru meninggal, saya  mengajak mak tinggal dengan saya  di batu Pahat.
Mak menolak....mak cakap pada saya.....
" Abah dah tinggalkan mak rumah, tak pe lah awak pergilah kerja.  mak tak apa-apa ".  Dengan separuh hati saya tinggalkan mak bersendiri dirumah itu dan mengulangi pulang balik dua tiga hari sekali dari Batu Pahat.


Aduiiii.........Izinkan saya bercakap mak dengan walaupun hanya didalam mimpi.....Bolehkan?.

Mak!.

Mungkinkah  ini tugas saya paling akhir.  Terasa berat amanat yang terpikul dibahu untuk adik-adik tersayang  Alhamdullilah saya diberikan kekuatan....dari hari ke hari saya merasakan tidak ada kekuatan untuk memikulnya.  Berilah jalan pertolongan  restu dan doa agar saya serta adik-adik terus kekal berkasih sayang.  Terima kasih kerana menghadiahkan saya adik-adik yang baik.  Tidak pernah bertengkar dan marah serta berkasar dengan saya.  Seakan saya tidak mahu berpisah dengan mereka selamanya.  Kasih yang tumpah dari saya tak dapat mengantikan kasih mak kepada mereka...saya tahu!.
Tetapi sudah mencuba seadilnya untuk semua tidak terkecuali walaupun hanya seorang adik angkat, sebagaimana pesanan itulah saya takbirkan.  Saya mohon maaf kerana saya tidak berdaya menjadi kak long yang terbaik......

Inilah rumah buruk mak dulu....




 


Dinding-dindingnya sudah rapuh











Bilik tidur begitu uzur.  Dinding sudah koyak disana sini.








Inilah rupa tingkap yang masih bertahan menyimpan sedikit barang kepunyaan mak disini.  Alhamdullilah tingkap ini bertahan dengan amanah yang mak serahkan padanya.....dan tidak terkopak serta runtuh ditiup angin kencang yang datang dari tanah kosong cina tu....






Masa mak tinggalkan dulu rumah ni berlansirkan cantik, sewaktu saya masuk kerumah ini langsir sudah reput.







Saya minta maaf mak....Baju Songkit yang mak belikan untuk saya yang berhelai-helai itu,satu pun tak dapat saya selamatkan, bantal-bantal yang mak jahit pun habis musnah.  Katil untuk saya pun sudah saya binasakan kerana tidak lagi selamat untuk digunakan.....  maaf mak sebahagian dari isi rumah ini usang dan tak dapat diguna pakai lagi.  Maafkan saya kerana tidak menjaganya.  Saya tahu mak sayangkannya, tetapi saya tidak mampu menjaganya.

Mak,saya dah pulangkan semula dan baiki imej mak.  Rumah mak sudah cantik.  Terima kasih kerana menjadi mak saya yang tercinta.  Mak sudah membesarkan saya.  Merawat saya ketika sakit.  Memberi duit semasa saya kesempitan, memberi tanah untuk  dirikan rumah, menjaga anak-anak saya dengan penuh kasih sayang, tidak pernah merunggut lapar, sakit, atau kesempitan.

Mak terima kasih kerana selalu tenang membuat saya boleh berkerja dengan tenang mencari rezki, saya selalu balik lewat, bertugas lebih masa, saya tak dapat merawat mak semasa mak sakit , biarpun diri ini bergelar juruawat, saya tinggalkan mak seorang dirumah bersendiri sekalipun saya tahu mak saya lumpuh.....tetapi saya melihat mak redha atas segalanya dan pasrah akan takdir yang tertulis..  Itulah kekuatan saya sebenarnya, bila saya kena marah masa bertugas saya ingat nak berhenti kerja dan menjaga  mak......mak kata " tak pe mak doakan awak ". Bila saya rasa terdesak dan nak panggil kakak-kakak sepupu untuk melihat dan menjaga mak...mak kata " jangan susahkan dia orang, mak tak apa-apa ".  Kadang-kadang saya rasa sangat tertekan dengan kesabaran mak.

Mak, ini rumah baru mak....






Inilah dewan yang kosong













Inilah sebahgian dari sudut rumah yang diubah suai.














Beginilah rupa ruang dapurnya sekarang








 Mak, saya mengubahnya hampir 90% dari rupa bentuk rumah ini.  Hilang semua yang abah tinggalkan untuk direnungkan kembali. Bagaimana pun keaslian dibahagian hadapan saya kekalkan....saya memilih hijau warna seperti taman Raudah Masjid Nabawi menghias rupa rumah dari sebelah luar hadapan...sementara di bahagian dalam saya kembalikan kejadian manusia dari tanah  dan pokok ... saya hanya menyimpan perabut lama yang masih baik. 

Quran kecil itu saya kembalikan ketempat asalnya ...itu kenangan dari abah.  memegangnya kembali  berat rasa dada dan saya mengakui tergenang air mata terharu sewaktu saya menyentuhnya.  Quran buruk dan kitab-kitab lama yang masih boleh diselamatkan saya simpan kembali untuk dirujuk kemudian hari.

Mak, Alhamdulliah Jiran-jiran saya yang baik telah berkunjung kerumah ini.  Majlis kenduri Arwah telah pun dilaksanakan.  Semoga bahagialah mak, abah, atuk2, serta muslimin dan muslimat yang disana.  Mudah-mudahan Amal yang sedikit diterima Allah.

Malam itu tak banyak gambar yang diambil.  Hanya inilah yang dapat dititipkan.  Saya berterima kasih kepada insan yang membangunkan semula rumah ini, En, Nasir, Yusof, Nain, Zaidin dan Wan, Dari titik peluh, ketahanan mereka dari kepanasan bahang matahari akhirnya rumah ini siap dalam masa 4 bulan setengah.



Kami bergambar ramai dengan En. Nasir dan pembantu-pembantunya serta keluarga .Tetamu malam itu Pak Unggal adik bungsu mak dan isteri pun ada.  Maaf mak, anak-anak-anak lelaki mak tak ada malam tu.  Adik Amat sakit, dia  di wadkan di hospital dan Salleh tak ada cuti. 





Inilah rupa rumah kita sekarang Mak...saya luruskan mengikut keluasan tanah kita. . Tak mahu melambatkan perjalanan mak dan abah ke Syurga.  Biar deras masuk dan berada didalamnya.... nantikan saya dan adik-adik serta 7  cucu ya mak!.






ini bahagian belakang rumah kita sekarang ikut tiang sempadan....insyaAllah.



Ini bahagian hadapan.  Masa ini belum siap sepenuhnya.  Sekarang ini sangat cantik...tiang Roman dekat Paker tu diwarnakan  seakan-akan tiang-tiang di Raudah.  InsyaAllah mudah-mudahan Allah berikan keberkatan dan rahmat yang melimpah keatas rumah ini seperti dahulu.






Alhamdullilah.  Doakan saya dan adik-adik terus jadi anak yang soleh dan soleha.  Mudah-mudahan cucu-cucu juga soleh dan soleha.  Damailah mak dan abah disana, kami akan berusaha untuk mak dan abah, insyaAllah.  Saya tahu Allah sayangkan saya dan adik-adik dan selalu memberi yang terbaik.


                  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Emm...beremosi saya petang ini.  Maafkan saya.  Disaat dihempit kesedihan saya tak dapat sembunyikan apa-apa, sedikit resah gelisah yang menjenguk dan air mata menjadi teman saya akan mengurangi hiba...serta  fokus pada fikiran yang positif  saya sedia  berdaya tahan melawan kesedihan.  Sekian untuk petang ini dari blog Buai laju laju.








Sunday, April 13, 2014

Siapa bilang aku tak sayang....

Tak paham kan jiwa saya....................dalam blog ini saya lebih banyak bercerita topik yang ringan dan kalau boleh bukan cerita-cerita lara.  Tajuk-tajuk ringan dan tidak memberatkan jiwa.  Lari dan lari dari tekanan sangat penting dalam hidup.  Cari pengalaman baru dan baru, barulah terasa hidup ini manis sebenarnya jika kita menyambut cabaran.  Satu hari kesatu hari yang lain kita tak ditemukan dengan benda yang sama sahaja, jika terjadi betapa hidup ini membosankan.

Yang saya tuliskan juga kadang-kadang bukanlah hal-hal peribadi saya. Kadang kala ia begitu mempengaruh jiwa pembaca.  Kelihatan itulah saya yang berada dalam cerita.  Tak tahu dari mana saya pelajari tiba-tiba saya ujud dalam sebuah cerita. Okey.....hari ini kita renung-renungkan topik diatas ya!.

Saya pernah janji dulu untuk bercerita tentang Jodoh.  Apa pun dasar cerita ini bermula dari kisah anak-anak buah saya semasa saya bertugas dulu ....dalam usik mengusik saya teringat kembali kepada seorang dua staff saya yang dah tertulis menjadi isteri kedua.  Jodoh sebagai isteri ke 2 ni penuh dengan rahsia.  Saya rasakan untuk diri saya memang saya tak tertanggung.  Mulut banyak ditutup dari bercerita . Hatinya sentiasa sebak dan berbuku.  Jarang-jarang tersenyum dan bergembira.....  Saya melihat hidupnya kalam kabut dan sentiasa takut.  Koreklah apa yang diresahkan  dia tidak akan buka rahsia.  Pahitnya madu untuk ditelan.

Hemmm....itulah sebab saya menasihatkan mereka dulu jangan ambil suami orang....kecuali isterinya meminang anda...tapi ada ke benda begini?.  Jarang-jarang wanita itu rela dimadukan.  Saya amat bersempati bila melihat dunia perkahwinan yang dilalui mengganggu prestasi perkerjaannya.  Kerap kali mereka adalah staff yang bermasaalah dalam tugas.  Saya hanya dapat luahkan pengalaman untuk isteri yang di madu ya...tentang suaminya saya tak tahu.....sebab saya selalu ingatkan abang-abang, adik-adik lelaki, anak-anak buah agar menjauhinya.  Setakat ini yang rapat dengan saya begitu setia dengan pasangannya yang satu .Alhamdullilah...harap-harap kekal lah kan jadi suami dan bapa mithali jangan suami yang menzalimi,emmmm......fikir-fikirkan!. 

Okey.....yang penting nya tujuan saya menulis kali ini adalah......nak mengucapkan tahniah kepada anak-anak didik saya semasa bertugas dulu yang dah pun menemukan pasangan masing-masing dan Alhamdullilah TIDAK BERMADU ......Terima kasih kerana mendengar nasihat saya dan memilih pasangan masing-masing yang sesuai.

4 dara comel loteh dari berbagai negeri tak payahlah saya sebutkan nama mereka kan.... adalah anak didik saya yang terakhir dalam jawatan tempuhari.  Sebenarnya saya selalu bimbangkan anda sehinggalah anda semua sudahpun menemukan jodoh masing-masing. Alhamdullilah semoga berbahagia hingga ke Jannah

Siapa bilang abang tak sayang kan!......lagu memujuk ....bahaya lagu ni K. Hehehe...tapi saya suka sangat kat lagu ini. ....tak ada kena mengena dengan siapa tau...hehehe.  Pujukan macam tu lah buat ramai gadis terpaut... Betul tak?.

Cerita ni hanya satu episod dalam  dairi kehidupan saya, kebetulan terjumpa...perjalanan hidup orang bermadu tak semestinya sama....ada yang isteri pertama pula terkulai kasih sayangnya ditasik madu dan madunya bermimpi indah  bermandi di lautan biru....entahlah jangan fikir sangat key!.

Terima Kasihlah sebab bersama saya sejenak tadi.  Bagaimana pun rezki dan perjalanan hidup sesorang telah pun tercatat di Loh Mahfoz... sebagai hambanya memang pun tak dapat menolaknya kecuali dengan doa dan usaha yang diterima Allah.


Saturday, March 22, 2014

Semut Api dari Bachuk ke?



Macam mana Pak Cik Tariman boleh berjalan tak pandang ke lantai....Ya Allah, punyalah banyaknya Semut Api disitu .

Saya menuruni anak tangga ..terus je menangkap lengan Pak Cik...hehehe, berlapik tau...(JANGAN INGAT BUKAN-BUKAN )....

Allahuakbar, Pak Cik tu melompat terkejut.....saya juga turut terkejut. Adui kami berdua jadi tumpuan seketika.

Pak Cik kenapa tak tenguk bawah lantai masa berjalan.....Tiba-tiba saya tercakap Jawa
" Pak Cik nanti semut cokot!". 
Semua mata tertumpu pada kami berdua.  Inilah peristewa yang tak mungkin saya lupa dalam hidup. Hafizah Ariffin majlis pertunangan anda membawa kenangan lucu buat Mok de....

Tahniah atas pertunangan kamu.  Semoga sampai hajat membina istana bahagia ya!

Wednesday, March 5, 2014

Nasib Si Mentadak Mentadu....




Petang-petang ni bagus juga dengar lirik lagu ni....
(Al Fatihah buat abang Ahmad Jais.)

Emmm...hilang stress dan mengantuk.


Nasib Si Mentadak Mentadu hilang gaib entah kemana...kot termakan umpan di air Tenang...

Tuesday, March 4, 2014

Ce Tenguk!

Selamat Pagi Semua...........ce tenguk, hehehe

Mentadak Mentadu macamana blogger Tidur!


Hemmmm.... Si Mentadak  yang cerdik.......


Nampak tu dia baca dulu kat Monitor...















Gaya 1




 








Gaya 2













Gaya 3













 Gaya 4
Macam borring je!
Nak belah lah tu!....hohoho, sampai hati!.













tak tahu lepas tu Mentadak Metadu hilang kemana.......

Sorry curi masa anda sekejab.....Selamat Bertugas ya!.
Bertugaslah dengan ikhlas!. Mudah-mudahan hari ini hari yang bertuah untuk anda....

Monday, February 17, 2014

Kita berbual kosong Alif....

Emmm...saya buat soalan dan saya jawab soalanYeH!.

Beginilah .....Boleh tak bagi " free" kat saya menulis apa-apa saja ?.

Sekarang ni saya selalu rasa terkongkong sebab bila saya menulis ada-ada saja  teguran...
.
Kenapa awak menulis tentang itu?..

Alahai ...saya tak rasa "free" bila selalu sangat nak jaga hati.  Sedikit kelonggaran mungkin saya lebih bermotivasi dan pergi jauh dibidang yang saya minati....

Tak ada cerita lain selain dari cerita keluarga ke?

Ada.  Banyak saya nak cerita.  Semuanya menjadi khazanah di hati saya.  Berat sangat timbangan nya di minda saya.  Emmm.....apakan daya!.

OK saya juga nak beritau ada setengah cerita tu bukan cerita betul pun ....ada yang saja saya olah. Ada yang saya fikirkan untuk menjadi panduan dan pedoman anak-anak saya serta rakan-rakannya.
Fokus utama saya ialah untuk membantu anak-anak saya.  Mungkin mereka tidak mambacanya sekarang tetapi saya harap bila saya tiada nanti mereka rajin menjenguk, dan memberitau cucu-cucu saya ....saya ni suka menulis....kot-kot lepas tu sudi pulak mereka menghadiahkan  Al-Fatihah buat saya!.  Alhamdullilah jika menjadi kenyataan.
Melihat sekeliling dunia sepi saya kadang-kadang saya  meragam juga ....saya harap sangat insan-insan kesayangan yang tahu anda selalu dihati saya, tidak tersinggung melalui  tulisan-tulisan saya.  Anda lah segala-galanya bagi saya , jika tersinggung gelap seluruh hidup saya.....Anggaplah disini medan perjuangan saya...kalah atau menang memang pun saya hanya bertanding sendiri.... 




Ibarat  Okid di rimba berkongsi kehidupan dengan objek dan subjek di sekelilingnya.....Itulah dunia keserasian saya yang tak pernah mendambakan apa-apa.


.

DULU KINI DAN SELAMANYA
.



 

Friday, January 24, 2014

Sekeping Hati Yang tidak Pernah Berbohong.

Kulitnya lengkap
Isinya sedap.
Aku meraba-raba
sejak bila aku terasa hiba.
Saja-saja  tiada awalan
juga tiada akhiran.

Suggul bila jengukan malam
bercerita tentang kepalsuan
biar begitu masih manis terus merindu
sedu itu mengosok telinga
menusuk di kalbu
akukah itu
yang berjanji
wangi.

Sekeping hati
tidak pernah berbohong
datang mencari bukti
seorang kekasih
yang ku tinggalkan pergi.

Sekeping hati
Tidak pernah berbohong
terus berungkai
menjadi kepingan harapan
biarlah jadi  pelengkap kasih dan sayang.