Friday, October 27, 2017

Jadi Nyata....

Bukan mudah mengatur lidah untuk memujuk.Berhari-hari berminggu dinantikan dengan penuh kesabaran.
"Ayah dah tua, ayah takut mati disana...nanti susahkan anak-anak nak mengurus jenazah ayah.....".
Terharunya!

Ayah please....Kami diam, tenang.
Tak berani mengulas.  Bimbang hati kecilnya terguris.

Terus menunggu...
Akhirnya berjaya memujuk. 
Dia lebih dulu " smart " mengurus diri.  Wajahnya ceria pagi itu. 
Tarikh bersejarah 24hb Oct 2017 @ 4hb Safar 1439.

Kami menuju ke Kuantan!.
Dia duduk disebelah kiri pemandu dengan penuh tumpuan.
Tak kedengaran sepatah ayat pun dari mulutnya...sesekali suami bertanya soalan-soalan yang menjemukan...dia akan balas " tidak..lum ". Suami akan target tempat untuk berhenti berehat...

Heheh...

Kami tiba hampir-hampir waktu makan tengahari.  Hafiz cucu ayah  dan isteri sudah siapkan juadah untuk makan tenghari. Alangkah bahagianya bila dapat " cut bajet " membeli makanan hari ni...

Malam itu....Cicit meriah bergurau-gurau depan Oyang.   Itu lah ayah kami , memang selalu lain dari yang lain. Tak seorang pun tahu apa isi hatinya.  Bagaimana pun sifat pemurah, pengasih dan penyayang itu lah menjadi penghibur kami.
"Love you ayah!".






Lihat....cicit terjerit-jerit bergurau dan Oyang terus melayan penuh kasih sayang...jarang-jarang ianya berlaku.  Oyang selalu je ingat mengaji...malam ini dia mengambil kesempatan melayan cicit-cicitnya.




Hafiz cucu ke 2 daripada anak pertama ayah (Kak Aishah )....
Masa kecilnya banyak masa dihabiskan dirumah atuk. Ayah rapat dengan cucu lelaki ini.  Doa pun melempah ruah untuknya...agaknya le...
Cucu kesayangan kot!.
Hahaha...memiliki 58 orang cucu, yang paling dia ingat adalah Hafiz dan teringin kerumah Hafiz...

OK akhirnya sampai juga hajat cucu dan Dato  kan?...Alhamdullilah.
Terima kasih Hafiz terima kedatangan kami...Semoga pertemuan yang barkah menjadi kenangan dan ingatan yang abadi.






Wednesday, September 20, 2017

Kali ini ke Mersing Endau...

 8hb. Septembar 2017 @ 8.00pagi

Nak bergerak  Ke Mersing dah...selfi sikit.



Mengharap kembara Saya kali ini berhasil.  Jemputan dari Cikgu Mazelan telah memberikan harapan untuk Che Pah menjengah keluarga di Endau.  Pukul 11.00 pagi  akhirnya kami sampai di Mersing.  Saya bertiga beranak makan tengahari disalah sebuah warung yang dibuka.  Banyak warung sekitar perjalanan kami tutup.  Agak lewat dan terkocoh-kocoh kami kerana waktu Untuk sembahyang Jumaat sudah hampir.Selesai sahaja makan tengahari, kami terus ke Masjid Jamik Mersing.  Sudah tentu saya tidak dapat masuk kedalam masjid...kerana seluruh ruang majlis menjadi hak orang lelaki sebentar saja lagi...
Berada didalam kereta menanti, saya risau kerana awan semakit tebal, kehitaman dan menanti saat untuk berderai.  Sesungguhnya saya risau sebab Avanza milik suami tak pernah saya usik ...pantas suami mengajar saya, hidupkan injin, hidupkan aircon, sistem tingkap...Alhamdullilah, tidaklah begitu sukar rupanya..Alahai!. Serupa je dengan sistem kereta saya tu...cuma dia ada ciri-ciri keselamatan yang tertentu...

Wah langit semakin gelap....




Hujan mulai merintik....disaat Para Jemaah masjid bersembahyang Jumaat tinggallah saya dalam kereta bersendiri, dengan menghidupkan injin dan aircon.

Dalam manis lembut Kata-kata....


Tujuh musim berlalu
aku melonggok setiap kata-kata ku
aku kah punca gelodak di jiwa mu
penentu hampa dan keciwa
dalam manis kata-kata ku?.

Tiba-tiba aku kusut
sehebat itu sedu di hati ku
mencari-cari kesilapan
Aduhai..
ku kira aku punca gelodak di jiwa mu
rupanya aku mengirim ucapan
yang tidak layak untuk kau baca...

Lalu kau padam gelora cinta ku di saat itu.

Kini...
Aku memperlahankan perjalanan hidup ku
biarlah asmara bertenang
aku tidak terlalu bimbang
Biarlah hilang harapan yang keciwa
dalam manis lembut kata-kata mu...

Tidak mengapa

Ibarat sebatang tebu 
manisnya di kala sudah tua
Tiada apa untuk dikenang dan direnung

Mengapa perlu bimbang...
Itulah jawabnya...






Tuesday, August 15, 2017

Cucu Nenek Wangi 3

 

 

7hb July 2017....7.7.17 Jumaat yang barakah, lahirlah cucu pertama nenek Wangi. Alhamdullilah...seperti ayahnya talipusat melilit  leher Aniq.  Tali pusat pendek membuat para doktor memilih untuk melahirkan Aniq melalui pembedahan. Berat lahir 3.6kg nampak Aniq lebih besar dari baby yang lain....Overdue 5 hari, kulit Aniq sedikit melocak kering.





Hari kelima selepas kelahiran tali pusat Aniq tanggal.
Hari kelima juga Aniq bebas dari masaalah jondisnya. Alhamdullilah Kina pun nampak sihat sepanjang masa pantangnya.


Hari ini dah 15 July.  Habis tempuh pantang Kini.  Baru lah lega hati saya.....macam mana pun Kina masih perlukan Ikan Guan. untuk jadi ubat, Terima kasih adik  Kak Kina Hafis dan ayah kerana tak jemu-jemu menangkap kan guan tuk Kak Kina.



Cucu  nenek wangi...cepatlah besar ya!.

Saturday, July 22, 2017

Nenek Wangi 2....



Terharu....baru je saya mula menulis di blog...blog ini sudah di lawati oleh peminat tegar.  Terima Kasih.

Barangkali dia mengejar saya yang dah hilang dari FB.
Mengakui di FB jiwa raga saya tak setenteram menulis di blog. 


Emm...ketika ini muzik instremental Omar Akram "Passage into midnight" cukuplah untuk menjadikan saya tenteram dan damai.
Cukuplah dulu pertemuan kita...
Tunggu kemunculan saya malam esuk...insyaAllah.

😛😛😛😛😛😝😝😝
Saya mohon kemaafan ya...apa yang dirancang selalu tak menjadi.
Kita sambung kisah yang dah lama kita tinggal tu...
Terimakasih Pak sedara, adik-adik, ipor duai, anak-anak sedara yang ikut sama rombongan akat nikah abang long nie...Doa anda lah sebenarnya buat kuat hati kami sekeluarga.

Selamatlah majlis Pernikahan Aie kat Bukit Naning pada hari raya ke 4. Majlis ringkas je kami buat...menikah di surau berhampiran.

 

Kami bergambar kenangan sebelum bertolak ke Pt. Zain, Bukit Naning, Air Hitam.






Nampak tak pelamin ....

Pelamin ni air tangan kerabat.
Terima Kasih  Cik Ana & anak-anak.
Adik baby Amini dan adik Faiz.
Sibuk kan?...heheh.
😍



ni dia yang menjadi tulang belakang majlis 16hb July tu...adik beradik ayah Aie dan anak-anak (sepupu).





Alhamdullilah.  Terima kasih ya.

Kami mulakan dengan majlis Tahlil dan doa Selamat.
Terima kasih kat pak-pak sedara, kerabat kedua-dua belah pehak dan jiran tetangga yang menjagakan majlis tu..moga Allah balas atas setiap kebaikan anda nanti.














Tetamu....







Tenang....tak de apa-apa muzik mengiringi majlis kami..





Tamu yang istemewa....

Hamdan Raja Abdullah

(Pak sedara ayah Aie dari kerabat Tok Raja Long, Temiang Muar. )
Kerabat sebelah ibu....







 

Yang Berhormat Haji Ismail Muhammad...
Sepupu ayah Aie 

 dari sebelah ayahnya.




Ni pulak Abang Shamsuri Majid dan Kak Jah..X DJ radio Melaka.Tahun 70han dulu.
Sifu saya semasa bergiat dalam penulisan drama dulu.
Semoga abang Sham sihat...lama tak call dia...emmm tak pernah lupa akan jasanya..




Ni abang Ya (zakaria) sepupu saya...dan yang berkupiah tu Pak mertua saya...

Selamat berkenalan semua!.




Tetamu jauh ni...dari Terengganu, sekali lagi menjadi tulang belakang saya...dia selalu ada untuk saya...Semoga Allah jaga dia untuk saya...
Zainab Ngah..terima kasih.






Anak-anak yang bertugas melayan tamu ....
Terima kasih ya..





Kalau ikut hati...semua nak saya masukkan dalam blog ini siapa yang Hadir.  Apa kan daya...Nenek Wangi kena juga menutup  wartanya yang ringkas ini...untuk masuk ke episod yang seterusnya...Nenek Wangi 3.

Sekian tuk malam ini...salam sayang!.💜




Cerita Nenek Wangi 1....



Kejab je setahun berlalu....dah jadi nenek dah saya.
Alhamdullilah.  Lum sempat pun muatkan gambar-gambar perkahwinan Aie...
Bertekatlah saya mengumpul sikit kenangan di majlis persandingan Aie untuk kenangan sanak saudara kalau masih ada berkunjung ke blog kesayangan saya ni. Dah tak ada sesiapa yang singgah ke sini sejak kebelakangan ini...heheh

 

16 hb Julai tahun lalu 2017 bersamaan 11 Syawal 1438.....Kami mengadakan majlis resepsi meraikan pernikahan Aie dan Kina.





Kek di deco oleh anak buah saya
yang lebih dikenal di Muar ni dengan gelaran Mat Oven..boleh tahan juga gelemar gak kan...






Ni lah rupa kek nya dari dekat....Terima kasih Mat Oven.








Ok seterusnya, ni lah nilai sebuah kasih sayang..Aliza Marsan kakak yang menjaga Khair semasa dalam hari ke ke Usia 2 tahun..





Ibu saudara dan sepupu Aie....yang bertungkus lumus dari awal hingga ke akhir majlis.

 




Ini lah abang Sapon,  
saya kenali dia sejak di tingkatan 4 tika kami  bersekolah di SDAD Muar.Entah kenapa kami terus sesuai berkerjasama hingga kini...
abang angkat yang terdekat...Alhamdullilah.

Mesin Singer dah berusia 34 tahun...


Mesin Jahit buruk Singger.

Masa ni saya beli hanya dengan harga RM 150 dari seorang taukeh China Ah Hok yang tinggal di pekan Acil, Ulu Terengganu.  Tak sangka bagus dan sedap digunakan sehingga kini.