Monday, December 30, 2013

KAU DALAM INGATAN KU....

Lama saya tak menulis diruangan ini.
Tak sedap hati hari ini.  Mungkin terusik oleh kisah semalam. Mungkin menjelang tahun baru. 
Ada perasaan sayu dihati.  Barangkali saya terlalu rindukan dia.  Dah beberapa lama melebih 6 bulan dia tak sihat.  Belum sekali pun dapat saya jenguk.  Walhal dia lah yang selalu menjadi tempat saya mengadu, bertukar-tukar fikiran.  Ikhlas setiap pertolongan yang di hulurkan  saya hargai segala.  Terima Kasih.



Selamat Menyambut Hari Lahir kakak Kesayangan saya Zainab Ngah....

Maafkan saya kerana tidak seringkas dulu.  Kenangan dan jasa yang diberikan kepada saya akan saya kenang, berbanyak-banyak terima kasih kerana selalu memberi sebaliknya saya yang selalu menerima.  Kasih sayang yang ikhlas memang milik diri mu.  semoga Allah membalasnya dengan harga yang termahal di akhirat nanti.

KAU DALAM INGATAN KU - NORKUMALASARI

Sinar wajah mu menawan dikalbu....
serasa tidak dapat ku lupa....
Kata mesra mu ku simpan dihati
ternyata kini menjadi bukti
Betapa rindu bila ku menanti mu
saat kita bersua bersama


gelisa jiwa dilanda asmara

mengharapkan belaian kasih mu
tiap waktu merindu
bayangan  mu mengoda ku di impian
Jiwa raga ku serahkan pada mu
Hanya kau tempat curahan rasa......DIDOAKAN AGAR CEPAT SIHAT DAN  MOGA KITA DAPAT BERJUMPA TIDAK LAMA LAGI, INSYAALLAH, DISATU TARIKH DI BULAN FEB 2014 NANTI.....






Sunday, August 25, 2013

Raya kali ini..

Lama gak kan tak jenguk ke blog ni....yang lepas tu sengaja saya gantungkan ceritanya.   ....Sebenarnya ada cerita  yang saya nak kongsi dari cerita  hot tu. Tapi esssss..tunggu bukan malam ni untuk saya sentuh topik tu.

Mood lain key.....Jangan marah,nanti cepat tua!.

Tu la sibuk2 puasa...raya lagi...tup2 jual biskut lagi tanpa sengaja...last-last saya tak tau apa yang saya buat. Yuppp...  Capai target tu adalah kot...Alhamdullilah ada abang Omar tolong, kekanda Sha'piee tolong, adida Ahmad tolong....huhuhh, love you all selalu selesaikan masaalah saya.

Ohhh, tenang kot...memang tenang perasaan selepas Ramadhan dan Shawal kali ini. 
TQ Allah.


Tetamu tahun ni okey je...lebih ramai sikit je dari yang lepas.  Cendera hati tahun ni masih ada berbaki....hehehe,bermakna orang yang saya tunggu-tunggu tak tiba lagi.  Okeylah .... mereka tu sibuk agaknya dah nak habis raya dah ni...malas nak fikir..  Tenguk le rezki siapa nanti....atau simpan untuk tahun depan aje....tak pun round2  nanti bawak sekali....drop kat sana drop kat sini...jeng-jeng!.  Tunggu saya mari ha!.


Apa pun ada gak terharu bila tetamu melangkah pergi...suasana rumah kembali sunyi , tinggal saya tiga beranak kembali.  Celah-celah tu sebelum balik hadiahkan kami macam-macam....Allahuakbar terasa sayang  semakin dalam buat anak-anak buah ni.  Siapalah saya sehingga bersusah payah begitu.  Dapat jenguk saya pun jadilah kan buat rindu ni hilang...dapat dengar suara pun jadilah kan agar tak jauh dari ingatan. Terima kasihlah banyak-banyak kerana ingatkan saya ni...mood nak menangis pulak, adui.....

Ada benda saya nak cakap  kat anak-anak buah saya yang membeli, merasa,mengomen, memuji biskut hasil tangan saya....saya minta redza aje lah ya.  Entah sedap ke tidak tak tau le.  Saya rasa biskut tu macam tak sedap....tapi ada lak yang cakap sedap dan kehabisan.  Apa pun itu biskut kasih sayang saya tau...makanlah sampai habis atau hidangkan kat tamu biar cepat habis.  





                                                   Ini German Cookies

Tu la...saya buat untuk orang-orang seperti saya  "Wong Jowo ngomong  podo2 ngaiee wong tuo rasain...untu ne wes entik kabihhh!".
tu lah saya pun gayakan biskut yang bila tiba di bibir resap, tidak manis dan nyaman je bila masuk ke mulut.  KIV tahun depan kalau saya sihat panjang umur saya buat lagi.

Okey kot celotih saya kali ini.  Bahasa rojak bukan karya sastera yang baik....tapi saya mahukan sedikit suasana enjoy buat semua kali ini.  Sambil-sambil tu saya nak minta maaf kat semua ya...yang jauh tu memang tak boleh balek jangan ingat2 Laksa Johor saya...saya bimbang mulut tersebut, baleknya tidak buat kempunan aje.  Yang dekat-dekat jiran tetanga minta maaflah ya kot-kot saya ni ada buat salah yang nyata ke yang tidak, tolonglah maafkan yeh.  Untuk anda semua memang tak de sikit pun saya simpan apa-apa perasaan ...dah kosong awal-awal agaknya...semuanya tak de salah kat saya.    Sahabat-sahabat termasuk Sahabat di Face Book saya minta maaf ya.  Takut-takut ada janji yang saya tak tepati.

Selamat Hari Raya , Selamat Menyambut Hari Malaysia...Hari Merdeka juga yang ke 56 tak lama lagi... Jumpa lagi dengan cerita hot .... JODOH!.


Monday, July 22, 2013

Wahai Jejaka .......

" Awak dah ada pilihan hati? "

Sajalah saya tanya soalan hangat.  Terkebil-kebil dan senyum.  Tak berani nak jawab.  Hehehe....saya dah tahu tentu dia ni banyak pilihan.

" Awak minat jejaka yang macam mana? "
Conkil lagi.....

Tak mahu menjawab senyum-senyum simpul.

" Si kacak ke atau yang baik hati!"

Kena soalan ni...... " Staff Nurse ni......kenapa tanya-tanya nih! "

Sebenarnya saya nak cuba korek adakah staff oncall dibawah saya ini, yang masih dara sudah ada ada yang punya.

Jejaka kacak, handsome, smart.....bla..bla ...bla.... tu apa sebenarnya?
Saya tinggalkan soalan ini kepada anda untuk fikirkan ya........







Monday, June 10, 2013

Ikan letrik

"Haa.....Yang ini tak ada kat UMP".  Kata-kata Hafiz.
" Asam Pedas ni memang tak ada kat IKM .  Borring betul tak dapat makan Asam Pedas ".  Khair merunggut....
Saya pun jawab "  Asam Pedas cuma ada di Pt. Jawa okey! ". 
" tak jemu ke hari-hari makan Asam Pedas ".  Tanya saya.
" Tak! ".  Anak-anak saya menjawab.
Saya memang tak perasaan sejak bila suami saya juga meminati Asam Pedas.  Barangkali sewaktu tinggal bersama ibubapa saya, waktu itu saya menyambung pelajaran menyebabkan suami saya juga turut ketagih Asam Pedas.  Akhirnya Asam Pedas menjadi menu wajib famili kami.

Hari ini saya menukar menu, maklumlah bila mereka cuti saya seboleh-bolehnya memastikan menu harian saya bertukar.  Tak sampai hati melihat anak yang selalu jauh dari saya makan dari hidangan biasa-biasa sahaja.  Anak-anak saya tidak cerewit tentang makanan, apa yang di hidang mereka makan sahaja...

Sayur Labu masak Air berdaun kunyit, Sambal Kicap, Telur Dadar dan Ikan Kerapu Bakar Petai.


Aduhai...betapa lajunya anak-anak saya makan ..siap bertambah nasi lagi.  Suka saya melihatkan gelagat mereka....

" Haa, kat rumah kita je jumpa Ikan Bakar Petai kan? kat KKTM dan IKM tak ada...huhuhu ! '.  Khair menyatakan seronoknya dengan menu makan tengahari yang ku hidangkan. Alhamdullilah, mudah-mudahan rezki kita murah jangan buang-buang nasi berdosa dan membazir tu perkara yang diminati Syaitan.

Bagaimana pun menu saya tukar semula disebelah malam...sudah pasti Asam Pedas dan kali ini Ikan kembung dari perairan laut Pt. Jawa yang masih segar dan manis...

Alhamdullilah bila pulang bercuti selamatlah anak-anak saya dari terpaksa makan " IKAN LETRIK ".
Begitulah mereka namakan ikan di kolej mereka, gara-gara keras kejung dan tidak berasa ikan seperti ikan di Pt. Jawa yang segar dan manis.....



Saturday, June 8, 2013

Talipon ringging!...








Tersentak oleh deringan Talipon selepas jam 11.00 mlm membuat saya betul-betul berdebar dengan jantung yang bergoyang laju.  Sedar akan sedara mara yang sakit ramai rasa bimbang saya  memuncak  kebelakangan ini.  Benar nasib, ajal dan maut itu ditangan tuhan.....tapi saya kerap berharap kasih sayang saya untuk mereka dapat saya teruskan.  Jika hari ini derita sakitnya mungkin tak tertanggung...tapi kata Allah dan perhitungan nasib memang 100% dibawah ketentuan nya.

Dalam keadaan diri yang tidak berapa sihat saya  tetap mendoakan agar ahli kerabat yang sedang sakit akan sembuh segera, begitu juga untuk sahabat-sahabat dan keluarganya.  Mudah-mudahan tak ada berita sedih yang harus saya terima.

Cuma.....untuk anak-anak, kaum keluarga dan kawan-kawan kalaulah boleh elakkan talipon selepas jam 12 malam kat saya...saya terkejut beruk, jantung rasa bagai nak putus...kalaulah hal yang nak disampaikan itu bukan perkara penting...taliponlah saya pagi-pagi esuk boleh ke?. kalau malam buta ni dapat call sudahlah saya terjaga  dari tidur...kemudian nanti untuk tidur semula  memanglah sukar....Itulah yang menyebabkan saya duduk mengadap Komputer entah sampai jam berapa nanti huhhhh.....Dunia yang sedang saya layar maklumlah dunia orang tua-tua cubalah mengertikan ya ......

Friday, May 24, 2013

Dari Dalam Kamar Asing..



Sebak dihati bersambung-sambung.  Akuilah saya hari ini ketenangan saya hilang.  Begitulah perasaan  saya kali ini bagai  ombak yang  beralun lesu.  Ingatan saya kembali kepada masa-masa lalu sewaktu menjadi jururawat di wad ortopedik.  Barangkali hari ini menantap potret wajah  Mak Esah (ibu saudara ) yang pucat dan lesu yang di kirimkan Jamila melalui FB membuat  hati kecil saya amat tersentuh.

Pesakit yang di wadkan di ortho biasanya nampak sihat yang terjejas hanyalah anggota-anggota yang tertentu.  Bukan tidak ada yang mengalami kecederaan teruk dan coma tetapi perbandingannya sangat sedikit. Rasa keinsafan  menjalar dihati saya.   Alhamdullilah, saya Allah berikan ilmu kejururawatan dan mengenang kembali tugasan masa di wad ortho, saya kira ahli keluarga perlu menitipkan perasaan kasih sayang yang teramat irat untuk mereka.  Mereka boleh bercakap,boleh makan seperti orang lain, pancha indera yang tidak tercedera masih berfungsi seperti biasa hanya mungkin sebelah kaki, sebelah tangan, Tulang belakang menyebabkan mereka terlantar berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dikatil dan tidak dapat mengurus diri sempurna seperti waktu sihatnya.

Jiwa kerdil mereka sangat sensitif apalagi jika terpaksa kehilangan anggota dan menjadi insan kurang upaya dihari-hari berikutnya.  Melihat airmata yang mengalir hening dari kelopak mata mereka sudah cukup meragut hati dan perasaan saya.  Masa depan yang pudar, keciwa dan takut semuanya ada bersama mereka.Itulah sebabnya jika pesakit lelaki biasanya nampak ganas dan suka marah-marah.  Mereka melepaskan perasaan dengan menjerit-jerit dan mengusik-usik jururawat untuk menghilangkan rasa bosan dan lemas dengan persekitaran wad yang sibuk dan berbau ubat.  Saya tak mampu untuk menghukum mereka kerana empati yang berlebihan barangkali menyebabkan setiap kali balek dari wad ortho saya akan lepak tak berdaya.  Huhh...teringatkan Urinal dan Bedpan yang menjadi keperluan mereka.

Bila berada di wad perempuan ortho pula saya rasa kelainan yang amat sangat.  Sabarnya pesakit perempuan.  Tidak kira apa pun bangsa keadaan mereka serupa...diam-diam, baik-baik dan hanya ada airmata menahan sakit.  Dari wajah dan kerut yang nyata nampak mereka amat sakit tetapi tabah.  tubuh badan yang terhad pergerakkan selalu mengundang kekejangan, hanya waktu-waktu begini kedengaran suara mengerang mereka yang sayup dan tersimpan sebahagiannya di dada. 

Tak ramai yang sedar hati mereka boleh tersinggung apabila datang melawat.  Datang melawat pesakit seperti pesta makan.  Datang melawat mereka dengan kata gurauan yang menyakitkan....orang yang sihat selalu beranggapan itulah hiburan bagi mereka tetapi sebenarnya kata-kata itu pedih dan bisa untuk mereka. Ahli keluarga kadang-kadang mengurus dan membantu mereka semasa mandi di atas katil seperti tidak ikhlas, mungkin juga kerana tidak selesa dengan tempat dan bukan dirumah mereka.  Saya mohonlah kepada ahli keluarga dan anak-anak saya menjaga adap-adap semasa melawat pesakit.  Jangan mudah bergurau-gurau dengan gurauan yang menyakitkan.  Ketahuilah ada beberapa perkara yang di fikirkan oleh pesakit antaranya:

1.  Bila sakitnya akan sembuh?
2.  Komplikasi rawatan yang diterimanya?  Sesuaikah? atau sebaleknya?
3.  Apakah saat kematian sudah hampir?
4.  Jika panjang umur bagaimana untuk mengurus diri?
5.  Adakah panjang umor orang-orang yang disayang adakah  utuh akan cinta dan kasih sayangnya?
6.  Jika sudah sihat nanti mungkinkah hilang perkerjaan dan  terpaksa mencuba kerja yang lain?
7.  Kos dan bayaran rawatan?
8.  Berbagai-bagai lagi persoalan diri.

SUDAH TENTU MEREKA TIDAK SUKA MENYUSAHKAN SESIAPA SEKALIPUN AHLI KELUARGA SENDIRI.

Itulah tadir namanya.  Tak siapa meminta tetapi Allah menentukan nasibnya, oleh sebab itu mudah-mudahan sedikit dari coretan saya ini akan membantu anda mengenali pesakit dirumah sakit.  Jagalah adab-adab termasuk lah memileh pakaian.....Tidak membuka-buka dan menunjuk-nunjuk bahagian-bahagian  tertentu kerana akan menambah celaru dan pemusatan fikiran pesakit kerana mereka tidak bebas seperti anda.Tolonglah mereka kerana mereka sedang mengawal diri mereka dari kebebasan mental dan fizikal di kamar asing bukan " rumah ku syurga ku ".





Tuesday, May 21, 2013

Cerita Gagak Hitam dari Pengkalan Nelayan Bentayan.






Ini Kisah beberapa hari yang lepas.
Dok mengintai kot-kot Pok Raja Hamdan ada tak kat pengkalan  nelayan Bentayan berhampiran perhentian bas ekspress ni....
Pagi sangat agaknya.....Pok belum keluar rumah.
Sementara  menanti cik abang membelikan tiket bas untuk
abang long tinggallah saya bersendiri di dalam kenderaan.







Akhirnya sempat juga saya 
Mencuri-curi gambar  gelagat Sang Gagak hitam.
membuat sarang......


















Gagak ini  ada kisahnya yang tercatet didalam Quran.  Hitam, hodoh tapi dikatakan burung yang cerdik, penyayang dan pandai menjaga keselamatan....

Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya[*]. Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, Mengapa Aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu Aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Karena itu jadilah dia seorang diantara orang-orang yang menyesal........Al Maidah  (ayat 31 ).

Tak pernah saya  dengar suara Gagak  kebelakangan ini.  Sewaktu kecil-kecil dulu kerap kali saya mengikut bunyi gagak.....Sepantas kilat ibu saya menegur  " Ha....jangan ikut nanti dia koyakkan telinga ".  pantang sungguh mengejek burung Gagak saya pun tak pasti kenapa...
Kalau telinga  terbelah oleh kudis sedikit lantas ibu pun berkata  "  Tu la ejek lagi burung Gagak berbunyi ."

Di katakan  burung Gagak ini otaknya lebih besar dari burung lain dan sepisis burung yang cergas dan cerdik.  Itulah sebabnya ada dalam cerita-cerita komik bagaimana  gagak telah memasukkan batu kedalam balang untuk mendapatkan air....ada kajian  yang dibuat terhadap se ekur Gagak dengan meletakkan balang yang bermulut kecil dan  berisi daging , kemudian  di letakkan sebatang kawat dan di lepaskan se ekur Gagak yang lapar....dari kajian itu didapati gagak telah membengkukkan kawat dan mengait daging keluar untuk di makan.

Gagak jantan juga dikatakan adalah jantan yang setia pada satu pasangan sahaja.  Pasangan ini boleh bersama sehingga 21 tahun dan mendapat zuriat  hanya setahun sekali.  Gagak jantan hanya akan mencari pasangan baru apabila pasangannya mati atau mandul ( tidak boleh bertelur ).

 Emmmm....GAGAK PUN SETIA PADA PASANGAN  nya kan!. Tak kan manusia tak boleh ikut!.

Pasangan gagak amat sayangkan anak-anak.  Menyediakan sarang yang cantik dan sentiasa mengawal anak-anaknya.  Jangan dicuri anak-anaknya...anda akan dikejar kesana kemari...Ada yang nak cuba ke?

Sebenarnya  pengajaran nya disini ...
Yang hodoh hitam berkilat masih ada nilai-nilai kehidupan nya sendiri.  Tak ramai yang  tertarik bila melihat Gagak terbang....jika dipandang Punai juga yang lebih menarik berdada hijau, montok dan cantik.... tetapi   Si gagak juga yang mempunyai cerita menarik didalam Al Quran.
.

Kalau didalami cerita tentang gagak...banyak lagi.  Anak cucu saya cuba cari dan gali ya kisah unggas yang unik ini...











Wednesday, May 15, 2013

Mencari isteri yang terbaik.........

Soalan anak kepada ayahanda nya  " Kenapa ayahanda menikah lagi dan mengecilkan hati Mak Uda".
Jawapan seorang ayah " Ayahanda sedang mencari isteri yang terbaik untuk ayahanda ".

"Akak!...mantan suami saya berkahwin lagi dan madukan isterinya yang baru setahun dikahwini....Zalimnya kak lelaki itu..."

Saya  terkedu mendengarnya, memandangnya sayu....melepaskan nafas yang saya tahan sebentar tadi perlahan-lahan  mencairkan  dan melegakan perasaan.

Seorang Lelaki berajakan nafsu.  Sembunyikan kuku jahatnya di sebalik kelembutan dan ucapan sayang yang terucap di setiap saat.  Tak sangka kelihatan rumah tangga yang terbina itu bocor di ciling berlubang di dinding dan perlahan-lahan rebah ke kiri lalu kemudian menyembah ke bumi.  Terpenggal lehir seorang isteri yang di kahwini selama lebih 20 tahun...terkulai tetapi tidak putus.  Jika layang-layang terbang dan melayangnya yang tak ketentuan musnah lantaran angin yang berputar ....seorang wanita yang berusia hilang perasaan dan kesetiaanya .... takut akan kenangan getirnya  dan selalu berfikir  1000 kali untuk memulakan hidup baru....

Bahagianya menjadi seorang lelaki....
lembut berbicara dan  menangkap wanita untuk menjadi calun isteri yang terbaik....seandainya tidak tercalun tahun depan mencari lagi, begitukah?

Saya menyerahkan hidup ini kepada tuhan.  Melihat tekanan teman-teman di alam rumahtangga insafnya saya....  Syukurlah dengan apa yang saya mileki mudah-mudahan cintanya sehingga ke Syurga.  Saya sedar saya bersandar seratus peratus kepada kejujuran seorang suami selagi dia setia dan menyempurnakan hak saya dan tidak melanggar batas landasan nafsu, saya tetap menaatinya.  Saya sedar diri ini tidak cukup cantik, tidak cukup cerdik, kecekapan melayari alam rumah tangga ala kadar sahaja.....tidak rengkas kesana sini....tetapi saya berazam menjadikan diri saya seorang isteri yang patuh kerana kasih sayang yang utuh.   Selepas melaksanakan nya saya pasrah kepada kudrat dan iradad Allah Azawajala.

Akhirnya saya ingin berpesan kepada suami tercinta, abang-abang sepupu, abang-abang angkat, 2 adik lelaki saya, anak-anak lelaki saya, anak-anak buah yang lelaki serta cucu-cucu lelaki,  berlaku adil lah kepada alam perkahwinan supaya anak tidak persoalkan akan buruk laku dan ganasnya nafsu seorang ayah.

Jika pangkat tinggi, bergaji besar, punya rumah besar, berkereta mahal memanglah menjadi tumpuan wanita....berhati-hatilah semasa bertugas dan mengikat tali persahabatan, Ingatlah batas-batas pergaulan.....jaga-jaga bibir waktu bertutur, jaga  hati sewaktu berinterasi dengan wanita...peliharalah adap sopan, pasti menang  menahan pergerakkan tangan dan kaki dari menyentuh wanita yang bukan muhrim .....kerana kesemua yang saya sebut tadi sering terusik oleh Iblis.  Beristifarlah jika berasa jiwa bergelora dan cepat-cepat  mencari landasan  serta  berhenti dari terus tertipu oleh perasaan dan nafsu sendiri.

Maaf jika saya melampaui batas.  Sekadar ingin berkongsi kesedihan seorang insan bergelar isteri....
Saya cuma berharap....silalah ambil berat  ya.... insan-isan lelaki kesayangan saya...Mudah-mudah saya tidak terlambat mengingatkan anda...  kerana saya tahu anda adalah lelaki terbaik,yang saya ukur dari sudut hati  saya ( seorang Wanita).



Monday, May 13, 2013

Suka Title " Dimata mu Aku Dihati mu Dia "...Ahakkkkk.

Mood jiwang saya datang.....habis saya  dengarkan lagu-lagu kat U tube.  Dari lagu-lagu P. Ramlee hingga lagu-lagu penyanyi baru..  Saya  amati lagu Nora suaranya lunak tapi liriknya biasa-biasa....cari-cari pulak M. Nasir...setengahnya terlalu simbolik...jelajah pulak muzik rock Spring, Ella ...hehhh tak terasa kelainan yang betul menyentuh sudut hati ku..

Emmmhhh...dalam amat mengamati tu terjumpa pula lagu Deja Moss penyanyi kelahiran Sarawak " di mata mu aku di hati mu dia ".........Yes, ini dia yang saya cari. berkali-kali saya  putarkan menjelajahi lirik dari baris pertama........
Aduhai  tersentuh sungguh oleh liriknya jiwangnya....Pencipta lirik ini pernah menang "award " tak agaknya, tercari-cari siapakah gerangan yang bernama Baiduri itu?

Dalam menung  saya di petang-petang begini saya  menyapa teman kesayangan saya  Zainab.  Pertanyaan  yang saya  lafazkan didada FB belum pun terjawab lagi kerana kami kedua-duanya blur!...Hahaha...
Best memang best!...Belum banyak lagi lagu-lagu Deja yang saya dapat dengarkan..... dah tersangkut dengan lagu ini...nantilah saya akan jelajahi satu persatu...

Diri pulangkan SAYU
Ambil semula CINTA
Buang saja SETIA
agar jadi penawar RINTANG
Di Kalbu Ku!

Bahagialah ku sendiri
beri kau nilai cinta
menggilap langkah ku
tanpa janji
tanpa tipu daya.......

Inilah buktinya
asmara ku korban
kau nyalakan api
membakar diri mu.....




Sunday, March 17, 2013

Harapan Sekeping Hati 1

Aku pun mengutip setiap kata-kata
membiarkan ianya terhimpun
sambil menimbangkan
tentang hadir ku
ibarat sepucuk daun pisang
lembut dan mudah terkulai.

Ada kala nya......
Aku terasa seperti se ekor Helang
yang sentiasa melayang dan tiada perhentian
betapa pengharapan itu begitu melemaskan
dan tiada titik pertemuan.

Kalaulah hidup ini lengkap
ia tidak merobekkan
barangkali keangkuhan tidak pernah hinggap.

Teramat jemu.....
Di mana embun
sedang ku cari setiap hadirnya 
kau hapuskan malam menjadi siang secepat kilat
dan meletakkan matahari bagi menyerapkan semuanya.



Tuesday, January 15, 2013

Monolog Insan Yang Lemas Di puncak.......


Pada mu Tuhan...
rupanya  aku tidak mampu
menurunkan nada suara  ini
bila terasa hidup ini terlalu pedih.

Tuhan Ampunkan aku
Aku  insaf mengadap mu
kalaulah kau ambil nyawa ini
saat ini...
akan selesaikah segalanya.

Pada mu Ibu
kini aku kembali kelembaran lalu
sudah pun kau lafazkan
akan kau tinggal sesuatu yang berat
untuk ku tanggung
dan kau senyum ......
membuat jiwa ku lembut
tidak menentang.......

Baiklah ibu, itulah barangkali
janji mu tentang gunung yang terindah
berbunga, bersungai, puncak beremas, berduit didalamnya
memang benar ibu!.
Kau kata gali, daki, renang dan puncaknya harus ditawan
Kau ledakkan  semangat untuk aku berjuang...

Hari kehari aku setia....
aku pun  jatuh, bangun, berlari dan berenang
puncak itu penuh bunga, cantik dan wanggi
dapat ku sentuh
akan tapi
ianya tidak kuat untuk ku paut.

Dari bawah awan yang sejuk
aku memandang keatas ....bintang-bintang terbang
hilang sudah suara unggas yang selalu ku tunggu
kembali sudut hati ku sunyi
gigil dan ketar
setelah dapat ku jejak
menurunnya puncak ini....terputus tali kasut
tersangkut di lumut...

Tuhan ku...
Pulangkan harapan...
Pulangkan harapan demi harapan...Tolonglah!