Thursday, October 31, 2019

Kisah Pesakit Minor Stroke.




Takut siapa kata tak takut...
Bila insan seaktif saya "down"
terpaksa kunci mulut yang petah berkata-kata
terbaring di katil bilik tak terdaya nak duduk pun.Berkata-kata tetapi mereka sekeliling  merenung dan tak paham apa maksud di hati saya.



Syukur...pengalaman itu berlalu.
insan dan teman yang kena stroke macam saya,jangan putus asa. Walaupun terbaring sendiri jangan tinggal sembahyang....Selepas sembahyang berdoalah dengan doa ini...
"Very Hard" untuk ingat Fatihah sekali pun..
Hemmm...Hati menjadi guru pada masa itu dan memandu....


Nasihat Pak Hitam tersayang...teruskan sembahyang walaupun cuma ingat sebaris ayat Qu'ran.
Ok.... demikian rumitnya perasaan seorang pesakit stroke.





Bacalah Bismilah 3x
dan
bacalah dan terus hafal doa ni...Jangan cepat putus asa
Saya tak bohong.
inilah usaha saya
Berserah dan terus berserah diri pada Allah.....Sambil mengurut perlahan anggota badan yang sakit sebagai akhtiar.

Tuesday, October 22, 2019

Pokok - pokok Kerajaan.

           
Rajin tanam tak rajin bela. Depan rumah saya je ni....tepi jalan kalau tak cantas melindung pandangan!
ada adik beradik dia lagi...Dari Pt.Gantung sampai hujung Pt.Nipah tu...
Saya takut tenguk pokok-pokok tu dah tinggi melangit dah!
Bahaya sungguh...jika bas dan lori lalu melanggar ranting berdetap juga ranting-ranting-nya...

Nak cerita...
Satu hari Patient dapatkan saya...
"Akak....pokok depan rumah akak tu tumbang..kena kereta saya!
Kereta saya mati tak hidup kat Pt.Bakar kak!".

Laaaaa....
Saya tidak tahu menahu kejadian tengah malam itu...tahu-tahu pagi esuk bangun tidur ada pokok tumbang.
Malam itu Cik gu Hasan dalam kecemasan mengekori ambulan yang bergerak menuju ke Hospital,ayah beliau sakit. Apa kata kalau geng saya dengan pesakit dalam ambulan itu yang kena?

Kalau nak tanam pokok bela lah!.
cantas ke bagi elok rendah dan menawan!
sampah daun tak boleh cakaplah...nak buat cam mana selesaikan sendiri,sekadar merunggut dalam hati, dah tak terbuat dah penuh je dalam parit tu!.



Masa pokok kecil rendah menawan Cool je mengusur jalan..tapi bila batang dah tak nampak mana satu kena urus!

Terus teranglah kalau ribut je tak tidurlah saya..kecik besar isi perut. Duduk di kawasan pantai,jika ribut boleh tahan...bersiul lah juga.

Moga tok...AJKK ambik berat akan hal ni.....
Kot jadi macam di Batu Pahat pokok-pokok rebah merunduk,malang tak berbau.
Sebelum berlaku , pokok-pokok besar sepanjang Pt.Gantung Pt.Nipah tolong akhtiar uruskan pelupusannya...bahaya pokok tu!