Friday, May 24, 2013

Dari Dalam Kamar Asing..



Sebak dihati bersambung-sambung.  Akuilah saya hari ini ketenangan saya hilang.  Begitulah perasaan  saya kali ini bagai  ombak yang  beralun lesu.  Ingatan saya kembali kepada masa-masa lalu sewaktu menjadi jururawat di wad ortopedik.  Barangkali hari ini menantap potret wajah  Mak Esah (ibu saudara ) yang pucat dan lesu yang di kirimkan Jamila melalui FB membuat  hati kecil saya amat tersentuh.

Pesakit yang di wadkan di ortho biasanya nampak sihat yang terjejas hanyalah anggota-anggota yang tertentu.  Bukan tidak ada yang mengalami kecederaan teruk dan coma tetapi perbandingannya sangat sedikit. Rasa keinsafan  menjalar dihati saya.   Alhamdullilah, saya Allah berikan ilmu kejururawatan dan mengenang kembali tugasan masa di wad ortho, saya kira ahli keluarga perlu menitipkan perasaan kasih sayang yang teramat irat untuk mereka.  Mereka boleh bercakap,boleh makan seperti orang lain, pancha indera yang tidak tercedera masih berfungsi seperti biasa hanya mungkin sebelah kaki, sebelah tangan, Tulang belakang menyebabkan mereka terlantar berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dikatil dan tidak dapat mengurus diri sempurna seperti waktu sihatnya.

Jiwa kerdil mereka sangat sensitif apalagi jika terpaksa kehilangan anggota dan menjadi insan kurang upaya dihari-hari berikutnya.  Melihat airmata yang mengalir hening dari kelopak mata mereka sudah cukup meragut hati dan perasaan saya.  Masa depan yang pudar, keciwa dan takut semuanya ada bersama mereka.Itulah sebabnya jika pesakit lelaki biasanya nampak ganas dan suka marah-marah.  Mereka melepaskan perasaan dengan menjerit-jerit dan mengusik-usik jururawat untuk menghilangkan rasa bosan dan lemas dengan persekitaran wad yang sibuk dan berbau ubat.  Saya tak mampu untuk menghukum mereka kerana empati yang berlebihan barangkali menyebabkan setiap kali balek dari wad ortho saya akan lepak tak berdaya.  Huhh...teringatkan Urinal dan Bedpan yang menjadi keperluan mereka.

Bila berada di wad perempuan ortho pula saya rasa kelainan yang amat sangat.  Sabarnya pesakit perempuan.  Tidak kira apa pun bangsa keadaan mereka serupa...diam-diam, baik-baik dan hanya ada airmata menahan sakit.  Dari wajah dan kerut yang nyata nampak mereka amat sakit tetapi tabah.  tubuh badan yang terhad pergerakkan selalu mengundang kekejangan, hanya waktu-waktu begini kedengaran suara mengerang mereka yang sayup dan tersimpan sebahagiannya di dada. 

Tak ramai yang sedar hati mereka boleh tersinggung apabila datang melawat.  Datang melawat pesakit seperti pesta makan.  Datang melawat mereka dengan kata gurauan yang menyakitkan....orang yang sihat selalu beranggapan itulah hiburan bagi mereka tetapi sebenarnya kata-kata itu pedih dan bisa untuk mereka. Ahli keluarga kadang-kadang mengurus dan membantu mereka semasa mandi di atas katil seperti tidak ikhlas, mungkin juga kerana tidak selesa dengan tempat dan bukan dirumah mereka.  Saya mohonlah kepada ahli keluarga dan anak-anak saya menjaga adap-adap semasa melawat pesakit.  Jangan mudah bergurau-gurau dengan gurauan yang menyakitkan.  Ketahuilah ada beberapa perkara yang di fikirkan oleh pesakit antaranya:

1.  Bila sakitnya akan sembuh?
2.  Komplikasi rawatan yang diterimanya?  Sesuaikah? atau sebaleknya?
3.  Apakah saat kematian sudah hampir?
4.  Jika panjang umur bagaimana untuk mengurus diri?
5.  Adakah panjang umor orang-orang yang disayang adakah  utuh akan cinta dan kasih sayangnya?
6.  Jika sudah sihat nanti mungkinkah hilang perkerjaan dan  terpaksa mencuba kerja yang lain?
7.  Kos dan bayaran rawatan?
8.  Berbagai-bagai lagi persoalan diri.

SUDAH TENTU MEREKA TIDAK SUKA MENYUSAHKAN SESIAPA SEKALIPUN AHLI KELUARGA SENDIRI.

Itulah tadir namanya.  Tak siapa meminta tetapi Allah menentukan nasibnya, oleh sebab itu mudah-mudahan sedikit dari coretan saya ini akan membantu anda mengenali pesakit dirumah sakit.  Jagalah adab-adab termasuk lah memileh pakaian.....Tidak membuka-buka dan menunjuk-nunjuk bahagian-bahagian  tertentu kerana akan menambah celaru dan pemusatan fikiran pesakit kerana mereka tidak bebas seperti anda.Tolonglah mereka kerana mereka sedang mengawal diri mereka dari kebebasan mental dan fizikal di kamar asing bukan " rumah ku syurga ku ".





No comments:

Post a Comment